Follower

Saturday, February 26, 2011

Minat Tanpa Bakat: Boleh ke menjadi?

Assalamualaikum wbt..


Projek ibu malam tadi.. ye ye je kononnya nak melukis. Secara jujur, ibu dari kecil TAK ADA langsung bakat melukis. InsyaAllah, akan diakui oleh adik-beradik ibu.. last melukis masa darjah 6, masuk sekolah menengah aliran agama tak ada subjek lukis-lukis dah..

Minat mula timbul, ketika ibu mula menghias rumah ala-ala english style.. sedar yang ibu tak ada bakat melukis, ibu mula dengan belajar decoupage.. teknik tampalan tisu. Sebahagian hasil decoupage ibu, ada ibu letak di sidebar.. sudi-sudilah intai ye..

Minat nak melukis tetap ada, nak pergi kelas belum ada kelapangan lagi. Jadi ibu beli buku yang ada kaitan dengan dekorasi seni lukis.. ibu beli peralaan asas untuk melukis. banyak juga RM ibu terbang.. alhamdulillah ibu ada pendapatan sendiri. Ibu tak akan minta kat ayah RM apa-apa berkaitan dengan hobi ibu tau..

Malam tadi, konon-kononnya ibu nak lukis macam ni..

v

v

v


dan hasilnya adalah..


v

v

v

 

Hehehe.. jauh panggang dari api. Tak jadi langsung.. tapi jika dilhat pada sudut ia dibuat oleh orang yang tiada bakat, ia dikategorikan.. bolehlah! hehe.. (perasan..)

Ini baru cubaan melukis kali kedua.. kali pertama kawan-kawan boleh tengok di SINI.
 
Setelah melalui pengalaman sendiri, ibu berpendapat bahawa.. walaupun tiada bakat, tetapi dengan minat yang mendalam, ada kemahuan, ada usaha yang gigih.. insyaAllah, jawapannya mesti boleh!!
 
Ps: Apa pula pendapat kawan-kawan? Minat tanpa bakat: boleh ke menjadi?

11 comments:

  1. ok la tu ibu..
    cantik la ape yg ibu buat tu..
    saye mmg btol2 tak reti melukis..
    so, kalu nak hias2, saye akan wat care lain..
    cam tampal2..
    kononnye nak kasi kreatif..
    hehehhe

    ReplyDelete
  2. kalau kita x ada bakat tpi ada minat insyaallah menjadi !
    ><

    ReplyDelete
  3. ehh oh apa..kalo bagi kat sure konpom lamgsung takde rupa heehe..
    (cuma pokok aje tak berapa nak sama. Takpe kaann saya bagi komen ikut pandangan mata saya.... No kecik ati yea..)

    ReplyDelete
  4. Mimie: ibu memang tak pandai lukis tau.. sbb tu ibu belajar decoupage dulu.. :-)

    Nurul nabila: setuju!!

    LL: mana ada kecik hati.. thanks bg pandangan.. bila tenung2 gambar tu, rasa kelakar pun ada.. hehe..

    ReplyDelete
  5. As salam zefa...for first try ok ler...cantik.

    ReplyDelete
  6. kalau saya la, ermmm..langsung x nmpak byg..memang keras trus..xreti nak lukis2..tkt orang lidi blh la..miahahahahahah..

    ReplyDelete
  7. salam ziarah dan salam perkenalan,
    wahhh..sudah mula berjinak2 dgn PML ya? duduk Shah Alam ke? seksyen berapa?

    Kak Azzah8
    http://www.nostalgialama.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. eija sokong...walaupun xde bakat tp ada minat..insyaallah berjaya..sbbnya bila dh minat..kita akan bersungguh2..

    pada pandangan mata eija cantik jerk hasil lukisan tu..:)

    ReplyDelete
  9. Saya suka tengok lukisan orang....saya mmg tak reti melukis.Bila saya tgk lukisan Zefa tak nampak mcm org baru belajar.Tahniah....pada pandangan mata saya mmg cantik sgt.

    ReplyDelete
  10. minat boleh di pupuk...
    bakat boleh di asah..
    kalau ada kesungguhan,tiada yang mustahil...

    ReplyDelete
  11. Betul...betul.. belakang parang yang ditumpul pun kalau diasah setiap hari akan tajam juga.

    Sedih bila Nida melihat anak-anak murid Nida yang ada bakat tapi tak tahu nak gunakan bakat yang dikurniakan oleh Tuhan.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...