Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Sabtu menjelma lagi. Tadi, selepas hantar Yusuf pergi kelas Mental Arithmetic.. ibu sempat layan hobi 'menangkap'. Kali ini belimbing buluh jadi mangsa. Depan rumah ada 3 pokok belimbing buluh, semuanya tuan rumah asal yang tanam.
Seperti yang ibu maklum sebelum-sebelum ni, ibu memang tak ada skill dalam menangkap gambar. Semuanya main tekan je.. Dalam entry Bouganvilla @ Kebun Cinta Ibu, Neon ada bertanya macam mana nak tangkap gambar cantik dengan hanya guna kamera compact..
Maaf, ibu tak ada jawapan. Semua gambar yang ibu tangkap guna auto mode, cuma kamera ibuni ada fungsi makro mode dan ibu onkan..
Jika ada sahabat-sahabat yang ada ilmu tentangnya kongsilah dengan kami ya..
Belimbing buluh yang masih putik.. dengan bunga-bunganya..
Ibu nak sharpkan dua-dua, belimbing dan bunga.. tak jadilah pulak..
Imej berlawanan dengan pic di atas.. betul ke ibu guna istilah tu?
Kurang sharp.. ibu membayangkan alangkah indahnya pic ni kalau ada titisan air di bawah belimbing..
Pokok belimbing buluh yang disaluti pokok duit-duit di bawah langit membiru..
Agak-agak ada ke jiran yang skodeng ibu tertonggeng-tonggeng bawah pokok ha? Hahaha..
Ps: Ibu pernah syer resepi Ikan Tenggiri Masak Pindang Belimbing Buluh. Jemputlah klik.. :D
semua gambar shantek2:) ikhlas dari nana...pandai lah sis snap-snap....hehe...kalo diorang nampak pun,buat tak tau je kan sis ^-^
ReplyDeleteserius izan suka sangat dgn gmbr2 yg kak zefa ambil ni. mcm pro photog pun ye dah. hmmm...
ReplyDeletekamera izan cam takde plak macro mode. ke izan yg tak reti guna... hehe...
kecur air liur saya ni kak :) belimbing buluh ni mmg sedap bila masak dengan ikan kembong masak lemak cili api :)
ReplyDeletecantik
ReplyDeletecantiknye belimbing buluh. geram nk petik makan mentah cicah garam. haha.
ReplyDeleteaduhhh....sedapnya belimbing nih....lom masuk dlm lauk pun dah terliuq lak..
ReplyDeletecantik....pandai zefa snap pic..akak ni main tibai semacam je.....
ReplyDeletemlm td baru masak sambal hitam belimbing buluh..sedap..resepi dr kwn yg dr pahang....
dulu yus pun suka juga bermain2 dengan macro mode kamera compact ni. Skrg malas, banyak ambil gambar guna camera phone saja...huhu
ReplyDeleteapa pun nice gambar zefa
rumah ibu ade kebun eh? bestnya kawasan rumah ade kebun. sejuk je.
ReplyDeleteSedapnya belimbing ni masak lemak.... terliur pula rasanya...
ReplyDeleteSuka gambar last tu...:)
Baru haritu kakak zie hidang ikan patin masak tempoyak buah belimbing buluh..
ReplyDeleteCantiknya gambar buah belimbing sekali dgn bunganya tu..
ReplyDeleteOrang Pahang ada masakan istimewa drp belimbing buluh yang dah direbus..
buat masak lemak sedap ni..
ReplyDeleteAlahai, belimbing buluh masak lomak daging salai sodap ni :)
ReplyDeletecantik pic yg kak zefa amik.pokok belimbing buluh nie dulu masa sy kecik2 ada mak tanam depan rumah..skang dh takde..
ReplyDelete