Follower

Friday, March 18, 2011

Hunting PML @ Cuti Sekolah: Part 1

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat yang mengikuti blog ibu pasti tahu, ibu mempunyai hobi mengumpul pinggan mangkuk lama. Kebanyakan koleksi ibu, ibu 'hunting' sendiri di kedai-kedai lama. Tapi susah juga, sebab banyak yang dah tak jual. Sebahagian lagi, ibu beli secara online dari kawan-kawan yang mempunyai hobi yang sama.

Sempena cuti sekolah minggu ini kami sekeluarga balik kampung En. Ayah di Pulau Bahagia, Kuala Terengganu. Ibu apa lagi, menyelam sambil minum air lah.. Perjalanan dari Selangor ke Terengganu menjadi lebih panjang gara-gara ayah melayan hobi ibu yang suka singgah kedai apek. Hehe..
Kami sampai di Terengganu jam 1.00 pagi Ahad 13.03.2011. Pagi-pagi lepas matahari terbit ibu dah ajak ayah ke Kampung Cina cari PML. Seperti biasa En. Ayah turutkan aje. Hehe.. dalam hati tak tau le..

Ini hasil hunting singgah menyinggah dan Kampung Cina..

Hari Isnin, tiada pergerakan 'hunting'. Ayah pun tak tahu kat mana nak cari PML di Kuala Terengganu. Kami mengambil kesempatan ziarah saudara mara. Ibu pun tak sangka En. Ayah akan buka mulut pada mak saudaranya tentang PML. En. Ayah tanya je.. tapi alhamdulillah dapat 2 cawan lama dari Mok Dayang, warisan dari Tok Nyang katanya.

Hari Selasa, ibu ajak En. Ayah ke Selising, Pasir Puteh. Mula-mula En. Ayah macam taknak pergi sebab jauh tau. Lebih kurang 250km pergi dan balik dari rumah mak. Sebenarnya, ramai dah kawan-kawan kata kat Selising tu mahal. Tapi, desakan hobi ibu cukup kuat. Nak juga pergi! Hehe.. akhirnya seperti biasa, En. Ayah turutkan juga.

Harganya memang mahal.. tapi alang-alang dah datang dari jauh, ibu rembatlah juga beberapa barang. Inilah hasilnya..

Balik dari Selising, wah!! Cawan pemberian Mok Dayang dah berkawan. Sudah ada lapiknya. Rupanya MIL kesayangan ibu minta dari Mok Nun, mok saudara seorang lagi. Hehe.. Terima kasih mok! Terima kasih Mok Dayang! Terima kasih Mok Nun..


Inilah cawannya. Mungkin coraknya tidak menarik, tetapi status 'lama' itu amat berharga.


Ini pula acuan kuih lompang pemberian my MIL.. nampak gaya kumpul bunga peonis la pula lepas ni..

Hari Rabu, kami bertolak balik ke Shah Alam selepas zuhor. Walaupun hujan lebat dari pagi masih belum reda, ibu ajak juga ayah ke Kampung Cina lagi. Tapi, tak ada rezeki ibu, kedai tu tutup.

Kami meneruskan perjalanan dan al hamdulillah selamat sampai pada 17.03.2011 jam 1.00 pagi.

Itulah penutup kisah 'Hunting PML @ Cuti Sekolah: Part 1'. Tapi cuti sekolah tak habis lagi. Nantikan sambungannya ye..

Ps: Ada sapa-sapa ke yang ternanti n3 dari ibu? Hehehe.. Perasan betul ibu ni kan?

5 comments:

  1. waa.dah byk tu koleksi zefa skrg..nti nak kena beli gobok baru la pulak nak disply PML ni :-)

    ReplyDelete
  2. Wah!...minat sungguh ya kumpul pinggan2 lama ya...umah mak kat kampung sy ada lagi pinggan2 camni..masih lagi guna..org lama kan...

    ReplyDelete
  3. pinggan lama ni ada romantic value...hehe...kak kita dah wat entry auto publish utk hadiah teka camera tuh...sori lah lambat sangat...sok tengahari ye...singgahlah blog kita...

    ReplyDelete
  4. Masa arwah nenek meninggal, semua pinggan mangkuk yg ala ala antik tu, Mak su yang ambil.

    Untuk mak tak der pun. Mungkin sebab mak tak minat kot. yer la, kalau dah cantik, sayang nak pakai.

    Nak display kat lemari, mak pun tak larat nak lap habuk.

    ReplyDelete
  5. as salam, wow dah byk ler koleksi Zefa skg. BSB baru ada 3-4 ketul jerr

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...