Follower

Saturday, May 25, 2013

MANDI MANDA @ PANTAI TOK JEMBAL, KUALA TERENGGANU


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Yusuf dan Maryam memang suka aktiviti mandi manda, lebih-lebih lagi bila balik Terengganu. Terakhir catatan ibu tentang aktiviti mandi manda sebelum ni adalah di Air Terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu.

Balik kali ni tiada perancangan mandi manda sebenarnya. Tapi tiba-tiba terjadi. Ehehe.. Boleh pulak tiba-tiba terjadi ye?

Petang tu kami cuma merancang nak jalan-jalan tepi pantai je. Tapi Bak (abang ipar ayah Yusuf) bagi tau ada tempat boleh mandi di pantai Tok Jembal. Wah! Teruja kami sebab setahu kami kebanyakan pantai di Kuala Terengganu ni tak sesuai untuk mandi manda.

Maka dengan apa pakaian yang ada budak-budak tu terjun dalam air dengan Bak mereka. Ibu dan ayah tukang tengok je. Jom layan gambar yang ada..


 Ibu tak tahu nak bagi tau tempat ni kat mana. Tapi kalau kita menyusur Pantai Tok Jembal, ni lokasi terakhir boleh naik kereta. Sampai sini terus jalan mati dah..


 Budak Maryam yang teruja boleh mandi. Terjun dalam air dengan pakaian yang memang itu adanya. Balik rumah camane? Hihi.. Agak-agak sendiri..


Tempatni sebenarnya lokasi nelayan dengan sampan atau bot kecil berlabuh. Tapi memandangkan ada tambakan batu yang dibuat, pantai ni agak selamat dari ombak besar. Pesisiran pantainya juga landai dan sesuai untuk aktiviti mandi manda..


 Yusuf dan Maryam bukan main suka.. mandi dengan Bak dan sikecik Faqehah sepupu mereka..



 Ambik gambar dengan tab je.. tak boleh zoom..


Airnya bersih..


 Pemandangan indah waktu senja yang ibu sempat rakam.. Tapi taklah senja sangat, nanti kata ibu Maghrib kat pantai pulak.. Hohoho.. ;p


Yang ni pemandangan yang ibu snap dari gerai yang kami duduk. Tak ingat nama gerainya, tapi murah. Kami makan ikan goreng tepung, pisang goreng dan air untuk 5 orang baru RM18.00.. Ikannya besarrrrrrr dan segarrrrrr.. Sampai ibu belek-belek ikan tu, teruja tengok ikan selar besar tu. Tapi tak ada gambar. Lupa nak ambik. Hehehe..

Okey, sampai sini dulu catatan ibu kalini. Hingga jumpa lagi..



6 comments:

  1. bestnyaaa berendam kt laut..huhu.. nk mintak ibu follow balik link kte sbb kte dh tukar link.hehe

    ReplyDelete
  2. Wah seronoknya bermandi manda tu zefa.... tmbh musim panas ni ;-)

    ReplyDelete
  3. bestnya tgk maryam mandi..airnya pn cetek n nmpk jernih.....

    ReplyDelete
  4. berkubang macam ni bukan yusuf maryam je suka, org tua mcam sy ni pun suka,pantang je ada peluang..:)

    ReplyDelete
  5. haii.. salam kenal..

    928

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...