Follower

Wednesday, May 23, 2012

CROCHET LAGI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu Yusuf sedang pening. Pening lalat dek penangan Himpunan Jutaan Belia. Baru semalam baru diberitahu kena cari satu bas belia ke sana. Sabar ajelah..

Serius sedang pening, dah la tadi timbang naik 1kg. Aik? Makin diet makin naik. Hmmm.. Sabar lagi..

Rehat sekejap, tarik nafas dan hembus. Fuh!! Marilah teman ibu Yusuf buat terapi minda dengan menatap hasil tangan yang tak seberapa ni.

Hasil crochet ke tiga ibu..

Hasil pertama ibu kongsikan di SINI dan hasil kedua adalah patern yang sama dengan hasil yang pertama.


Crochet yang sangat sempoi..

Jujur, ini kes cengkelat. Ibu Yusuf suka buat kerja-kerja seni tapi kurang kesabaran yang tinggi. Nak buat dari mula sampai jadi sekeping doily, hadussss tak sabar.

Tu yang cengkelat, buat dengan bantuan kain. Kait tepi-tepi kain, dan tepek sekuntum bunga crochet di sudut. Serikan pula denga faux pearl. Hmmm, lawa jugak. Wah, perasan sendiri. Haha.. Sila gelakkan ibu Yusuf.

Paternnya juga sangat, sangat, sangat sempoi. Tapi ibu bangga sebab yang ni ibu buat tanpa merujuk mana-mana patern diagram. Belasah kiraan dengan suka hati sendiri. Alhamdulillah jadi, tak adalah terlebih tegang atau terlebih melengkung. Sedang-sedang elok jadinya..

Malam tadi ada orang sms ibu, tak ada crochet baru ke? Hehe.. Tu nak kata ibu hangat-hangat dot dot dot lah ye? Ada laaaa.. Nama pun hobi, buat bila ada masa lapang je. Kan? Kan? Kan? Harap-harap cik adik cantik yang sms ibu malam tadi baca Jemari Asmara ye.. :D

Okey, ibu nak sambung kerja. Sampai jumpa lagi..

Wassalam

Monday, May 21, 2012

DOA BULAN REJAB


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang



Alhamdulillah, menjelang maghrib tadi kita telah melangkah ke 1 Rejab 1433H. Semoga kita diberi nikmat usia untuk melangkah pula ke bulan-bulan seterusnya. Munculnya Rejab bermakna Ramadahan yang penuh keberkatan makin hampir ketibaannya.

Ps: Ramai yang buat update tentang bulan Rejab. Sama-sama kita berhati-hati, terutama yang copy and paste..Syeikh Qaradhawi berkata dalam kitabnya Fatawa Mua’sorah: “Tidak ada satu pun hadith yang sahih tentang kelebihan bulan Rejab melainkan bulan Rejab itu adalah termasuk di dalam bulan haram (yang dimuliakan), dan telah disebut oleh Allah swt di dalam kitabnya. Firman Allah swt: (منها أربعة حرم (التوبة “Antaranya ada 4 bulan yang haram (dimuliakan).” (al-Taubah:36)


SEGEMEN: IMBAU KENANGAN SAAT SAH JADI MILIKNYA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

 

Lama dah nak join segmen Mama Mia ni, tapi asyik bertangguh je. Alhamdulillah, akhirnya harini berkesempatan jua. Terima kasih Mama Mia sudi jemput Ibu Yusuf untuk turut serta segmen ni.

Ibu Yusuf ni tak pandai buat karangan. Jadi tulis pendek-pendek aje lah ye. Janji sampai maksudnya..

Ibu kenal ayah tahun 2000. Masa tu ibu baru je habis belajar dan dapat jadi guru KAFA. Semua cikgu baru (ustazah la masa tu) kena buka akaun di Bank Muamalat. Masa tulah ibu Yusuf jumpa ayah Yusuf. Ayah Yusuf masa tu staf Bank Muamalat di bahagian customer service, dialah yang bukakan akaun ibu dan kawan ibu masa tu..

Ini bukan cinta pandang pertama ye. Masatu tak ada rasa apa pun, hanya urusan antara pelanggan dan pihak bank.

Tapi dah namanya jodoh, akhirnya kami jadi kawan. Dari kawan timbul sayang. Kemudian kami bertunang pada 01 Januari 2002 dan nikah pada 14 Mei 2003.

Alhamdulillah, dah 9 tahun ibu Yusuf sah menjadi milik ayah Yusuf. Semoga ikatan cinta kami kekal hingga ke syurga sana.. Amin.


Memori terpahat di sini.. Gambar dari google.. :D


KISAH MIMPI MARYAM NABIHAH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Update kisah kontot di pagi Isnin. Dialog ringkas ibu dan Maryam dipagi hari.. :D

Maryam : Ibu malam tadi adik dengan ibu dengan ayah mimpikan?

Ibu : Mimpi apa?

Maryam : Adik dengan ibu dengan ayah jadi ulat..

