Assalamualaikum wbt..
Hari ini ibu bangun dengan semangat.. namun ada rasa sedih di sudut hati ini. Hati seorang ibu..
Hari ini, buat kali pertama pada tahun 2011, buat kali pertama sejak kedua-dua anak ibu mula bersekolah.. ibu bakal meninggalkan mereka.
Ibu harap, semasa ibu tak ada.. anak-anak terutama adik akan baik-baik sahaja. Adik manja sangat dengan ibu, apa-apa semua nak ibu.. bangun tidur cari ibu.. nak tidur mesti ada ibu.
Huwaaaaa!!! Air mata ibu dah menitik-nitik dah ni. Hmmm.. mesti kawan-kawan tertanya-tanya. Ibu nak pergi mana? Ibu pergi lama ke?
Hehehe.. Ibu pergi dua hari satu malam je.. malam Rabu ibu sampai le rumah.. (nak tinggal anak sehari rasa setahun tau!!)
Sebenarnya, ibu terima jemputan jadi fasilitator untuk Kursus Kepimpinan Potensi Diri di Institut latihan dan Dakwah (ILDAS) di Sabak Bernam. Biasa ibu dapat jemputan ceramah dekat-dekat je.. tapi ini adalah jemputan dari sahabat ibu yang bertugas di sana.
Harap-harap ibu dapat menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik..
Ps: Ibu ada pegalaman tinggalkan anak 5 minggu tau! Kawan-kawan macam mana? pernah tak?
As salam, Saya paling lama 5 hari jer..tinggalkan anak2. itu pun rasa macam 5 tahun jerrr
ReplyDeletekite paling lame 7, 8 jam..heh.. ;)
ReplyDeletenadiah takde pengalaman tinggalkan anak berhari2
ReplyDeleteSaya tak pernah lagi tinggalkan anak2..almaklumlah..surirumah kan...
ReplyDelete5 minggu?? sy xpenah lg lama tu, jap pun x penah... x dpt bygkan, ni nak g conference pun siap bawa lagik he3
ReplyDelete