Follower

Friday, September 5, 2014

Hentikan Fitnah Malam Jumaat


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tajuk hangat dipagi Jumaat. Hehehe.. Iyelah, sudah menjadi 'pemikiran rasmi' ramai dari kalangan kita yang dewasa-dewasa ini meletakkan malam Jumaat sebagai malam sunat untuk suami isteri 'bersama'. Ibu bukan nak ulas tentang hukum 'bersama' di malam Jumaat tu, tetapi gurauan-gurauan yang selalu dibuat kita terutamanya di malam Jumaat.

Terus pada tajuk, perasan tak? Banyak gambar-gambar perempuan di edit dengan meletakkan ayat "Abang jangan lupa malam ini malam Jumaat" atau apa-apa ayat yang seangkatan dengannya?

Entah gambar siapa-siapa diambilnya. Ada yang seksi meksi dan ada juga gambar-gambar sopan tetapi telah diedit sehingga adakalanya bukan sahaja nampak melucukan, tetapi juga 'menyampahkan'.

Kalau di grup-grup whatsapp amboi bukan main berlumba-lumba nak upload macam-macam gambar. Di FB pun sama, lebih-lebih lagi di bahagian komen dah boleh letak gambar. Kadang-kadang si polan buat status letih je pun, tapi komen bergambar dari kawan-kawan FB, mak aiiii.. Tentang malam Jumaat aje..

Sampailah pagi tadi ibu buka FB dan ternampak satu poster ni. Maka ibu rasa nak kongsikan di sini pula sebagai peringatan bersama..

 
 Kredit FB Abu Safiyyah

Pesanan dari Dr Abu Anas Madani; Hentikan penyebaran gambar perempuan yang ditulis "Abang jangan lupa malam ini malam Jumaat". Anda telah memfitnah perempuan tersebut dimana dia tidak mengeluarkan pun kata-kata tersebut.

Sama-sama kita mengambil peringatan dengan perkara ini. Jangan suka-suka edit gambar orang lain dengan perkataan yang dia sendiri tidak lafazkan kerana ia boleh menjadi satu fitnah.

Wallahua'alam..


4 comments:

  1. orang kita memang suka bab fitnah ni, macam makan nasik.. syok je kalau ada lauk :)

    ReplyDelete
  2. ada2 je keje org2 skrg ni..dh takde keje sgt agaknya...huhu

    ReplyDelete
  3. akhir zaman ni fitnah macam2 rupanya... Nauzubillah..

    (ini antara perkara yg sama sekali sy tidak akan share)

    ReplyDelete
  4. Zaman sekarang macam2 boleh buat... reason konon nak bergurau aje... hakikatnya ada yg menambah dosa...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...