Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Setelah sekian lama nak buat, harini akhirnya buat juga. Kek Tiramisu yang popular di sana sini. Bukalah mana-mana blog masakan, mesti ada Kek Tiramisu..
Kek Tiramisu.. Air tangan ibu Yusuf dan Maryam..
Buat yang baru singgah di Jemari Asmara, ini bukan blog masak-masak ya.. Cuma tuan punya blog bila kena angin rajin, adala tepek satu dua hasil air tangan dia.. Masakan pun biasa-biasa je.. :D
Kek Tiramisu.. Versi dalam gelas..
Gelaspun tak ada yang jernih.. Guna je apa yang ada. Gelasni hadiah kahwin dulu, alhamdulillah masih berjasa kepada kami walau 9 tahun dah berlalu. Terima kasih pada yang memberi..
Jujurnya, Tiramisu ibu Yusuf ni tak cukup bahan, iaitu whipping cream. Rasanya? Sedap.. Tapi, ibupun tak tahu nak kata sebenarnya sebab tak pernah rasa Kek Tiramisu yang betul.
Ibu kongsikan di sini resepinya..
RESEPI KEK TIRAMISU
Bahan-bahannya:
- 1 biji sponge kek atau apa2 kek(ibu guna kek gulung coklat)
- 250ml whipping cream (ibu gantikan dengan 100ml susu cair)
- 200ml cream cheese
- 1/2 cawan gula halus
- 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
- 1 sudu makan serbuk nescafe
- serbuk koko untuk hiasan
Cara-caranya: (versi dalam cawan)
1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
2. Satukan gula, cheese dan cream
3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
4. Potong kek dan susun dalam cawan
5. Basahkan kek dengan air nescafe
6. Masukkan adunan chese di atasnya, dan ulang dengan kek, nescafe, cheese sehingga habis..
7. Tutup dengan cling film dan sejukkan dalam peti sejuk..
8. Taburkan serbuk coklat sebagai hiasan sebelum hidang..
Nota ibu Yusuf:
* Sebab ibu guna susu sahaja, adunan tu tak kembang dan tak gebu. Sebab tu hanya sesuai untuk versi dalam cawan sahaja..
* Dalam adunan cheese tu ibu tambah esen vanila..
* Sukatan gula ibu hanya letak 3 sudu makan sahaja (dah cukup manis dah..)
* Ibu tabur serbuk koko siap-siap sebelum simpan dalam peti sejuk..
Ps: Apa jenama whipping cream yang ada tanda halal ye? Kalau tahu, kongsilah dengan ibu Yusuf ni.. :D
macam senang ni boleh try nanti
ReplyDeleteTentu sedap.. Akak belum pernah buat lagi. Dah ada resipi tu nanti blh minta anak2 dara yg ada kat rumah ni buatkan.
ReplyDeletebelum pnah mkn lg.. nmpk sedap, len kali boleh cuba
ReplyDeletedah malas nak buat kek sbb badan dah makin membelon.haha..nmpk kek tiramisu kak zefa nie sedap la pulak..:)
ReplyDeletenana suka kek tiramisu:) ikutkan nana kurang kek2 neh. tp sebab rasa dia sedap...terus jatuh hati,hehe
ReplyDeletebeli kek tu sebab nak buat birthday surprise utk member...dapat jgkla nana rasa,mmg sedap ;p
dah keluar dah tiramisu air tangan ibu yusuf :-)). Pastinya sedappp!
ReplyDeletep/s: bila dah balik mesia nanti rasanya saya pun tak tahu nak carik jenama bahan2 baking pasai masa kat mesia tak pernah nak baking-baking hiih...
apa yang ada cheese sy suka. pernah mkn tiramisu. first time cuba last year. blh tahan la. yg ni nampak senang je nak buat. rajin ke saya? hehehe...
ReplyDeleteselalu tgk org buat kek tiramisu. izan pun tak pernah rasa, tapi cara nak buat senang aje kan... simpan resepi dulu...
ReplyDeletewhipping cream... tak pernah beli lah kak zefa... kalau beli yg terus picit dr dlm botol pun ada kan. tak ingat plak jenama apa.
aduhai kak zefa memang ibu hebatlah..sibuk diluar.. kat rumah masih bertenage luar biase!
ReplyDeletep/s: akak ade ambek suplement pape t ak?
lady baru th kewujudan kek ni.. ladykenal kuih dorayakijerk.. hihihi.. tp nmpk menyelerakan..
ReplyDeletesy blom penah rasa tapi penah tgk kat mana2 kedai n blog... memang memikat rasa ini... nak mintak sikit boleh? hehehe
ReplyDeleteKek ini pun feveret ummi..Hehe..resepi yg simple, cuma ade beberapa barang yg agak sukar dicari..huhu
ReplyDeleteBlog ni bukan blog masak-masak.. tapi blog ni macam-macam ada.
ReplyDeleteSejak akhir2 ni Nida suka pulak tengok pinggan mangkuk lama.. ni sebab kena badi Zefa kot..hehehe
wah.. wah...wah... sejuknya tekak ambo ni...
ReplyDeletetengok pn dah terliur..kalau dok dekat2 dgn rummah zefa confirm akak dh p ketuk pintu rumah n buat muka xmalu.......
ReplyDelete