Ibu : (sambil gelak-gelak kecil lucu hati) Mana ada, adik sorang je yang mimpi tu..

Maryam : Iye, betul ibu. Masa adik kejut ibu (kes mimpi dalam mimpi la ni..), ibu cakap " Ya Allah, kenapa kita semua jadi ulat ni?" Kita duduk dalam kepompong ibu, lepas tu kita jadi rama-rama. (cerita dengan muka dan nada bersungguh-sungguh)

Aduhai anak.. Tapi memandangkan dialog tu berlaku di waktu ibu kelang kelibut bersiap, ibu iyakan aje..

Ibu rasa mesti dia mimpi tu dah pagi. Sebab lebih kurang jam 4.30 dia masuk bilik ibu kata nak buang air. Lepas buang air terus dia menyelit tidur dengan ibu dan ayah. Tu yang ibu dan ayah masuk sekali dalam mimpi tu. Hehehe..

Dah namanya anak kan, cerita macamtu pun boleh ibu rasa alahai.. sweetnya kamu.

Terima kasih singgah Jemari Asmara. Salam sayang..



Sunday, May 20, 2012

5 SENAMAN KECILKAN PEHA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pernah dengar nama Kevin Zahri? Jujurnya, ibu Yusuf tak pernah pun. Tapi sekarang ibu dah tahu dah siapa dia. Dia tu seorang Health Instructor yang juga seorang model. Hensem orangnya.. Errk, melalut.

Sebenarnya, ibu Yusuf dah mula melancarkan misi turunkan berat badan. Tapi tidaklah beria-ia sangat lagi. Setakatni cuma tak makan malam, siang makan je macam biasa. Bila semangat tengah membara ni maka rajin lah google sana sini. Tu yang jumpa kevinzahri.com. Memang banyak panduan kesihatan di sana.. Untuk harini, ibu nak kongsikan salah satu artikel yang ada di dalamnya. 

5 Senaman Kecilkan Peha:

Sesetengah orang mempunyai bentuk badan seperti buah pear. Bahagian seperti pinggul dan peha kelihatan berisi dan tidak seimbang dengan bahagian atas badan anda. Sekiranya anda mengalami masalah ini, sudah tentu anda tercari-cari bagaimana cara untuk mengecilkan bahagian peha anda. Antara cara yang biasa kita lihat di sekeliling kita ialah dengan berlari atau jogging, berjalan atau ‘walkathon’, dan berbasikal. Tiga cara ini adalah sangat sinonim untuk mengurangkan lemak di bahagian peha. Adakah anda terfikir cara lain untuk mengecilkan peha anda? Berikut merupakan langkah-langkah aktiviti yang boleh anda lakukan untuk mengecilkan bahagian peha anda:


1. 'Kerusi bayangan'

Berikut adalah panduan untuk senaman "kerusi bayangan":
  • Berdiri tegak sambil bersandar pada dinding.
  • Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi.
  • Bila anda sudah ‘duduk’, cuba bertahan selama mana yang anda boleh sebelum anda berdiri tegak semula. Kebanyakan orang hanya boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama.
  • Pastikan badan anda tegak semasa 'duduk'.
  • Cuba capai 10 saat pada permulaan, dan bertahan sehingga 1 minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan 5 kali setiap hari.
Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mula-mula mungkin susah, tapi kalau dah lama-lama, anda mesti rasa sudah biasa.

2. Pergerakan "menggunting"

Latihan ini menumpukan bahagian peha sebelah dalam. Senang sangat! Baring atas lantai dengan kedua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan gunting semasa memotong kertas. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. Kemudian, tukar kaki kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini 12 – 15 kali untuk setiap set. Anda akan dapat rasa tekanan di otot-otot bahagian peha anda. 

3. Pusingan bulatan

Baring mengiring di atas lantai dengan sebelah tangan anda ke atas (baring berbantalkan lengan anda) dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas, dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam. Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak 5 kali sebelum ulang langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh. 

 

4. Pakai kasut tinggi!

Kalau sebelum ini kita memerlukan alasan untuk pakai kasut tinggi, inilah masanya! Memakai kasut tinggi boleh membentuk otot betis dan peha. Walaupun kita kena beringat yang amalan memakai kasut tinggi ini boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur, oleh itu anda perlulah berhati-hati! Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi 2 inci!


5. Melompat di atas trampoline

Melompat di atas trampoline ini sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolism, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik. Lakukan aktiviti ini selama setengah jam dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Ia juga aktiviti yang sangat menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga mahupun rakan-rakan anda!
Aktiviti-aktiviti ini perlu dilakukan dengan sokongan pemakanan yang berkhasiat dan sihat secara konsisten. Semakin konsisten latihan disusuli dengan pemakanan yang sihat, semakin cepat anda boleh melihat hasilnya. :)

Ps: Ada gambar-gambar sokongan di SINI. Ibu tak copy sebab seksi. Ngeee..


Peluang jana pendapatan. Klik!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...