Follower

Thursday, March 24, 2011

Gara-Gara Beli Perabut Dari Katalog!!

Assalamualaikum wbt..

Gara-gara hobi baru ibu, seantero 'Baiti Jannati' dipenuhi pinggan mangkuk lama (PML). Bawah meja, atas meja, bawah kerusi, atas kerusi, bawah katil, atas katil je tak ada. Hehehe..

Maka ibu mengambil keputusan untuk menambah lagi almari dalam 'Baiti Jannati'. Dan ini lah dia..

v

v

v

 Ibu suka designnya yang ringkas, tidak terlalu berkerawang-kerawang. Kalini ibu pilih yang berlantai kayu, sebab dah ada yang berlantai cermin. Tuuuu. yang nampak sikit di sebelah kanan tuuuuu...


 Ibu pun suka pemegangnya, biasa-biasa sahaja.. tapi nampak klasik pada pandangan mata ibu..


 Lacinya yang juga ibu suka.. bahagian depan semua solid wood dan luaran yang sangat kemas buatannya.


 Lantai dan dinding.. haaa, yang ni ibu tak suka..


 Kekemasan dalaman? Tak sukaaaaa... Keutuhan? Takutttttt... waaaa.. PML ibu bernilai ribu-ribu tau.. huhu.. (bukan riak, tapi nak bagi tahu yang PML tu bernilai..)

Semuani berlaku gara-gara ibu tak berkenan dengan perabot sedia ada yang ada di kedai yang ibu pergi tu. Belek-belek katalog, ibu berkenan yang ini.

Nak buat macammana.. dah beli. Terima sajalah. Sebagai langkah penyelesaian En. Ayah beli alat sokongan tambahan.


Harap-harap En Ayah cepat-cepat make over almari ibu. Tak sabar nak susun-susun.. hehehe..

Ps: Sahabat-sahabat pernah tak beli perabut main tengok katalog je?

8 comments:

  1. waaaahh.. lagi banyak la pinggan mangkuknya nant tu kan..: )

    ReplyDelete
  2. cantik... tak pernah plak beli perabut ikot katalog hehe..biasa tunjuk je kt kedai hehe...

    ReplyDelete
  3. herm..pernh jugak, kdg tkde display, dia tunjuk katalog jer..hee..

    cantik lemari tu, kemas dan simple..^_^

    ReplyDelete
  4. hehe..dah agak dah mesti nak kena tambah almari lagi :-)

    cepat2 make over, cepat2 susun cantik2 & cepat2 le boleh update kat blog. tak sabar nak tengok koleksi yg tersususn :-)

    ReplyDelete
  5. pernah beli baju dr katalog, bila dh dpt takleh pakai sbb sendat sgt2. kes terpedaya dgn katalog...hehehe

    ReplyDelete
  6. Farah: sikit2 lama2 jadi bukit.. hehe..

    Izan: hari tu yg kat kedai xde yg kenan, yg dlm katalog juga yg akak nak.. huhu..

    mamalieyna: sbb simple tu akak suka, tp luarnya memang kemas, dlm nye kurang..

    LL: haha.. dah ada temanku yg mengangak rupanya.. sabar ye, nanti dah susun daku tayang2.. haha..

    Hitammanis: tulahkan.. dalam katalog semua nampak cantik..

    ReplyDelete
  7. sis,lama2 kalau banyak koleksi pml boleh jadi muzium nanti..hehe..
    memang nampak kesungguhan sis dalam mengumpul pml..
    teruskan usaha..(:

    ReplyDelete
  8. Setakat ni Kak Nida belum ada pengalaman beli melalui katalog. Bila baca entri ni takut pula.. terima kasih berkongsi pengalaman

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...