Follower

Thursday, March 31, 2011

"Kau Ingat Aku Bodoh Macam Engkau?"

Assalamualaikum wbt..

Maaf la sahabat-sahabat, agak kasar tajuk n3 ibu hari ini. Tapi ini bukan ayat ibu tau, cuma ia ada kaitan dengan apa yang ibu nak luahkan pada hari ini.

Beberapa hari yang lepas, ibu menerima jemputan ceramah dari sebuah sekolah menengah di negeri Selangor. Tak perlulah ibu sebutkan nama dan di mana sekolah tersebut.

Alhamdulillah, tugasan ibu berjalan lancar walaupun menurut makluman dari guru yang terlibat, pelajar-pelajar yang dipanggil untuk mendengar ceramah ibu adalah pelajar-pelajar kelas hujung dan bermasalah. Pelajar-pelajar memberi kerjasama yang baik kepada penceramah.

Usik mengusik, bercakap-cakap dan tertidur semasa mendengar ceramah, ibu kira satu perkara yang biasa. Ibu pun kadang-kadang buat perkara yang sama masa dengar ceramah. Hehe..

Ibu tamatkan sesi ceramah ibu selepas sejam setengah ibu bercakap. Dalam masa sejam setengah ibu rangkumkan 3 perkara iaitu kesedaran kerjaya, motivasi serta pencegahan rokok dan dadah. Kemudian, ibu pas pula pada pembantu yang ibu bawa, untuk membuat beberapa aktiviti.

Ketika aktiviti dan game dijalankan, ibu mula membuat pemerhatian kepada guru-guru pula. Aduh bila mengenangkannya, tiba-tiba ibu rasa nak pendekkan n3 ini.

Dipendekkan cerita, ini adalah dua ayat yang keluar dari mulut seorang guru terhadap anak muridnya (yang nakal) dan di dengar sendiri oleh ibu, berlaku di hadapan ibu sebagai tetamu.

1. "Ko, kalau aku terajang ko baru ko tahu".
2. "Ko ingat aku bodoh macam engko?".

Ps: apa pandangan sahabat-sahabat

 

Err.. gambar ni tak ada kaitan tau. Ibu ambil dari google. Tiba-tiba teringat perumpamaan, 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga'. Hehe.. susu lembu. Tepek le gambar lembu. Kihkih..

7 comments:

  1. kot ye pun dia nak mara, jgnlah ksar sgt kan..kite as student mmg kene hormat guru, tpi as guru kene gak hormat student punye maruah..kite sesama insan pulak..jgn lah kurg ajarkan..ish..ish..x patot tol~~

    update new entri--->

    http://irm4blues.blogspot.com/2011/03/umur-tak-menghalang-minat-kan.html

    ReplyDelete
  2. ngeeeeeeeeee~
    nape cikgu 2 g2???
    menjatuhkn martabat dy as a tecer..
    siswi lak yg malu bg pihak cikgu 2..^^
    i'm tecer-2-be...xnk jdk gtu..=)

    ReplyDelete
  3. As salam, marah bebenoh cikgu tuee!! sampai macam tue sekali dia ckp... padan ler budak2 tue jadi lebih bebal...masyaallah.

    ReplyDelete
  4. eehh..kot yer pun cover2 le sikit depan penceramah (walaupon mmg tak patut cikgu ckp sekasar dgn ayat mcm tu!)..penat2 ngajo alih2 didoa pulak jadi bodoh (kan ke kata2 tu satu doa)

    ReplyDelete
  5. tak patut la cakap mcm tu kat anak murid. kelas2 hujung mmg kena byk bersabar. nadiah mmg fhm sgt la sbb nadiah pun pernah bersekolah tapi cikgu tetap tak boleh keluarkan kata2 mcm tu. mcm mana anak murid nak berubah kalau dah cikgunya pun mcm tu

    p/s: lama dah tak berkesempatan ke sini. kak zefa sihat? :)

    ReplyDelete
  6. mungkin bila terlalu marah..terkeluar semua kata2 kesat..terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata...

    ReplyDelete
  7. kdg kak zefa cikgu2 ramai yg stress..ade kite pernah dgr yang sampai mental prob..tapi government bukan senag nak buang org..ramailah ank murid yg dapat tempias,,kesian..sampai anak murid yg dah jadi cikgu pun ingt lagi cikgu stress yg lempang die..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...