Follower

Sunday, December 4, 2011

Ibu vs Ayah: Siapa Garang?


N3 tertunggak selepas mungkir janji.. Maaf!!

Entry ini sepatutnya ibu publish petang semalam, tapi atas faktor-faktor tertentu ianya tertangguh sehingga pagi ini. Ini adalah jawapan kepada soalan di dalam entry 'Tak naklah.. Abang garang sangat'..

Huwaaaaaa.. dalam ramai-ramai yang komen tu hampir semua kata ibu garang. Sambung nangis.. huwaaaa. Ummi Na dengan Puan Kutu je kata Yusuf garang ajar adik sebab ikut gaya ayah. Kih kih.. sayang sama kamu berdua, mmmuah!!

Baiklah, ibu mengaku.. ibu memang garang pun. Garang macam singa. Aummm!! Tapi garang-garang ibu penuh dengan kasih sayang tau.. Sila percaya, kasih sayang ibu tetap unggul walaupun api kemarahan sedang membara.. Ibu-ibu garang yang lain pun mesti macam tu juga. Betul tak?

Ayah pula, jenis yang tak banyak cakap. Cool je orangnya. Tapi..........

Sila percaya. Ini fakta..

Bab jadi cikgu, ayah seri dengan ibu. Sama-sama garang okey. Tapi, satu kelebihan ayah yang ibu sanjung adalah, marah macam mana pun dengan anak, ayah tak pernah 'sentuh' anak walaupun hanya jentik satu jari. Err, boleh ke jentik satu jari? Tapi itulah dia ayah Yusuf dan Maryam..

Sesungguhnya, bertapa besarnya kuasa Ilahi yang menemukan pasangan berbeza peribadi, namun ditakdirkan untuk lengkap melengkapi.

Kelebihan pasangan kita, kita ambil sebagai inspirasi untuk menjadi lebih baik..

Kelemahannya, pula kita tutup dengan kelebihan kita. Iringi dengan doa agar kelemahan itu bertukar dengan kebaikan.

Semoga kita semua dilimpahi kebahagian.. di dunia dan akhirat. Amin.


 

11 comments:

  1. sy pun garang jugak,tp macam akk cakap la,penuh kasih syg gitu..lembut sgt hati..dah namanya perempuan..:)

    sy boleh agak ayah yg garang sbb sy baca entri kak zefa..ada jawapannya disitu.cmna sy tau rahsia la..keke

    syg kak zefa jugak.muahhh..

    ReplyDelete
  2. Kalau tanya anak-anak saya, antara ibu dan abah siapa garang?

    Semua jawab sama, abah lagi garang...hihi

    ReplyDelete
  3. selalunya si ibu garang sikit dgn anak. si bapa ramai jenis yg cool dan tak garang dgn anak2...

    ooo jd, dah tau la soalan smlm bila baca jawapan ini...

    ReplyDelete
  4. DIA maha adil!
    memberi kita pasangan yg berlainan tokoh nya...
    seorang api,seorang air....

    alhamdulillah!

    ReplyDelete
  5. marahkan tanda sayang.. tapi bila dh marah ada tak rasa menyesal atau sedih. UI mcm tu.. lps marah rasa kesian pula..

    ReplyDelete
  6. mak L garang.. heheheehe.. takut3


    jom baca kejap=0
    http://lolz-l.blogspot.com/2011/12/tuntutan-ifc.html

    ReplyDelete
  7. itu la tujuan berpasangan. saling lengkap-melengkapi.

    ReplyDelete
  8. terbalik dengan Kak Nida..

    Akak ni jarang sentuh anak.. tapi cik hubby pula mudah menjentik..hehe

    Kak Nida ni pula jenis mulut suka berbunyi.. marah-marah sayang gitu :)

    ReplyDelete
  9. setakat ni sy n hubby xtau sape garang.. maybe sbb alisha kecik lg kot.. xda nk marah2 lg.. hihi

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...