Follower

Thursday, March 20, 2014

Bob Firdaus Nowseeheart Meninggal Dunia: Al Fatihah


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Dari Allah kita datang, kepadaNya jua kita akan kembali. Pagi-pagi tadi ibu terbaca status seorang rakan tentang kembalinya sahabat sekolej kami dahulu kepada Penciptanya.

Allahyarham Firdaus atau lebih dikenali sebagai Bob adalah bekas penyanyi kumpulan nasyid Nowseeheart.

Bob Firdaus Nowseeheart Meninggal Dunia: Al Fatihah
 Allahyarham Bob (kiri sekali)..

Ibu tertanya-tanya juga sebab pemergiannya. Kemudian seorang sahabat memberikan link dari  http://www.budiey.com yang menulis tentang perkara ini.

Ibu copykan di sini..


Salam semua, kepada Dia kita datang, kepada Dia juga kita kembali. Berita yang Budiey baru terima, Bob Nowseeheart atau nama sebenarnya Firdaus Baharuddin, salah seorang bekas ahli kumpulan nasyid terkenal, Nowseeheart telah meninggal dunia pada jam 12:04 tengah malam tadi (20 Mac 2014) di Hospital Selayang kerana sakit lemah jantung.

Firdaus NSH atau mesra dipanggil Bob dikhabarkan berada dalam koma pada petang tadi. Dikhabarkan juga jantungnya sangat lemah dan terlalu banyak air dalam badan.

Pada awal tahun 2013, Firdaus telah berundur diri daripada Nowseeheart atas alasan komitmen kerja di samping masalah kesihatan yang tidak mengizinkan. Pengunduran Firdaus daripada kumpulan Nowseeheart agak mengejutkan kerana kumpulan yang dahulunya dianggotai oleh enam orang sahabat, kini hanya tinggal empat orang ahli sahaja yang masih terus aktif memperjuangkan dakwah melalui irama nasyid setelah Mujahid Abdul Wahab juga melakukan perkara yang sama beberapa tahun terdahulu.

Berita ini disampaikan oleh Mujahid, bekas ahli kumpulan Nowseeheart di Facebook milik beliau.

Innalillah..bob…semoga damai disisiNya… I missed him… – Mujahid

Kumpulan nasyid Saujana juga turut mengemaskini Facebook mereka dengan doa dan sedekahkan Al-Fatihah:

Innalillahi wa innailaihi raji’un… Allah lebih menyayangi sahabat kita Firdaus Baharuddin (Bob Nowseeheart) dan memanggil beliau pulang ke pangkuanNya jam 12.04 tgh malam. Semoga ruhnya ditempatkan bersama para syuhada dan solihin.  Al-Fatihah. – Saujana

Moga ahli keluarga dan rakan seperjuangan Nowseeheart tabah di dalam menempuh ujian ini.

1 comment:

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...