Follower

Monday, December 5, 2011

Tragedi Viva Elite Ibu


Catatan kisah duka..

Tadi kami balik kampung Sekinchan.. Balik hari je, dalam jam 11.30 malam kami dah sampai Shah Alam semula. Sampai-sampai je, rumah gelap gelita. Hmm.. black out rupanya.

Sesuatu dah berlaku pada Viva Elite kesayangan ibu. Tragis.. Tapi apa nak buat, redha ajelah. Saat entry ini ditaip, ayah sedang bertungkus lumus membelai kereta ibu tu buat-buat apa yang patut sebelum dihantar ke tempat sepatutnya besok hari. Ibu buat dek aje.. Nak marah pun, tak tahu nak salahkan siapa. Jalan selamat sebelum ibu 'bertukar', on lappy, layan blog.
 

Gambar lama.. sekadar gambar hiasan yang ada kaitan dengan catatan duka ibu malam ini..

Ps: Mohon jangan tanya tragedi apa yang telah berlaku. Cukuplah catatan ini sebagai rakaman tarikh kejadian berlaku, dan selebihnya tersemat dalam kotak memori ibu.. :-(



Sunday, December 4, 2011

Ibu vs Ayah: Siapa Garang?


N3 tertunggak selepas mungkir janji.. Maaf!!

Entry ini sepatutnya ibu publish petang semalam, tapi atas faktor-faktor tertentu ianya tertangguh sehingga pagi ini. Ini adalah jawapan kepada soalan di dalam entry 'Tak naklah.. Abang garang sangat'..

Huwaaaaaa.. dalam ramai-ramai yang komen tu hampir semua kata ibu garang. Sambung nangis.. huwaaaa. Ummi Na dengan Puan Kutu je kata Yusuf garang ajar adik sebab ikut gaya ayah. Kih kih.. sayang sama kamu berdua, mmmuah!!

Baiklah, ibu mengaku.. ibu memang garang pun. Garang macam singa. Aummm!! Tapi garang-garang ibu penuh dengan kasih sayang tau.. Sila percaya, kasih sayang ibu tetap unggul walaupun api kemarahan sedang membara.. Ibu-ibu garang yang lain pun mesti macam tu juga. Betul tak?

Ayah pula, jenis yang tak banyak cakap. Cool je orangnya. Tapi..........

Sila percaya. Ini fakta..

Bab jadi cikgu, ayah seri dengan ibu. Sama-sama garang okey. Tapi, satu kelebihan ayah yang ibu sanjung adalah, marah macam mana pun dengan anak, ayah tak pernah 'sentuh' anak walaupun hanya jentik satu jari. Err, boleh ke jentik satu jari? Tapi itulah dia ayah Yusuf dan Maryam..

Sesungguhnya, bertapa besarnya kuasa Ilahi yang menemukan pasangan berbeza peribadi, namun ditakdirkan untuk lengkap melengkapi.

Kelebihan pasangan kita, kita ambil sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik..

Kelemahannya, pula kita tutup dengan kelebihan kita. Iringi dengan doa agar kelemahan itu bertukar dengan kebaikan.

Semoga kita semua dilimpahi kebahagian.. di dunia dan akhirat. Amin.


 

Header Baru @ Jemari Asmara


Bila Jemari Asmara berkarya.. Itulah hasilnya..

Karya lah sangat.. hahaha.. okeylah. Seni jugakan? Semalam, teruja tengok Ummi Na Teratak Mawadah tepek header baru. Tak adalah dengki, cuma jeles je. Hahaha.. Maka malam tadi, ibu Yusuf dan Maryam gigih menggodek photoscape dengan harapan dapat menghasilkan header baru.

Alhamdulillah, dengan hanya sedikit ilmu.. tambah tokok try and error.. inilah hasilnya..



Okey tak?

Ps: Komenlah sikit.. kalau ada macam tak kena pada Jemari Asmara ni tegur-tegurlah ye.. Almaklum, semua yang ada pada Jemari Asmara adalah hasil tangan pemiliknya sendiri yang tak berapa nak reti..



Saturday, December 3, 2011

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!


Naik gaji?

Beberapa hari lepas, ibu ada calling-calling dengan ex bos ibu. Dia bagi tau, dia masih akan bertanggungjawab dengan pemarkahan penilaian SKT. Dia ada sebut juga tentang pemarkahan akan mempengaruhi kenaikan gaji.. Hmmm, tawakal je lah. Ibu pun tak tau dapat maintain ke tak markah tahun lepas.


Ibu copykan info berkaitan dari SINI.

Gaji SBPA 2012. Pekeliling Baru Bulan Disember Ini!!

