Follower

Tuesday, July 24, 2012

SEMUR DAGING BETAWI: MEMBUKA SELERA BERSAHUR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi MahaPenyayang

Ini entry autopublish.. Harap-harap ianya akan keluar tepat pada masanya, ye lah kadang-kadang dah set sekian-sekian masa pun entry tak mahu keluar.j

Balik pada tajuk, antara isu yang selalu ditimbulkan oleh kawan-kawan ialah tak lalu makan masa bersahur. Ibu Yusuf pun selalu menghadapi masalah yang sama tapi dapat mengatasinya bila tahu citarasa sendiri.

Untuk sahur, ibu lebih suka memilih nasi panas dengan satu jenis hidangan yang kurang berkuah. Tapi tidaklah hidangan yang kering sangat, nanti tercekik pulak. Hehehe..


Semur daging betawi, atau bahasa mudahnya daging masak kicap..

Makan dengan nasi panas-panas.. Fuh, mata yang terpejam terus terbuka..

Tapi tu lah, nak menghasilkannya bukan semudah masak nasi kan? Kena kupas bawang bagai, rempah ratusnya lagi. Lagilah, dikala waktu yang sungguh enak menarik selimut. Kena bersilat didapurlah pulak.. Alahai..

Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Untuk sediakan yang terbaik untuk keluarga dan memenuhi citarasa sendiri kenalah korban sikit kan. Kalau agak-agak tak larat nak bangun masak sebelum sahur, masaklah siap-siap sebelum tidur. Tak pun, masaklah untuk hidangan berbuka lebih sikit sekali dengan bersahur. Wah!! Macam bagus je ibu Yusuf tu buat ayat macam tu kan..

Tapi sebenarnya, ada cara yang lebih mudah. Macam ibu pernah kata dalam entry INI, macam-macam cara ada untuk memastikan yang terbaik untuk keluarga, cuma kita yang perlu bijak memilih.

Untuk hidangan di atas, ibu cuma perlu ambik masa 5 minit je untuk menyediakan. Hahaha...

 
Semur Daging Betawi myChef daaaaa..

Alahai ibu Yusuf ni asyik cerita pasal myChef je tak habis-habis. Pengunjung-pengunjung Jemari Asmara sekelian, ketahuilah bahawa ibu Yusuf sekadar mahu berkongsi sesuatu yang baik dengan kawan-kawan. Ibu ada info tentang sesuatu yang memudahkan, jadi ibu kongsilah bersama.

Ibu faham, bukan sesuatu yang bagus kalau asyik makan frozen food. Tapi kita ambil dari sudut kebaikannya, antaranya sebagai penyelamat dalam masa-masa kecemasan. Contohnya, terlambat bangun sahur, tak sempat masak/ beli untuk berbuka, tiba-tiba anak nak makan, ada tetamu datang mengejut, dan lain-lain lah..


Gambar dari Koleksi 1001 Resepi. 12 jenis produk myChef yang ada di pasaran. Keterangan lanjut boleh ke blog myChef ya..

Setakat yang ibu dah rasa, spaghetti ayam, ayam pongteh, kari ayam dan semur daging betawi, semuanya sedap (tertakluk pada citarasa masing-masing lah..). Kalau bukan sebab kita yang keluarkan dari kotak, tak kan tahupun itu frozen food. Kalau tetamu datang, nak cover diri sendiri tak yahlah tunjuk kotak. Nescaya mereka tak tahu.. Haha..



Kamu-kamu semua harus coba.. :D

28 comments:

  1. xsalahkan, sharing is caring.

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Sila kak.. banyak dah jual produk ni kat pasaraya2..

      Delete
  3. wah!!! boleh jadi duta produk mychef ni zefa...;))))))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bak kata broformestone, duta tak rasmi... ekeke..

      Delete
  4. yummm kan semur daging betawi nih :))

    ReplyDelete
  5. yus pun kalau sahur suka nasi panas2 dan lauk yang ringkas. Tp lauk barulah, kalau lauk lebih berbuka pun kadang tak selera...

    mcm pagi tadi, nasi panas + telur masak kicap + peria goreng campur udang kapas dan telur sikit....berselera makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pulak kalau masak utk berbuka mmg masak utk sahur sekali. Tp besoknya tambah lg sejenis lauk mcm ayam goreng ke, ikan goreng ke..

      ps: ssuka makan peria tapi sejak bersalin maryam terus tak boleh makan. Jadi sakit perut mcm senggugut teruk tu..

      Delete
  6. sedapnya....terliur pula nak makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haip.. auni terliur tak pe, ummi tak boleh.. puasa. Hihi..

      Delete
  7. memang sedapt semur daging betawi tu..bertambah selera guna pinggan kangkung kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak ni Salmi makan apa pun, kalau dlm pinggan kangkung mmg bertambah2 selera..

      Delete
  8. Saya sendiri pun terliur tengok gambar ni. Terima kasih ya....

    ReplyDelete
  9. oooo daging masak kicap... ingat apa td ;-)

    ReplyDelete
  10. ooo kasi pedas2 sket pun best ni sis..

    ReplyDelete
  11. Salam Zefa.K.atie dah cek...poslaju cuma RM10 jer.

    Berminat dgn pemanggang tu?PM k.atie ya:D

    ReplyDelete
  12. mmg perlu waktu kecemasan,pandai kak zefa.hehe..

    tp sy lebih prefer msk sendiri.lgpun sy mmg dh siap2 blander bawang n lada kering dlm opeti ais.Time nak msk mmg senanglah..:)

    sy ni jgn kata sahur,berbuka pun tak lalu nasik.kihkih (ayat tak bley blah!)

    ReplyDelete
  13. Saya mmg sahur makn nasi. Tak boleh tak makan nasi ;)
    Sedap ya.. bolehlah cuba.. nak cari kat mana pula tu. Nak intai blog my chef jap..

    ReplyDelete
  14. Takpe..takpe.. bagus berkongsi. Kalau tak sampai ke sudah saya tak tau semur daging betawi tu ialah daging masak kicap.

    ReplyDelete
  15. Kalau spare untuk musim2 raya pun ok. Kadang2 org datang berkunjung ke rumah time kita tak prepare, inilah penyelamat. Makan dengan nasi impit sedap, dengan lemang pun layan kan...

    ReplyDelete
  16. nak try la produk ni.tak penah jumpa pun lg kat sini.dah ibu maryam cakap sedap so kompom sedap heee
    sy pun prefer masak dr malam, bangun sahur panaskan je.kalau nak masak pagi2 rasanya mau tetido kat dapur :)

    ReplyDelete
  17. Orang macam mummy seharusnya beli stok ni simpan kat umah. emmm, kalo tak terdesak pun mummy akan guna jugak, Almaklumler, mummy dengan masakan bukan tak dapat dipisahkan, tapi sentiasa terpisah..Kena beli ni. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  18. Belum pernah cuba lagi. Insyaallah lepas ni bolehlah beli, tambah2 anak akak yg citarasa berlainan ni..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...