Follower

Sunday, January 27, 2013

SET SLIMMING SHAKLEE


Dengan Nama Allah Yang Maha pengasih Lagi Maha Penyayang

Azam sempena MauliduRasul 1434H, ibu nak lebih bersungguh-sungguh dalam biz. Berniagakan salah satu sunnah rasulullah saw.. Mudah-mudahan dengan azam ini, akan lebih cepat tercapai impian ibu nak jadi surirumah sepenuh masa dengan pendapatan sekurang-kurangnya 4 angka. Itu sekurang-kurangnya tau, harap-harap boleh lah capai 5 atau 6 angka. Wow!!

Tinggikan cita-cita ibu? Semoga tercapai sebelum ibu menyambut hari lahir ke 40. Amin.. Tapi kalau ibu ditakdirkan kena kerja sampai pencen kelak, jangan la pulak awak semua gelakkan ibu ye.. Hihihi..

Sekarang ni ibu fokus dengan biz produk Felinna Beauty (klik) dan produk kesihatan Shaklee (klik). Selaras dengan azam tahun 2013 ibu, 'lebih cantik, lebih sihat..'.. Comelkan azam ibu? Hehehe..

Harini ibu nak berkongsi tentang produk-produk Shaklee yang boleh dicadangkan untuk mereka yang mahu menurunkan berat badan dan slim yang kami panggil Set Slimming Shaklee. Terdapat 3 unsur utama dalam proses mendapatkan berat badan yang ideal iaitu:

Detox + Pemecah Lemak + Protein




Detox

Kenapa perlu detox? Detox adalah proses membersihkan usus dimana segala toksin, lemak dan lendir yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan air besar. Selepas dinding usus kita bersih. baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap optimum. Tahukah anda, bahawa kunci asas untuk kurus adalah detox terlebih dahulu.

Di Shaklee, antara produk yang memberi fungsi detox adalah Herb Lax dan Alfafa.

Bagi mereka yang tidak menyusukan bayi disarankan mengambil Herb Lax dan mereka yang menyusukan bayi disarankan mengambil Alfafa.


Pemecah Lemak

Lemak berlebihan dalam badan adalah penyebab kegemukan, maka dengan itu lemak perlu disingkirkan. Shaklee ada Lecithin yang berfungsi untuk memecahkan lemak-lemak atau 'fat emusifier'. Ini adalah apabila dia 'bertemu' dengan lemak lemak degil, dia akan 'memecahkan dan bercampur atau bergabung' dengan lemak-lemak tu dan seterusnya membawa lemak itu keluar melalui najis


Protien

Protein sangat perlu untuk membantu meningkatkan metabolisme tubuh, meningkatkan perkembangan otot, menjaga nafsu makan dan menjaga otot bebas lemak. Kajian menunjukkan protein dapat membakar kalori sampai sebanyak 35%.

Di Shaklee kami mempunyai 2 cadangan iaitu samada Energizing Soy Protien (ESP) atau Cinch Shake Mix.

Untuk ibu yang menyusu kami syorkan ESP (ESP juga bertindak sebagai milk booster dan mencantikan kulit) dan buat yang tidak menyusu kami syorkan Cinch Shake Mix. 

******

Itulah tadi di antara supplemen di Shaklee yang ibu dapat kongsikan fungsinya dalam misi mencapai berat badan yang diidamkan. Namun kita semua harus faham, supplemen ini bukan 'makanan ajaib' yang boleh menukarkan bentuk tubuh kita menjadi sebagaimana yang diidamkan dengan sekelip mata.

Selain mengamalkan supplemen-supplemen tersebut dengan istiqamah, jangan lupa mengawal pemakanan (tetapi tidaklah sehingga perlu berlapar), banyakkan makan sayur dan buah-buahan, minum air yang mencukupi, bersenam dan paling utama usaha, doa serta bertawakal kepada Allah swt..

NOTA: 

* Sila dapatkan khidmat konsultasi sebelum anda membeli mana-mana produk  di atas. Pastikan anda mendapat ilmu dan maklumat yang selengkapnya sebelum membeli. Aturan makan akan diberikan selepas pembelian produk.

* Produk-produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

 Untuk keterangan lanjut hubungi:
 
Puan Zefa Nor Asmara Jubir
Shaklee Independent Distributor [ID No : 909824]
WhatsApp: 011 11537821

2 comments:

  1. Semoga biz zefa brtmbah maju..InsyaAllah....akak pn minat jugak biz ni ttp yg xtahan tu akak lak trlebih shopping....huhuhu...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...