Follower

Tuesday, February 1, 2011

Rekod Kesihatan Murid: Silap Ibu..

Assalamualaikum wbt.

Satu lagi kesilapan ibu dah lakukan.. Semoga ia akan jadi pengajaran.

Semalam, ibu menghadiri Mesyuarat Program Bersepada Sekolah Sihat (PBSS) di PKD Klang. Setiap wakil jabatan diminta membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010.

Semasa pembentangan Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah dan Program Doktor Muda oleh Dr Norashikin bt Md Said.. Gulp! OMG. Terkena batang hidung ahli sendiri.. hehe.. ibu lah tu!

Antara isu yang diketengahkan ialah kegagalan memberikan suntikan/ pelalian kepada pelajar kerana tiada kebenaran ibubapa di dalam buku Rekod Kesihatan Murid (RKM).. Inilah silap ibu!

Semasa hari pendaftaran, ibubapa diberikan buku RKM untuk diisi. Cuma tidak dijelaskan bila perlu diserahkan kembali kepada pihak sekolah. Ibu bawa balik dan simpan.

Natijahnya, minggu lepas Yusuf Nabhan membawa balik surat ini..

v

v


Dan inilah buku RKM..

v

v


Hmmm.. camne nak pergi? Masa sekolah tu.. takkan nak ponteng kut. Susah-susah kita pergi Klinik Swasta aje lah.. hehe.. En Ayah kena sumbang RM lah..

Moral of the story, apa-apa yang melibatkan kebenaran ibubapa jangan diperam ye..

Tapi dalam hati tetap ada rasa ralat, kenapalah cikgu tak bagi tau ibubapa sehari dua sebelum Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah nak datang. Ibu pun tak sangka seawalni.. sebab sembang-sembang dengan rakan-rakan dari PKD Klang, mereka tak mula lagi. Pantas tul PKD Petaling..

Hmm.. apapun, ia tetap salah ibu. (Hehe.. ada gak unsur-unsur nak taici tu.. tak baik betul lah ibu ni..) Maaf ye, cikgu-cikgu dan nurse-nurse sekalian..

Ps: Kepada sesiapa yang mempunyai anak perempuan di tingkatan 1, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan pelalian berkaitan pencegahan kanser servik (HPV). Ianya percuma dan dimaklumkan harga pelalian ini di klinik swasta adalah mahal..

Wassalam!!

4 comments:

  1. salam zefa,rugi tue...dah kena bayar ler pulak ekkk...tak pe janji dpt kan pelalian ianyer penting. kemana cuti niee?

    ReplyDelete
  2. Wsalam BSB.. kalau bawak g klinik kerajaan x kena bayar.. cuma maslah nak bw budak.. sbb sekolah.. tu yg rasa nak bw g swasta je..

    Cuti? Takde perancangan lg.. duk umah je kut.. :-)

    ReplyDelete
  3. buku rekod kesihatan murid sama lagi ..
    mase pjah skolah rendah dulu..guna buku rekod kesihatan tu la..warna buku,tulisan kat kulit depan buku sama sejibik..rase2nye pjah ad simpan lagi kot buku rekod kesihatan ni..hehehehe

    ReplyDelete
  4. Pjah: zaman kak zefa dulu entah macammana rupenye.. tak hengat dah..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...