Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Hari ini masuk hari ke 6 kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.
Pesawat tersebut diberitakan berlepas dari KLIA pada 8 Mac 2014 jam 12;41 pagi dan sepatutnya mendarat di Beijing pada jam 6;30 pagi pada hari yang sama. Walaubagaimanapun, MAS mengesahkan bahawa pesawat tersebut telah terputus hubungan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada jam 2;40 pagi.
Penerbangan tersebut dikatakan membawa sejumlah 239 orang, yang terdiri daripada 227 orang penumpang termasuk 2 orang bayi dan 12 orang petugas melibatkan kerakyatan dari 13 buah negara. (sumber)
Ibu tak berniat nak mengulas tentang kejadian ini. Selama 6 hari kejadian berlaku, ibu mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Serta hanya percaya berita yang diumumkan secara rasmi.
Ye lah, banyak sangat cerita, banyak sangat pemberita. Ada yang kadang-kadang buat kita bertanya sendiri; "betul ke ni?" Ada yang buat kita rasa nak ketawa. Ada juga yang buat kita rasa nak marah. Tu belum tengok lagi komen-komen di media sosial. Macam-macam ragam.. Sampai jadi gaduh pun ada.
Jadi, dari kita terjebak sama baiklah kita duduk diam-diam buat kerja kita. Tak perlu jadi pengulas berita yang belum tentu sahihnya.
Mari kita sama-sama berdoa agar misteri ini dapat dirungkai kan segera. Semoga mereka dapat ditemui dengan selamat dan semoga keluarga mereka tabah menghadapi dugaan ini. Amiin..
Ibu kongsikan di sini, doa supaya barang hilang dapat semula. Doani ibu pernah lihat dipublishkan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah di fan pagenya. Walaubagaimana pun, sumber gambar dalam blog ini adalah dari http://www.darussyifa.org
#pray4MH370
akak pn sama...xsuka nak ulas atau share apa2 krn mungkin akan menyinggung byk pihak serta menyakiti hati org lain dan xnk share dosa2 jika perkara itu tidak betul...cuma skrg mampu berdoa dari kejauhan krn akak percaya Allah sntiasa mendengar doa2 hambaNya....
ReplyDeleteGood one.... pray for mh370
ReplyDeletedoa je la yang mampu kita beri. nak cari mmg tak dapat.
ReplyDelete