Pekeliling Gaji SBPA 2012 baru akan keluar tidak lama sahaja lagi disebabkan Rang Undang- Undang Pembekalan 2012 telah pun diluluskan di Dewan Rakyat pada 23/11/2011 jam 10:33 malam yang lalu. Dan….antara perkongsian maklumat yang diterima setakat ini berkenaan dengan dengan sistem gaji SBPA baru 2012 ialah :


1) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: “Exit Policy”

Mana-mana kakitangan kerajaan yang dinilai tidak mampu menjalankan tugas secara fizikal dan mental, akan disarankan supaya berhenti. Manakala kepada kakitangan kerajaan yang cemerlang tetapi disebabkan tiada promotion jawatan dalam organisasi tersebut, anda dinasihatkan supaya bersara dengan berbekalkan PERKS yang lumayan.
Walaubagaimanapun, kepada sesiapa yang berada dalam pengurusan premier dijangka agak kurang selamat. Pencapaian mereka ini akan diukur berdasarkan outcome & kesan, bukan lagi output seperti yang sebelumnya.


2) Skim Gaji SBPA 2012 Baru: Pengredan Semula Jawatan

Akan wujud pelbagai lapisan gred seperti berikut (secara kasar) :
  • Premier
  • Jusa
  • Pengurusan Tinggi
  • Pengurusan dan Profesional
  • Pelaksana
Kalau diikutkan gred Premier dan Pelaksana adalah merupakan gred baru yg diwujudkan bagi mewujudkan kategori penjawat awam yang telah digred semula mengikut keperluan organisasi.
Maksudnya kalau ambil gred bawah sekali iaitu Pelaksana, seseorang yang sekarang ini hanya bertugas sebagai pemandu, kenalah ada multiskill, mampu buat kerja tambahan yang lain seperti jadi tukang bancuh kopi, tukang photostat, tukang taip, tukang angkat telepon dan lain-lain lepas ini.


3) Skim Gaji Baru SBPA 2012. Penilaian Markah Penjawat Awam


Bagi sistem gaji SBPA yang baru ini, markah penilaian akan menentukan kenaikan gaji penjawat awam. Secara kasar akan dinilai seperti berikut :
  • Markah 95% keatas – kenaikan gaji adalah 15 %
  • Markah 85%-95% – kenaikan gaji adalah 8%
  • Markah 75 % – tiada kenaikan
  • Markah 70 % – disyorkan tamat perkhidmatan

4) Jadual Gaji SBPA 2012 Baru  : Sistem Gaji Baru


Mengikut formula yang digunakan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menjalankan kajian, secara kasarnya, gaji penjawat awam bermula daripada jawatan KSN adalah seperti berikut :

Tak naklah.. Abang garang sangat..


Sabtu.. Ibu kerja.. Ini n3 autopublish..

Inilah hakikat penjawat awam yang memegang gred S ye.. S tu sosial! Haha.. Hari ni terpaksa bergedik-gedik joint Konvoi Skuad 1Malaysia. Err, ibu Yusuf tu gedik ke orangnya? Hmmm.. InsyaAllah tak adalah. Saja bikin panas pagi-pagini. Program yang ibu joint tu pun bukanlah program meraban, tapi lebih kepada program khidmat masyarakat. Harini kami akan berkonvoi melawat beberapa penduduk kampung yang dirasakan memerlukan khidmat kami.

N3 harini tiada niat apa-apa, sekadar satu rakaman kenangan gelagat anak-anak yang buat ibu rasa tercuit..



Lokasi: ruang tamu utama Baiti Jannati..

Pesanan buat pembaca: Sila abaikan kain yang tak habis lipat tu.. siap ada yang wajib 'cover' lagi. Kih kih..

Situasi: Dua beradik lepas kena marah dengan ibu sebab sepahkan ruang menonton. Ibu denda dua-dua duduk di ruang tamu jangan pergi mana-mana sementara ibu vakum kawasan depan tv. Ibu suruh abang ajar adik iqra'

Dialog dua beradik..

Abang: Gho ba ro ti

Adik: Ro ba ro ti

Abang: Sebut betul-betul.. gho ba ro ti

Adik: Ro ba ro ti

Abang: Adik ni main-mainlah.. bacalah betul-betul..

Adik: Abangni, bacalah satu-satu.. Adik kecik lagi la.. Baru 4 tahun..

(dialog selepas tu ibu tak dengar sebab masuk bilik air, keluar bilik air ini yang berlaku..)

Situasi: Adik bangun masuk bilik..

Abang: Nak pergi mana tu.. baca tak habis lagi..

Adik: Taknak lah.. abang garang sangat..

*********

Kih kih kih.. agak-agak anda semuanya, garang Yusuf tu tiru gaya siapa mengajar? Ibu atau ayah? Ce teka, ce teka.. Petangni ibu bagi jawapan okey.. :D

Jumpa lagi..


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...