Follower

Friday, June 15, 2012

BILA IBU DAN MARYAM MENANGIS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Sila maklum, ini entry luah perasaan. Tiada kaitan dengan sesiapa, juga tidak bermaksud membuka pekung didada. Hanya luahan hati seorang ibu punya dua anak.. Seorang isteri punya seorang suami.

Semenjak dua ni ibu Yusuf serba tak kena. Serba tak keruan.. Serba malas.. Serba tak semangat.. Sebab? Tak tahu.. Sampai satu tahap rasa nak nangis. Sedih apa? Pun tak tahu.. Bila balik kerja rasa penatttt sangat. Di pejabat buat apa? Tak buat apa pun, kerja macam biasa.. Aduhai..

Maryam pula terlalu beremosi sehari dua ni. Di sekolah menangis, di taska menangis. Hari-hari Yusuf balik cerita 'tadi adik nangis'. Bila cikgu dan abang tanya, jawabnya; "Nak ibu.." dengan tangisan teresak-esak.

Pagi tadi, drama air mata bermula seawal di rumah lagi. Tiba-tiba tak mahu pergi sekolah, tak mahu pergi taska. Sama-sama ibu dan anak emosi tak stabil. Dengan emosi tak stabil, ibu gagal menahan marah.

Sudahnya, ibu dan Maryam sama-sama menangis. Ibu peluk dan cium anak-anak, hidupkan kereta dan terus memecut ke pejabat.

Sampai pejabat, terus berlagak seperti biasa walau air mata masih bersisa. Profesional lah kononnya, namun dalam hati hanya Allah yang tahu..

Jam 10.00 pagi ibu didatangi seorang klien yang mengharapkan sesi kaunseling. Sesi berjalan seperti biasa, bersungguh-sungguh ibu melontarkan kata-kata motivasi kepadanya. Bersungguh-sungguh ibu cuba meniupkan semangat yang luntur dalam dirinya. Bersungguh-sungguh ibu membantunya bangkit dari rasa putus asa. Namun dalam hati ibu, hanya Allah yang tahu..

Selesai luahan hati ini..

Ketika ini ibu sedang tersenyum.. Puas dapat meluah rasa tanpa perlu telinga orang lain. Bacalah jika sudi, hati telah puas meluah sebelum sesiapa membaca coretan hati ini.

Moralnya:

Jangan pendam rasa, luahkan.. Dada yang sempit akan menjadi lebih lapang. Masalah kan lebih mudah diselesaikan. Namun ingat, meluah rasa ada had dan batasnya.

Ps: Terima kasih suamiku sudi menguruskan anak-anak. Terima kasih suamiku sudi menerima isterimu seadanya.. Namun senyapmu tetap dapat kubaca. Semoga bahagia milik kita hingga ke syurga. Amin..


15 comments:

  1. kak semua orang pun ada masalah, pada saya jalan yang sebaiknya memang luahkan (kalau boleh la), ikut cara masing-masing, sakit kan kalau pendam je..maryam ada masalah ke kat sekolah?

    ReplyDelete
  2. kadang2 kita ni beremosi tak bersebab, walauapapun kena jgak mengalirkan air mata dan kena jugak luahkan apa yg terbuku, tapi itulah kena ada batasnya,

    mudahan zefa dah lega,

    ReplyDelete
  3. sedih baca n3 ibu yusuf kali ni... sabarlah ibu yusuf kekadang tu situasi emosional datang seperti tidak diundangkan

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Bersabarlah ye...akakpun kadang-kadang macam tu..rasa sedih tapi tak tahu apa yang disedihkan...semoga bahagia menjadi mlik ibu yusof selamanya...:)

    ReplyDelete
  5. itulah cabaran seorang ibu yg bekerjaya..akak dh lalui segala keperitan ini sewaktu 3F masih kecil..krn tuntutan kerja akak trpaksa meninggalkan mereka brsama ayah brminggu malah brbulan2 lamanya....Syukur, punya suami yg begitu memahami, mengurus anak2 sndirian tnpa pembantu, punya anak2 yg mengerti keadaan ibu mrk w.pn masa tu mrk masih trlalu kecil....

    Sbgai ibu yg bekerjaya kita perlu kuat...walaupn dlm hati kita menangis namun didpn anak2 kita perlu kuat...begitu juga didpn rakan2....semoga zefa mampu melalui semua itu dgn tabah..InsyaAllah besar ganjarannya yg akn kita dpt dikemudian hari.....

    ReplyDelete
  6. zefa kadang2 memang kita akan beremosi sikit..lebih2 lagi bila anak2 pulak buat hal..mahu darah tinggi dibuat nyer.

    ReplyDelete
  7. Bila badan penat fikiran pun jd tak keruan. Pantang silap sikit kita mula nak marah. Bila tersedar kita akan rasa sedih sebab bukan itu yg kita mahukan. Biasa alami mcm tu.. Syukurlah kita masih sedar apa yg berlaku. Cheer up :)

    ReplyDelete
  8. ada masa nadiah pun macam tu kak zefa. sedih tiba-tiba. alhamdulillah ada anak-anak yang menjadi penawar hati. hilang rasa gundah :)

    ReplyDelete
  9. be strong zefa (walaupun tahu ckp memang senang). Ada masanya mmg emosi jadi tak stabil bertambah dgn penat fizikal. Luahan perasaan mmg membantu melegakan tekanan. Take care :-)

    ReplyDelete
  10. penat sbenarnya jadi ibu bkerja. kejaumh, keja pejabat. lagi2 bla anak mbesar rasa nak dok umah jaga diorang je. bila badan selalu rasa penat iru tandanya kita perlukan maid. ckp utk diri sendirila nie

    ReplyDelete
  11. Biasa tu Zefa.. Sekuat mana kita, adakala tewas juga.. Luahan rasa selalunya dapat membantu namun perlu kena pada tempat dan ada batas2nya..

    ReplyDelete
  12. luahkan adalah jalan terbaik. Moga hati zefa dan lega hendaknya....

    ReplyDelete
  13. moga bertambah tenang dengan dapat meluahkan rasa hati..

    kita bekerja..penat.. emosi mmg sering terganggu..

    *** saya bekerja dengan 4 orang anak yg sedang membesar (kesemua lelaki).. memang sangat2 mencabar setiap hari.Yang sulongnya baru 6 tahun dan yg kecil 8 bln (kembar).Pagi2 Ya Allah mmg tersangat riuh dan saya tersangat pening sebab hubby dah keluar bekerja seawal 6.45pg. Sedangkan time tu baru saya nak uruskan anak2. (sebab saya masuk kerja 9 pg).Kami membesarkan sendiri tanpa bantuan dari maid.Alhamdulillah setakat ni berjalan lancar walau kdg2 jiwa sedikit kacau :)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...