Assalamualaikum wbt..
Ahad minggu lepas, En Ayah menerima arahan bertugas. Semasa ayah maklumkan pada ibu sehari sebelumnya, ibu dah rasa tak gembira. (Macamtulah juga agaknya perasaan ayah bila ibu diarahkan bertugas pada hujung minggu.. ) Apapun, arahan tetap arahan. Kami kan berkhidmat untuk negara!
Kenapa ibu tak gembira? Pertama, sebab masa bersama suami tercinta dihujung minggu telah dicuri. Kedua, ibu dah plan nak pergi ke Pasar Ahad di Stadium Shah Alam. Apa nama pasar tu ye, ada yang panggil Pasar Tani, ada yang panggil Pasar Karat. Kawan-kawan kata, di situ boleh intai-intai PML. Ketiga, ibu dah janji dengan seseorang untuk ambil barang di Amcorp Mall di Petaling Jaya.
Hmmm.. tanpa ayah macammana plan ibu? Takkan nak kena batal? Tidak!!!
Serius, semenjak ibu ada anak.. ibu tak pernah ke mana-mana tempat terbuka dan tempat yang ramai orang, hanya dengan anak-anak tanpa ayah. Anak-anak ibu, lasak woooo. Hehe.. kang tak cukup tanah mengejar.
Tapi kehendak ibu kali ini, ibu nekad teruskan juga. Jam 9.30 ibu dan anak-anak dah sampai di Seksyen 13. Itulah kali pertama ibu jejak Pasar Ahad Stadium Shah Alam. Parking? Huuwaaaa.. rasa nak nangis. Dah la kali pertama pergi, bawa anak-anak pula tu, suami tak ada pula tu, parking susah pulak tu... Ish, ish, ish.
Sudahnya ibu parking di sini..
v
v
v
Sudahnya ibu parking di sini..
v
v
v
Betul-betul dekat stadium. Pasarnya, nuuuuuun di sana.. (gambar ni ibu ambil masa dah nak balik)
Yeah! Test power kezooman kamera ku..
Selesai urusan parking, ibu pun.. sediaaaa.. mulaaa. Kiri pegang abang, kanan pegang adik. (Dah tak ada picas ye.. tak cukup tangan dah. hehe..).
Jalan-jalan jumpa mainan, jalan-jalan jumpa mainan lagi. Hmmm.. RM50.00 khas untuk anak-anak sahaja. Ibu belanja tak banyak mana pun. Satu, sebab tak banyak yang berkenan.. dua, tak boleh nak belek-belek sangat. Risau nak lepas tangan anak.
Semasa ibu belikan air untuk anak-anak, ibu dengar satu pengumuman tentang anak hilang. Abang yang jual air tu kata, pagini ni sahaja dah ada 3 pengumuman tentang kehilangan anak. Allahu Akbar!! Ibu cepat-cepat heret anak-anak ke kereta. Jam 10.45 anak-anak dah duduk dalam kereta.
(Maaflah kalau tajuk di atas menyebabkan kekeliruan. Bukan anak ibu yang hilang tau!!)
Wajah-wajah riang. Walaupun panas, peluh meleleh-leleh, tapi mereka happy. Sebab dapat mainan!!
Selesai shooping mooping di pasar, ibu pecut pula ke Petaling Jaya. Yeay, Amcorp Mall pula.
Adik layan aiskrim @ McD.
Abang layan ayam goreng.. Filet O Fish tu ibu yang punya..
Jalan-jalan di tingkat atas. Kat bawah tak dan tangkap gambar, orang ramai sangat. Segan la pula.. Tengok-tengok je ye toys tu anak-anak.
Semasa di bawah, ibu jalan-jalan cuci mata. Tengok barang-barang antik. Ibu juga sempat bertegur sapa dengan rakan-rakan blogger sehobi.
Apa ibu beli? Taraaaa...
v
v
v
Teko cenonet motif Bunga Kangkung. Besarnya sama dengan saiz buah epal je.. Sukaaa!
Kami berada di AM dalam lebih kurang 3 jam. Jam 2.30 petang kami sampai di rumah, ayah dah balik kerja pun. Halamak!! Hehe.. Berjalan sakan ibu dan anak-anak!
Penat yang amat sangat, tapi ibu saaaaangat happy.. (mungkin bagi orang lain biasa je) Tapi, ini pengalaman pertama ibu jalan-jalan dengan anak-anak tanpa ayah. (Err.. tapi, ibu pernah bawa anak-anak balik kampung tanpa ayah tau). Cuma yang tu anak-anak duk dalam kereta sahaja dan ibu drive. Tak ada jalan-jalan di celah-celah orang ramai.
Jam 3.30 petang kami keluar lagi. Kali ini ayah ada bersama.. kami menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat ibu. (Ex office mate yang dah bersara).
Malam.. semua pengsan!! Haha..
Ps: Kemana kalian Ahad yang lepas?
Kami berada di AM dalam lebih kurang 3 jam. Jam 2.30 petang kami sampai di rumah, ayah dah balik kerja pun. Halamak!! Hehe.. Berjalan sakan ibu dan anak-anak!
Penat yang amat sangat, tapi ibu saaaaangat happy.. (mungkin bagi orang lain biasa je) Tapi, ini pengalaman pertama ibu jalan-jalan dengan anak-anak tanpa ayah. (Err.. tapi, ibu pernah bawa anak-anak balik kampung tanpa ayah tau). Cuma yang tu anak-anak duk dalam kereta sahaja dan ibu drive. Tak ada jalan-jalan di celah-celah orang ramai.
Jam 3.30 petang kami keluar lagi. Kali ini ayah ada bersama.. kami menghadiri majlis perkahwinan anak sahabat ibu. (Ex office mate yang dah bersara).
Malam.. semua pengsan!! Haha..
Ps: Kemana kalian Ahad yang lepas?
ahad yang lepas pergi tempat yang sama ngan ibu zefa pergi..tp sal pergi awal skit pkul 7 lebih sampai shah alam pastu gerak ke Amcorp Mall kul 9.15, pkul 11 lebih dh balik, penat.....
ReplyDeleteSalmi, kita pergi tmpt yg sama rupanya. Awal salmi pergi.. kak zefa ni mcm2 ragam dulu sblum dpt bergerak. Harap2 dpt kita bersua muka di lain kali ya..
ReplyDelete