Follower

Tuesday, August 28, 2012

KEK COKLAT CAWAN KUKUS


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Pagi 10 Syawal 1433H yang sejuk dan damai.. Gigih pagi-pagini menentang kemalasan, on juga cik lappy ni. Berusaha untuk tidak membuarkan Jemari Asmara terbiar sepi. UV semenjak raya ni sangat, sangat, sangat merudum dek banyak faktor. Tak update, tak bw, dan readers pun masih dalam mood  beraya. 

Tak tahu nak update apa sebenarnya, godek-godek fail gambar jumpa gambar yang dah lama resize dan letak watermark, tapi tak juga di publish. Maka terhasillah entry ini.


 Eh eh.. Nak tunjuk kek ke nak tunjuk bekas kuih raya? Hehe.. 

Tu bekas kuih tempahan kawan sebenarnya. Asyik buatkan orang punya, sudahnya sendiri punya pun tak ada. Guna bekas yang togel je..


 Haaa.. Inilah rupanya.

Ibu guna resepi kek coklat kukus munira sebenarnya. Cuma ibu masukkan dalam bekas kecik-kecik, jadilah ia kek cawan. Dulu pernah ibu buat kek tu versi loyang, bolej klik SINI kalau nak tengok.


 Tayang bekas kuih raya lagi ya? hehe.. 


Buat kecik-kecik senang anak-anak nak makan. Tak payah nak potong-potong bagai, tak payah nak cuci-cuci pinggan. Bekas tu kalau sayang cucilah, kalau malas boleh buang. Hehe..


RESEPI KEK COKLAT LEMBAB KUKUS MUNIRA

Bahan-bahannya:

Bahan A
  • 1 cawan gula pasir - ibu guna 3/4 cawan sahaja
  • 1 cawan serbuk koko
  • 1 cawan susu cair - ibu guna air suam sahaja
  • 1 cawan susu pekat
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 sudu kecil serbuk nescafe - resepi asal tiada
** semua bahan di atas digaul sebati dan masak atas api perlahan sehingga gula larut. Matikan api dan rehatkan sekejap bila dah sebati.

Bahan B - di ayak

  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (sudu kfc) baking powder
Bahan C

4 biji telur - diblender (ibu pukul guna pemukul telur)


Cara-caranya:


Satukan bahan B dan bahan C ke dlm bahan A secara berselang seli dan gaul dgn senduk sahaja.

Bila dah sebati masukkan ke dlm loyang yang digris dan dilapik kertas kalis minyak. (ibu guna bekas kecik-kecik tu, sapu sikit mentega..)


Kukus selama 1 jam atau sehingga masak. Jangan buka pengukus semasa proses mengukus 45 minit yg pertama takut kek jadi mendap.
(Sebab guna bekas kecil ibu kukus 15 minit sahaja)

Untuk topping pula, ibu guna resepi dari Resepi Masakan @ Resepi.iLuvislam



RESEPI TOPPING KEK COKLAT

150 gm coklat masakan
1/4 cawan air panas
1 sb mentega
1 sb susu pekat (ibu tak letak sebab coklat tu dah manis..)

* Campurkan semua bahan dan masak secara 'double boiler'
Selamat mengekek.. ekekeke.. 

 Ps: Jika anda ada masalah darah tinggi, jemput tonton video di bawah. Semoga bermanfaat..

Ubat Darah Tinggi? Apa Laki Ni Buat Untuk Turunkan Tekanan Darah from iReach HD on Vimeo.

25 comments:

  1. wah sedapnya...terbuka selera pgi2 tgok...nyum2

    ReplyDelete
  2. sweet ke kan buat keik2 camtu.. senang nak makan tak payah nak ssh2 cuci lagi..

    ReplyDelete
  3. alamak terliur la kak..sedap ni dan resipinya pun nampak cam senang, boleh cuba la nanti.

    ReplyDelete
  4. sedapnya..sy pun suka buat cup cake,senang x payah potong2 sekali ngap je

    ReplyDelete
  5. wah...boleh try ni =) sedap nampaknya kak zefa hihi

    ReplyDelete
  6. Kalau masuk dalam bekas2 ni lebih mudah nak dibawa ke mana2.. Sedapnya.. :)

    ReplyDelete
  7. air pana tu air apa zefa? baru first time dengar....ke air panas ya....:)

    ReplyDelete
  8. sedapnye..untungnye badan ayah n yusuf n maryam ;)

    ReplyDelete
  9. hy akak... bahan untuk topping tu akak ade gune 1 /4 air pana, air pana tu ape ? air pana @ air panas ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Air panas dear. Sudah dibetulkan, terima kasih :-)

      Delete
  10. salam kak..betul ke tepung gandum 3/4 cawan?sedangkan koko 1 cawan..x pahit ke?


    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam..
      Betul dear, inilah yg akak salin dan cuba. Tak pahit in sya Allah :-)

      Delete
  11. sdh siap bt..sdp..

    ReplyDelete
  12. Salam kak...nk tya...masa kukus tu penutup untuk bekas kecik kecik tu kena pakai atau x? Nak buat time raya nie...senang xpayah potong

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Jgn tutup dear.. Tp penutup pengukus tu balut dgn kain supaya air tak menitik dlm bekas kek..

      Delete
  13. salam kak boleh akak bagi sukatan nya dalam gram? sy nk cuba buat.

    ReplyDelete
  14. Assalam. Ibu nak tanya kalau satu adunan ni boleh dapat berapa biji bekas kecil2 ni bu... :)

    ReplyDelete
  15. mcm sedap jer....kejap lgi nk cari bahan .. nk cuba buat..he..he..




    ReplyDelete
  16. salam kak , nak tanye .. macam mane nak letak ganache kalau dalam bekas plastik ? kena kluar kan dulu ke dari bekas baru coating ?

    ReplyDelete
  17. Kak nak Tanya kalau tak guna minyak bolehke ganti majerin

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...