Assalamualaikum wbt
Bersiaran dari pulau Bahagia, Terengganu.. line internet sangat merangkak-rangkak tapi ibu gagahkan juga meredahnya demi satu n3.. hehehe..
Semalam kami berolak dari Shah Alam dalam jam 3.00 petang.. sampai di Terengganu jam 1.00 pagi tadi.. kami banyak menyinggah, tu yang lewat sampai.
Pagi tadi ibu cuba online.. alamak something wrong with my broadband lah. Terus ibu ajak ayah pergi Maxis Centre di Kuala Terengganu. Nak kata tak bayar, dah bayar... ibu jarang guna broadband ni, sebab di rumah ayah dah pasang Streamyx.
Sampai di Maxis Centre ibu disambut dengan senyuman manis staf-staf maxis. Hmm.. adik kat kaunter depan tu sebab ibu dah lama tak aktifkan boadband ni. Ibu ambil nombor dan berurusan di kaunter sebelah dalam. Okey, selesai masalah..
Berbalik kepada tajuk di atas.. siapa yang terkencing di surau? Ibu kah? wahaha.. agak-agak le nak teka pun. hehe.. Maryam Kah? Bukan.. Yusuf kah? Bukan juga..
Sebelum ibu ceritakan apa yang berlaku, ibu ingin tegaskan bahawa n3 ini bukan untuk memburukkan sesiapa.. cuma ada beberapa pengajaran yang ibu ingin kongsikan.
Semalam ibu singgah untuk solat di salah satu perhentian di Lebuhraya Pantai Timur (LPT). Ada satu family dengan anak kecil masuk ke surau dan menukar lampin pakai buang di tempat mengambil wudhuk (kesalahan pertama). Kemudian dia membiarkan anaknya tanpa lampin di dalam surau dan terkencing (kesalahan kedua).
Ibu tanpa suara hanya memerhati bagaimana si ibu (rasanya nenek) menyucikan najis di atas lantai. Hanya mengelapnya dengan lap kaki surau, bilas lap tu ala kadar, lap lagi, bilas lagi lap tu ala kadar dan letak semula di tempat asal.. (Ini kesalahan besar).
Moralnya.. jangan lah tukar lampin anak di surau. Setiap perhentian dilebuhraya telah menyediakan tempat untuk menguruskan anak kecil. Juga, sekiranya terjadi 'kemalangan' seperi di atas jangan lah menyucikan dengan hanya ala kadar. Surau tempat orang ramai beribadah.
Ps: Agak-agak apa tindakan ibu? Ce teka? Ce teka? hehe..
Sambung di Part 2 lah ye..
ishh.memang salah tu.
ReplyDeletekite yang ternampak kena tegur tpi kenkadang nak tegur pun takut.:)
kak zefa tegue sebab kaedah tak betul...air tak mengalir..sah2 nanti org2 nak solat tanggung najis..haiyak! ataupun akak bersihkan ke?hehe ;)
ReplyDeleteerr..akak tegur secara baik kot
ReplyDeleteowhh..balik pulau bahagia ke?? lajak a few km aje lagi sampai lah umah saya :-)
ReplyDeleteSokong sangat ngan N3 Ni. ramai yang sambil lewa je bab najis ni. Kalau kat surau pun buat cam tu , kat rumah mcm mana ek?
ReplyDelete