Follower

Thursday, March 10, 2011

Kerana Kemalangan Kecil.. Ibu Emosi.. Maaf!!

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog kecil ibu yang dikasihi... Hari ini ibu diarahkan untuk menghadiri Bengkel Kelompok Sokong Bantu yang diadakan di Bangunan Persekutuan, Petaling Jaya.

Perjalanan dari Shah Alam ke Petaling Jaya hanya 18km.. namun dek sesaknya lebuhraya persekutuan, perjalan memakan masa hampir satu jam.

Ibu nak kongsi dengan sahabat-sahabat, satu kejadian yang berlaku pagi tadi. Kejadian berlaku sebaik sahaja Viva Elite ibu melepasi Tol Batu 3 dari arah Shah Alam. Sebanyak-banyak kereta dalam berpuluh-puluh barisan berpusu-pusu menerjah hanya 3 lorong Federal Highway tu.. Sahabat-sahabat yang biasa lalu, mesti tahu situasinya.

Masatu kereta ibu berada lebih ke hadapan dari kereta disebelah kanan ibu.. sepatutnya kereta ibu gerak dulu lah kan? jadi ibu pun gerak ke hadapan. Kereta di sebelah kanan gerak juga. Ibu tekan brek.. tapi dia gerak juga. Sudahnya... 'bammmm'!! Huhuhu...

Ibu terkejut, terkedu dan tubuh terus menggeletar. Orang tu minta maaf pada ibu, mungkin dia sedar dia yang bersalah. Tapi ibu yang berada di dalam emosi tidak stabil terus tingikan suara. Siap angkat-angkat tangan marah-marah..

Alhamdulillah, kereta ibu tak apa-apa. Cuma cermin sisi terkelepek.. kalau ibu tak sempat brek tadi, memang muncung kereta ibu 'bammm' dengan muncung kereta dia jawabnya.

Setelah emosi ibu sedikit reda.. ibu beristighfar sendiri. Tadi, ibu terlalu ikut perasaan.. budi bahasa entah hilang ke mana.

Jadi, kepada pemandu gen2 putih yang langgar kereta ibu pagi tadi, ibu minta maaf atas kekasaran ibu. Cuma, ibu nak berpesan. bawa kereta berhati-hati, jangan ego, beri jalan kepada orang lain..

Ps: sahabat-sahabat ada pengalaman macam ibu?

5 comments:

  1. huhuhu...pernah terlanggar kereta orang masa mula2 nak belajar drive kete...huhu....

    ReplyDelete
  2. kdg2 kita terkejut kak zefa..tu yg terus tinggi suara nak marah2 tu. alhamdulillah takde apa2 ye kak

    ReplyDelete
  3. shah alam ke pj....su klang ke pj...lebih kurang kan kak.....heti mmg berdebar-debar bila drive...takut coz kete rapat2...sabar,,,sabar....

    ReplyDelete
  4. As salam, Zefa keja kat PJ ker? sama ler dgn BSB. Hari2 mesti lalu situ PJ-S.Alam tapi BSB duduk sbl pemandu jerr...

    ReplyDelete
  5. takpe2 kak Allah nak bagi rase pelbagai perasaan terkejut+marah+tenang dll.. ;)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...