Follower

Thursday, June 13, 2013

PERCUTIAN SINGKAT KE PULAU PANGKOR - DAY 2


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Entry sambungan dari Percutian Singkat Ke Pulau Pangkor - Day 1. Ikut rasa, nak buat besok-besok je sambungannya ni, tapi semalah sudah kena nasihat dengan sahabat blogger nuunnn di Findland suruh jangan malas-malas update blog. Haha.. Harini paksa diri rajinkan diri.

Oh ya, ibu nak bagi tau ni. Cacatan ibu dari Day 1 lagi macam nampak banyak benda tak seronokkan? Masalah dengan penginapan lah, masalah makan malam yang lambat lah.. Tapi percayalah, semua tu tak menggugat kegembiraan kami. Hehe.. Sebenarnya, ibu nak bagi tau kami memang betul-betul seronok datang ke Pangkor ni..

Hari kedua, selepas menikmati sarapan yang mahal (haha.. ayat tak seronok lagi) kami meluaskan pandangan melihat keindahan alam ciptaan Ilahi dengan ronda-ronda naik bot disekitar pulau.

Sewa satu bot (besar) RM80.00 untuk +- 25 minit. Nak kongsi-kongsi dengan family lain pun boleh juga, jadi boleh kongsi-kongsi sewa. Tapi ibu sewa satu bot khas untuk kami anak beranak. Bukan apa, lebih selesa mengekspresikan kegembiraan kami. Nak jerit ke, nak gelak ke.. Pemandu bot sorang je yang tengok. Hihi..

Bot kecik pun ada juga dengan sewa lebih murah, tapi pagi tu ombak agak besar. Jadi kebanyakan pengusaha bot tak mahu ambil risiko..


Kenangan terindah buat kami sekeluarga..


Gwiyomi? Ehehe.. Comel ke?


Ibu siapakah ini?


Batu yang berbentuk seakan-akan ikan paus..


Masa ni bot sedang memecut laju. Seronok Maryam dan Yusuf sampai terjerit-jerit..


Keadaan laut yang agak bergelombang.. Hujan renyai-renyai..

Oh ya, kita boleh turun dibeberapa lokasi seperti pulau-pulau kecil untuk snorkling, beri ikan makan atau mandi manda.. Anak-anak sebuk nak tengok 'Pulau Penyamun' gara-gara cerita Senario tu..


Turun dari bot, anak-anak sambung aktiviti mandi manda..


Ombak memang agak kuat pagi tu.. Tapi anak-anak tetap seronok.. Dah nama budak-budak kan, seronok je tahu nya..

Kami checkout dalam jam lebih kurang 12.30 tengahari macam tu. Dan bermulalah perebutan nak dapatkan teksi pink tu, sebab masing-masing pun ramai yang checkout dan nak ke jeti. Pihak chalet tolong callkan pun, pemandu teksi tak angkat.

Maka kami pun menarik dan memikul beg yang ada dan tunggu ditempat yang dikhususkan untuk menahan teksi. Nasib baik lokasi tak jauh dari chalet kami. Tapi teksi tak nak berhenti sebab masing-masing dah penuh dengan penumpang.

Makanya? Hahaha...

v

v

v

v
v


Kita possing lagi dulu... Haha.. Tangan buat peace, tapi muka monyok..

Sudahnya kami makan-makan dulu. Alhamdulillah, elok je selesai makan kami dapat teksi. Bertolak ke jeti untuk naik feri ke Lumut. Tiket kami dah pergi untuk pergi dan balik. Dewasa RM10.00 dan kanak-kanak RM5.00..

Apapun, percutian singkat kami menyeronokkan. Yang tak seronok tu buat pejam mata ajelah..

Pulau Pangkor, kami akan datang lagi!!




3 comments:

  1. Akak pegi Pangkor masa awal cuti sekolah zefa, chalet pun dekat teluk nipah tu juga, D'senja resort, di tempat yg ada buai itu juga kami bergayut zefa, kami dah lama booking, family day keluarga akak seramai 7 keluarga.

    Biasalah zefa bila kita terdesak mcm tu... apa2 pun zefa sekeluarga hepi kan ;-)

    ReplyDelete
  2. Ehem2 berkesan jugak rupanya pesanan ringkas dr jauh ni hihii...

    Mcm best sesangat naik bot tu. Tp betul2 ckp zefa, ambik bot takde campur2 dgn org lain lg best. Privacy gituu :)

    Lagi sekali tinggal pesan, rajin2 update blog okeh :D

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapat gi jalan-jalan sekeluarga...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...