Follower

Monday, July 16, 2012

HADIAH-HADIAH WOWWW 1001 GIVEAWAY


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, ibu Yusuf diberi kurniaan nikmat masa oleh Allah swt Ta'ala untuk meneruskan rakaman kenangan manis Wowww 1001 Giveaway. Dalam komen pada entry Majlis Gilang Gemilang Wowww 1001 Giveaway @ Restoran Rebung Chef Ismail, Bangsar ada yang tak sabar nak tahu hadiahnya apa. InsyaAllah, akan ibu kongsikan di sini apa yang ibu dapat pada malam tersebut.



Gambar dari Koleksi 1001 Resepi lagi.. Ampun Kak Ida ye, asyik ceduk gambar je kerjanya saya ni. Hehe.. Apa nak buat, gambar Kak Ida cantik-cantik. Gambar dari kamera saya, alahaiiii.. kesian. 


Inilah dia rezeki kami malam itu.. Tapi rezeki yang mula-mula sekali kami terima adalah makan-makan percuma di Restoran Rebung atas tajaan myChef dan Rebung sendiri. Makanannya, wallah!! Memang sedap-sedap semuanya. Bak kata Kak Ida tak kedekut santan. Tok Mail sendiri kata pula, "bukan santan je tak kedekut tau, bawang pun chef tak kedekut.."


 InsyaAllah, nanti ibu akan cuba tulis tentang Restoran ni dalam satu entry khas. Selain makanan, ibu suka dekorasinya. Banyak pinggan antik.. Jangan tak tau, ibu Yusuf ni gila pinggan mangkuk lama.

Yang paling banyak sudah tentunya produk myChef. Memang rezeki kami, penuh satu peti sejuk. InsyaAllah juga, sebagai tanda penghargaan kepada myChef, ibu akan buat beberapa entry tentang produknya nanti. Tunggu ya..


Hadiah dari Kak Ida.. Tupperware ni, bukan tipuware okey. Harga bukan RM10-20 okey, mahal ni.. Suka sangat-sangat. Dan tahniah buat kawan-kawan yang dapat pie maker. Ibu Yusuf tumpang gembira.. :D


 Hadiah tajaan Baba's..


Satu beg rempah ratus. Berbulan-bulan tak payah beli rempah ratus nampaknya. InsyaAllah raya tahunni rumah kami akan hidangkan muruku buatan ibu Yusuf. Hahahaha..


 Bekas rempah. Cantik, boleh pusing-pusing..


 Close up.. Bersinar-sinar gitu. Hingga entry ni ditulis, belum guna pun. Sayang la pulak.. Ehehe..


Ole-ole dari Selatan. Keronsang bling-bling comel pemberian Sari Yusa. Terima kasih Sari atas ingatan, malu la pulak.. Saya tak bagi apa-apa pun. Terima kasih sekali lagi buat Sari.. :D


Gambar dari blog myChef sebagai penutup. Gambar ni banyak versi, banyak kamera malam tu. Satu kamera entah klik berapa kali lah pula agaknya. Memang macam artis kami malam tu. Hahaha..

Sekian dulu catatan ibu Yusuf dan Maryam. InsyaAllah, panjang umur Jemari Asmara akan menari lagi di atas keyboard ini. Salam sayang buat semua.. :D


29 comments:

  1. memang byk sgt camera mlm tu.hehehe. terasa mcm artis je. sana sini flash camera.hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jeles tau tgk kamera org lain ada yg canggih2.. gambar pun jelas je. Gambar ka zefa banyak yg blurr.. kesiaaaan..

      Delete
  2. Memang macam artis kan malam tu...hahahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekali sekala, perasan jadi artis.. hehehe..

      Delete
  3. Wah .. Kak Zefa dah tayang hadiah dulu..
    Nur tak sempat buat entri panjang2 lagi..

    Senanglah kita sahur nanti, betul tak Kak Zefa? Tq Kak Ida sebab anjurkan majlis yang hebat dan tq MyChef sebab sponsor hadiah pada kami pemenang GA woww 1001 giveaway.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amanah dan tjwab dari kak ida ni nur. Kena cepat2 langsaikann.. :D

      Delete
  4. tahniah kak... sangat2 best semua hadiah2 tu. syukur alhamdulillah... rezki nak masuk bulan Ramadhan yg berbaloi dan jadi kenangan manis buat ibu yusuf...

    ReplyDelete
  5. kak zefa dah dua entry keluar, saya baru satu tu pun jenuh nak dikarangkan..tahniah kak..sekali sekala perasan jadi artis ape salahnya kan.. ;);)

    ReplyDelete
  6. bestnya kak...banyak dapat hadiah. mintak sikit boleh ?? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh3x.. meh dtg rumah. Nanti akak hidangkan myChef. Sedappppp.. :D

      Delete
  7. Betul kata Salmi, semalam terasa macam artis pula.. tersangat banyak kamera.. Sampai tak tahu nak tengok yg mana satu.. Pelan2 karang idea.. Kak Zefa memang advance.. nak baca entri akak lagi.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah nur, bila byk sgt kamera tak tau nak tgk ke mana. Tu gambar byk sorang kelain, yg lain kelain. Hehehe..

      Delete
  8. wow bestnya...byk dpt cenderahati tu zefa....

    ReplyDelete
  9. salam Zefa..Alhamdulilah,byk rezeki zefa.mcm2 dapat ya.Tgk gambar dekorasi pon mmg menarik Restorant Rebung tu...
    Bestkna dpt jumpa rakan2 blogger...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam kak atie.. best kak, ini 1st time sy hadir program melibatkan blogger2. Terujanya lebih.. :D

      Delete
  10. Wah best betul!
    Sye berkenan la bekas rempah tu... tak pernah jumpa pun kat kedai. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun tak pernah jumpa kat kedai Ren Din. Bila dapat ni baru tau ada.. :D

      Delete
  11. kak zefa jelessssssss..pos sket sini...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. nak pos cair nanti. Meh dtg shah alam.. :D

      Delete
  12. Masih ingat lagi kenangan manis kita semua.. best sangat kan..

    ReplyDelete
  13. zefa, my chef kak su da tinggal 6 je, my son sik nk merasa semua, x kisah la asal dia enjoy, bekas rempah tu mmg unik kan, k su da pakai siap ltk rempah kt dapo, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah laku sungguh mychef kak su. Sy baru cuba 1, sedap. Lepas ni nak cuba yg lain pulak.. :-)

      Delete
  14. Tahniah kerana berjaya menjadi salah seorang pemenang GA WWOWWW 1001 Giveaway.. Saya tak sempat nak join GA tersebut..

    RM500 untuk dimenangi Di Blog Coretan Anuar

    ReplyDelete
  15. antara kenangan terindah bersama2 blogger tsohor seantero dunia...seronok dpt kenal zefa...peramah dan manis serta lemah lembut orangnya...;)

    ReplyDelete
  16. bestnya banyak dapat adiah:)
    sy baca entri ni pun senyum sorang2 macam saya pun ada kat sana hehehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...