Follower

Thursday, February 17, 2011

PML vs RM!

Assalamualaikum wbt..

Ibu masih dalam mood pinggan mangkuk lama (PML). Maaf la kalau ada kawan-kawan yang boring.. asyik cerita pasal PML je. Bagi lah ibu can ye.. masuk yang ni baru 3 n3.. hehe.. bukan 30 tau. N3 pertama SINI dan n3 kedua SINI

Melayan hobi baru ibu ini perlukan RM yang banyak.. Janganlah terus kata ibu banyak duit. Baca dulu ye.. Harga PML semakin tinggi sekarangni. Lagi-lagi kalau yang dah dijual atas tangan.. Lagi-lagi lepas slot WHI buat slot pasal PML.. Mahu berganda-ganda..

Mula-mula dulu, konon ibu nak kumpul sikit-sikit. Tapi tak tahan nafsuku digoda gambar-gambar kat APC (Antique Porcelain Collectors) @ FB Group. Tapi, bila dah mula.. susah woo nak stop. Nak lagi, nak lagi.. (Hehe.. nampak sangat  tak tahan godaan)

Jadi, ibu ambil pendekatan 'hunting' sendiri kat kedai-kedai lama yang kawan-kawan APC selalu panggil Kedai Apek. Harga, murahlah sikit.. tapi mak aiii! Nak menyelongkar, menggeledah, mengabuk.. err.. apakah itu? Hehe.. kumpul habuk kat paru-parulah.. namapun kedai lama.

Setelah merasai 'nikmat' menghunting itu, ibu mula mengakui bahawa harga yang diletakkan oleh kawan-kawan yang berniaga adalah patut.. cuma ibu tak rasa lagi pengalaman membeli PML terpakai dari orang dolu-dolu.

Ini saja coretan ibu.. kat bawah ni koleksi ibu hasil terjah 4 Kedai Apek.. dapatnya ciput aje..



Nanti-nanti ibu buat n3 pasal ni yer..


Ps: Ibu macam nak buat GA lagi. Nak joint tak?

4 comments:

  1. insyaallah ya akan join...t ya nak tgk la pinggan lama mak ya ni...tapi tak banyak mana pun....org tua memang sayang la kak pada pinggan2 dorang...samala mak ya ni...heheheh

    ReplyDelete
  2. BSB pun joint jugeee...BSB selalu tengok org jual pinggan2 lama nie kat pasar tani stadium shah alam. Zefa p ler intai2 kat sana.

    ReplyDelete
  3. Ya: mana tak sayang, beli sikit2 sbb duit nak guna sekolahkan anak.. kumpul2 lama2 cukup buat hidang masa kenduri.. sekarang mak akak guna milamin je masa kenduri.. pinggan lama berat..

    ReplyDelete
  4. BSB: sejak duk shah alam tak pernah pun pergi pasar tu.. teringi juga nak intai2 kat situ.. survey rege dulu.. tp best lah BSB, terjah kedai apek.. hehe..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...