Follower

Sunday, April 24, 2011

Pemenang Utama Jemari Asmara 2nd GiveAway!!

Assalamualaikum wbt..





Jam di lappy ibu menunjukkan waktu 4.26 pagi. Ibu bangun awal hari ini, menguruskan apa yang patut. Ibu dapat arahan bertugas hari ini. Ya, arahan.. sebab yang lain diberi pilhan sama ada mahu bertugas atau tidak, tapi bagi pegawai-pegawai adalah wajib untuk hadir bertugas. Hmm.. (bukan mengeluh, namun sekadar luahan hati seorang ibu yang perlu meninggalkan anak-anak dihujung minggu). Apa nak buat, arahan tetap arahan. Kerja tetap kerja. Ibu kerja pun untuk anak-anak juga.

Ibu pun sedang kering idea.. apa yang nak dicatat di blog kecil ini. Walhal ibu tahu, ramai masih menunggu jawapan siapa pemenang utama Jemari Asmara 2nd GiveAway.. ramai juga seperti sudah putus asa kerana sudah ada yang membuang Jemari Asmara dari bloglist. Sudah ada juga yang 'remove' banner dari sidebar. Masa Salam Ukhwah giveaway yang pertama dulu lagi lah, elok je keputusan diumumkan terus tak follow dah. hehe.. nampak sangat niat joint bukan kerana nak berukhwah.

Aik.. macam luah perasaan je? Haha.. luah-luah juga, tapi Ibu pun ada silap juga. Lama sangat nak umum keputusan. Ibu minta maaf sangat-sangat. hakikatnya terlalu sukar untuk membuat penilaian. Membuat penilaian kepada lebih 100 penyertaan bukannya mudah. Harap sahabat-sahabat sudi memahami..

InsyaAllah, keputusan Pemenang Utama Jemari Asmara 2nd GiveAway akan diumumkan pada minggu hadapan. Harap sahabat-sahabat dapat bersabar.


Ps: Pemenang Top Referal dan 3 Pemenang Cabutan bertuah telah diumumkan ya!! Hehe.. sebab masih ada yang bertanya...

Pss: Kepada pemenang yang telah diumumkan, juga harap bersabar. Hadiah akan dipos serentak dengan hadiah Pemenang Utama Jemari Asmara 2nd GiveAway. Harap maklum..


2 comments:

  1. ibu, bloglish ada, cuma banner je macam siapa mkn cili dia rasa pedas je, hahahaha... okey2 ayesha masukkan again, chilll. :)

    ReplyDelete
  2. x sabar dh nk tunggu ibu umumkan pemenang..hehehe

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...