Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dah lama tak tulis cerita tentang anak-anak. Kali terakhir buat cerita tentang anakanda Yusuf pun entry ww je. Kesiaaaann kan? Hehehe..
Berbalik pada cerita di atas, kami memang mencari kelas sedemikian rupa untuk mengisi hujung minggu Yusuf. Hasil carian di internet, hasil maklumat dari kawan-kawan, hasil rondaan kami dari surau ke surau, kami mengumpulkan beberapa maklumat institusi-institusi yang menganjurkan program tahfiz hujung minggu.
Tapi ayah akhirnya buat keputusan nak hantar anakanda Yusuf menghadiri Program Tahfiz Hujung Minggu anjuran Pondok Al Furqan (Pusat Didikan Al Quran Shah Alam).
Entry ni tak ada gambar sangat, tapi ada pulak gambar jubah Yusuf ni. Selit jelah..
Ok, jom kita tengok apa lagi maklumat yang berkaitan denga Program Tahfiz Hujung Minggu anjuran Pondok Al Furqan ni..
Objektif
- Memperbaiki bacaan Al Quran para remaja dengan tajwid yang betul.
- Menanamkan dalam diri remaja kecintaan kepada kitab Al Quran.
- Menggalakkan remaja menghafaz Al Quran.
Silibus
- Bacaan Iqra / Al Quran.
- Hafazan Juzuk ‘Amma, surah-surah amalan (Al Mulk, Wa’qiah, As Sajdah, Yasin dsb).
- Solat Dhuha berjemaah dan kaifiatnya.
- Modul Tajwid Asas.
- Modul Tafsir Al Quran.
- Modul Hadis.
Sasaran
- Remaja berumur 8 – 17 tahun
- Terhad kepada 30 peserta terawal.
Jadual kelas
- Pada hari sabtu minggu pertama, kedua, dan ketiga setiap bulan
- 9.00 Pagi – 12 Tengah Hari
Yuran
Pendaftaran : RM 40 (sekali sahaja)Bulanan : RM 60
Owh, ada rupanya gambar kenangan.. Gambar edit ni ya, hihi..
Gambar ni diambil dalam perjalanan ke program tu masa mula-mula daftar dulu. Program ni tak terlalu berat, juga tidaklah boleh dikatakan santai. Tapi pada pandangan ibu, ianya cukup baik untuk mengisi aktiviti hujung minggu anak-anak.
Oh ya, lokasi program adalah di Shah Alam. Khusus kepada warga Shah alam, sekiranya berminat (yang sungguh-sungguh berminat sahaja) dan nak tahu lokasinya boleh bisik-bisik dengan ibu di email zefa_asmara@yahoo.com
Okey, sekian dulu catatan ibu. Hingga jumpa lagi.. :D
Bagus program ni
ReplyDeleteMudah2an bermanfaat utk Yusuf kak..
DeleteBagus ya.. nampak lain ibu yusof pakai mcm tu ;)
ReplyDeleteMaksud UI, pakai apa? Hehe..
DeleteKat mana program tahfiz ni dear?
ReplyDelete