Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Alhamdulillah, selesai sebahagian tugas malam ni. Sebahagian je, bohonglah kalau selesai semua. Ibu Yusuf tak sehebat ibu-ibu super yang lain.
Tadi balik dah lambat sebab ada mesyuarat dengan Pejabat Pelajaran Daerah. Tu pun mesyuarat tak habis lagi ibu dah minta izin balik sebab kena ambil Maryam sebelum jam 6.00 petang.
Balik tadi terus ambil Maryam, angkat kain di ampaian campak atas sofa, mandi, solat Asar, masak, solat Maghrib, teman Yusuf buat kerja sekolah, makan, kemas dapur.. Buat semua tu je dah jam 9.00 malam ++. Kain tak basuh lagi, kain tak berlipat dah menggunung, baju untuk besok tak gosok lagi. Hmmm.. Tu pun Maryam tidur awal harini, kurang dah satu tugasan, ajar mengaji. Yusuf sekarang memang mengaji dengan ayah.
Letih!! Izinkan ibu berehat sebentar dengan meluah rasa di Jemari Asmara.
Berbalik pada tajuk. Maaf, itu tajuk gimik sahaja. Ini cerita tentang PML sebenarnya.
Salah satu terapi ketika ibu letih, adalah dengan menatap dan membelek koleksi PML yang ibu ada.
Inilah Pak Din yang ibu maksudkan..
Teko Aladdin motif bunga padi. Selama ibu menyimpannya, Pak Din ni memang menduda tanpa isteri. Hik hik.. Maksudnya cawan yer.. Ada, tapi isteri tumpang. Hahaha..
Akhirnya, Pak Din bertemu isteri yang sebenar..
Teko Aladdin biasanya digandingkan dengan cawan mulut lebar, atau ada juga yang panggil cawan mulut jahat. Alhamdulillah, dapat juga ibu 'menangkap' si MJ untuk dipasangkan dengan Pak Din.
Mengikut pengamatan ibu, susah juga nak dapat si MJ mulut padini. Alhamdulillah, rezeki ibu Yusuf nak memilikinya..
Okeylah, sampai sini dulu. Nak jengah FB kejap, cuci mata di APC dan ESDG. Lepas ni nak gosok baju pula. Jumpa lagi..
Salam sayang buat semua..
Tahniah, Zefa! Akak juga yg belum ada rezeki untuk mendapat pasangan bunga padi ni..
ReplyDeleteSalam sayang untuk ibu yusuf juga, dapat rasakan kepenatan yang dirasai...
ReplyDeletetakpe... carik e isteri untuk pak din tu. kesian dia srg2 je.
ReplyDeletewah, sempat juga membelek koleksi tu..mmg boleh tenangkan minda bila kita minatkan sesuatu.....
ReplyDeletemmg molek sgt dah ada pasangan pak din kite.haha..
ReplyDeleteakhirnya pak din berbini juga ye kak... cantik plak tgk cawan MJ tu...
ReplyDelete