Follower

Saturday, December 31, 2011

Terperangkap Dalam Fitting Room Lagi?


Bismillahirrahmanirrahim

Khamis malam Jumaat yang lepas, kami anak beranak menyerbu The Store @ Plaza Alam Sentral mencari baju sekolah Yusuf. Ni memang betul-betul persiapan saat-saat akhir ni. Alhamdulillah, saiz untuk dia masih ada lagi. Sedia maklum, anak ibu ni saiz plus-plus sikit dari usianya.

Alhamdulillah, peristiwa tahun lepas tak berulang lagi. Ibu dan ayah betul-betul ambil pengajaran dari tahun lepas. Peristiwa apa? Tuuu.. macam tajuk di atas. Hi hi.. Nak tahu cerita lanjut boleh klik n3 Gempar!! Terperangkap Dalam Fitting Room!! Kejadian tu dah setahun dah berlalu, tapi masih segar dalam ingatan. Lagi-lagi ada catatan dalam Jemari Asmara..

Pilihan pakaian masih jenama yang sama. Kami pilih jenama School. Cuma seluar kami akan beli jenama Jony&Jeny dari Hari-Hari. Tahun lepas kami beli 2 helai seluar jenama School dan sehelai seluar jenama Jony&Jeny. Harga yang agak jauh berbeza, tapi pada penghujung tahun jenama School dah kelabu asap. Getah seluarpun dah kendur. Tapi yang J&J masih okey lagi. Maksudnya, pakaian berjenama dan mahal belum tentu lebih baik dari yang murah.

Sementara menunggu abang mencuba pakaian, mulut ibuni tak boleh diam. Sebab si adik yang tak boleh diam. Lari sana, lari sini.. Dia menyorok sana, menyorok sini. Bila ibu tegur, boleh dia jawab; "Tak ada orang nak curi adik la ibu.." Haishh!! Minta dijauhkan. Itu yang ibu takut..

Jadi, untuk menyekat dia dari ke sana sini (sebab ibu pun tak larat nak kejar.. huhu..) ibu ajak dia snap-snap gambar. Moh la kita layan budak bertudung oren tu..


 Berteman sebiji belon.. Dalam fitting room tu ada abang dan ayah. Fitting room yang sama abang terperangkap tahun lepas. Sampai ada pekerja The Store kena panjat ke atas..


 Yeay!! Saya pandai tiup belon!!


 Haa.. tu ayah dah nak keluar. Jangan tinggal anak dalam tu bang..


 I love U 2 my dear.. :D


Wahhh.. sama-sama oren kita. Tapi pic blurr la pulak. Huhu..

Alhamdulillah lega, sebahagian keperluan dah selesai. Buku pun ada yang ayah dah beli. Tinggal beberapa lagi je belum selesai. Yuran dan baju Maryam pun dah selesai juga.

Ps: Harini hari terakhir 2011. Semoga 2012 adalah lebih baik bagi kita semua.. :D


11 comments:

  1. tak sabar nak tunggu auni sekolah hehe...tapi lambat lagi lah pula huhu

    ReplyDelete
  2. Nida ni fobia sikit tengok belon... takut pecah..hehe.

    Salam Tahun Baru 2012 buat Zefa sekeluarga.. semoga esok lebih baik dari semalam.. Insya Allah

    ReplyDelete
  3. Baju n seluar sekolah anak2 lelaki, akak suka jenama Kamdar (xmo tukar2 daa)

    kain cantik n jahitannya halus, kiranya berbaloi2 ngan harganya

    ReplyDelete
  4. lega kalau prsiapan anak2 dh selesai...akak kena settle 4 org thn nie....masih ada yg blm siap...

    ReplyDelete
  5. amin..muge 2012..abg yusof hensem dan kakak maryam cantek dapat adik comel ;D

    ReplyDelete
  6. eh... bahaya ni klau bab terperangkap ni.... serba oren.. cute!

    ReplyDelete
  7. wah terperangkap dlm fitting room mmg seram,hehe..

    baju aiman utk basahan dirumah mmg byk jenama jony&jeny,kualitinya ok apa..best walaupun murah..

    slmt tahun baru..semoga tahun 2012 lebih baik utk keluarga kak zefa juga..:)

    ReplyDelete
  8. comel nye tudung si kecik tu! ibunya pn comel juga =)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...