Follower

Sunday, July 29, 2012

KREP PERANCIS a.k.a LEMPENG


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Harini ibu Yusuf merajuk.. Hahaha.. Merajuk pun nak cerita kat blog. Entah apa-apa je dia ni. Keh keh keh.. Tapi cerita merajuk tu simpan, cerita nanti-nantilah ye. Kalau lupa, tak jadilah cerita.. Kui kui kui..

Semalam, 8 Ramadhan 1433H.. barulah ibu berkesempatan buat pencuci mulut untuk juadah berbuka puasa. Biasanya sekadar nasi dan lauk pauk sahaja. Nak jadi pauk pun kalau sempat, biasanya lauk je. Faham? Maksudnya sempat masak sejenis lauk lerrr..


Inilah dia yang dinamakan Krep Perancis tu..

Rasanya macam lempeng je pun.. Tu yang ibu bagi nama Krep Perancis aka lempeng. Idea timbul masa singgah blog Ana Suzana. Resepi dari Dapur Tanpa Sempadan..


Zoom strawberry.. Masammm. Cameron Highland mari tapi beli kat Giant je. Konon nak beli yang Australia punya, tapi mahallllll. Tak jadilah, ibu Yusuf kedekut. Hehehe..


Sebab nak cepat, ibu buka api sederhana. Tu jadi coklat-coklat tu. Kalau nak cantik macam CMG buat, buka api kecil je ye kawan-kawan.. Sebab ada sekeping ibu buat dengan api kecik, mulus je jadinya.

Ibu salin resepinya dari Dapur Tanpa Sempadan..


RESEPI KREP PERANCIS

Bahan-bahannya:
 
1/2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/4 cawan susu segar
1/4 cawan + 2 camca besar air
1 camca besar mentega, dicairkan
Secubit garam
Whipping cream secukupnya
Buah strawberry segar
Peach dalam tin secukupnya (ibu ganti dengan buah kiwi)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam satu bekas, masukkan tepung, susu, air, telur dan garam. Kacau dengan whisk hingga semua sebati, rata dan licin, tapis adunan tadi. Masukkan mentega dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan non-stick pan saiz 8 inci, lenser dengan sedikit mentega (mat guna minyak canola). Bila panas, tuang 1/4 cawan adunan tadi dan ratakan sehingga mendapat lapisan yang agak nipis. Masak dengan api perlahan hingga tepinya kelihatan perang dan sedikit longkah dari kuali, berhati2 terbalikkan dan masak sekejap. Angkat dan buat kaedah sama untuk baki adunan.
  3. Hidangkan krep mengikut kreativit anda, samada dimakan bersama whipping cream dan buah2 segar atau sebagainya....Selamat mencuba.
Nota ibu: Untuk adunan di atas, ibu dapat 5 keping. Kalau lagi nipis lagi banyaklah dapat.. Tu pun ibu dapat rasa setengah keping je, Maryam pun setengah keping. Ayah dapatla sekeping.. Yusuf? Dia makan 3 keping. Sedap sangat katanya.. Hehehe..

22 comments:

  1. Cantik presentationnya ;) nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3x...cantikkan presentation k.zefa kali ni :) saya tak pandai nak hias2 hehe

      Delete
    2. Ummi Iman, alhamdulillah sedap. Rasa lempeng yg lemak2 berkrim gitu..

      Princess Solehah: akak follow presentation tuan resepi jer.. hehe..

      Delete
  2. Tgk gambar tu cukup menggoda.
    Kalau anak2 akak tgk ni, pasti suruh buat.
    Kalau Yusuf makan 3 keping, rasanya Faiq tentu lebih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, kalau makan dengan madu atau sos coklat ni lg sedap. Tapi Yusuf makan macam tu je..

      Delete
  3. sedapnya...nak cuba jugalah. Tapi kena tengok masa ada ke tak hehe. Biasanya kalau kerja, liat sikit nak buat pencuci mulut ni huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zefa buat ni hari sabtu, na. Kalau hari kerja mmg tak sempat..

      Delete
  4. menariknya krept perancis ni! Siyeess tergoda. Full dgn accessories :-)
    p/s: puas hati buat kalau anak2 suka kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tiru presentation CMG je LL.. Saya bab deko2 makanan ni tak berapa reti sbnrnya :D

      ps: teringat2 ketayap kat blog LL. Bilalah agaknya sempat buat.. :D

      Delete
  5. nampak menarik dan simple resepi nie, harus dicuba nie hehe

    ReplyDelete
  6. emmmmm.....sedap tu utk buat brbuka.....

    ReplyDelete
  7. kak zefa ape lagi..register utk master chef u musim seterusnyelah ;D

    p/s: seni betullah ibu yusof..masuk TM pun bau makanan jugak. nasib pantang..cium bau jelah heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sokong. Kalau k.zefa masuk Master Chef kita nak datang bawa sepanduk hehehe :)

      Delete
    2. Kalau ayah yusuf baca komen korang ni, gelak guling2 dia. hehe.. dia tau le isteri dia pandai masak ke tak. Setakat utk suami dan anak2 lepas le..

      Delete
  8. tak sangka pulak ibu yusuf ni chef hebat jugak...;) Merajuk sbb dpt makan stgh keping jer ke...hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah kak, merajuk hari ahad. Buat krep ni hari sabtu. Baru nak buat2 lupa cerita merajuk. Hehe..

      Delete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...