Follower

Wednesday, April 11, 2012

MAKANAN KITAR SEMULA: APA KATA ANDA?


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hari Rabu yang buat ibu menyanyi lalalala.. Haha.. Seronoklah sebab cuti. Tak payah nak fikir hal kerja di pejabat. Semalam punyalah penat, seharian di Pusat Gerakan Marin Pulau Indah. Hadir program anjuran KDN.

Pagi tadi ibu buat nasi goreng. Nasi goreng ringkas je, goreng nasi semalam yang tak habis, campur dengan ikan goreng yang dah dua hari dalam peti sejuk. Kih kih.. Inilah yang dinamakan 'makanan kitar semula'.


 Nasi goreng ibu yang sempoi.. Tapi nampak kelas kan? Haha..

Lantas, ibu teringat cerita ayah Yusuf tentang kawannya yang tak akan makan nasi goreng bila sarapan dikedai. Alasannya, tu nasi semalam yang yang tak habis. 

Memang betulpun, rata-rata kedai makan memang buat macam tu. Sebabtu, kedai makan belakang pejabat ibu tak ada menu nasi goreng setiap pagi Isnin. Sebab Sabtu Ahad memang tak buka kedai..

Bukan nasi je.. Biasanya ikan dan ayam goreng / bakar yang tak habis juga akan dikitar semula. Besoknya, jadilah ayam atau ikan masak sambal. Ikan bakar jadi masak lemak cekur, atau apa-apa menulah. Kawan ibu seorang tokey restoran mengaku, memang kitar semula makanan tak habis.

Apa pandangan kawan-kawan tentang perkara ini?

Ibu tengok keadaan.. Kalau setakat makanan dirumah, tak ada masalah. Yang penting masih elok dan belum basi.

Kalau di kedai, memilih lah juga. Kadang-kadang kita tak perasan pun itu makanan kitar semula. Cuma, ibu makan je nasi goreng kat kedai.


Nasi goreng dengan teh o yang telah habis dingap!!

Sebagai penutup, kita kembali kepada tajuk entry:

Makanan kitar semula: Apa kata anda?

Jumpa lagi.. :D



21 comments:

  1. Ekkkk... Kalo di rumah, simpan dlm freezer, mama makan. Kalo x masuk freezer, sehari je boleh kitar. Lebih sehari, mama x lalu walaupun elok lg.

    Kalo makan kt kedai, pejam aje lah mata....l

    ReplyDelete
  2. Kalo di rumah nasi semalam memang goreng jer hihihi...Kalau makan kat luar tengok lauk...tak caya gan orang kedai hihihi kot2 dah basi ke...kat umah bolehlah kitar semula sebab kita tahu keadaannya gi mana//

    ReplyDelete
  3. Btul tu kak, nak kitar takdak masalah asal belum basi dan masih elok kualitinya..

    ReplyDelete
  4. kalau kat rumah bg saya takde masalah la kak.. tapi kalau kat kedai tuu, no komen lah.. kerana itu saya tak suka makan di kedai..

    ReplyDelete
  5. kalau makanan tu elok sy mkn je. tak kisah kitar semua ke tak. huhu.

    ReplyDelete
  6. boleh aje kitar semula janji makanan tu masih elok dan blm basi lagi... sama je gayanya dgn mak/MIL izan... nasi mesti campurkan dgn ayam/ikan yg tak habis masa nak grg tu...

    ReplyDelete
  7. klu nasi semalam tak habis,masuk peti ais kadang2 buat je nasi goreng.no hal bab nie..tp lauk2 mmg jarang panaskan semula sbb kt rumah sy makan nasi sekali sehari,jadi masak lauk utk sekali makan je.

    kt kedai pilih2 gak la..klu goreng2 tu mmg elakkan klu nmpk macam semalam punya..:)

    ReplyDelete
  8. kalau nk goreng nasi mestilah kena guna nasi yg semlman baru sedap...akak pn sama, biasa juga recycle mknan yg xhabis....dr membazir baik kita fikirkan sesuatu yg boleh digunakan semula..yg pnting trselamat dr membazirkan........

    ReplyDelete
  9. nasik goreng klu buat dengan nasik yang baru masak rasanya tak sedap.nak goreng pun susah.biasanya memang buat nasik goreng dengan nasik yang dah sejuk.tapi bab lauk tu memang tak boleh terima la kalau lauk semalam..

    ReplyDelete
  10. Akakpun memang biasa kitar semula makanan utk elak pembaziran. Janji makanan masih elok. sebab tu, lepas makan malam (biasanya sblm maghrib) akak dah simpan makanan yg tak habis dlm peti sejuk..

    ReplyDelete
  11. Satu perkara lagi...
    Sebenarnya, yg menarik minat akak bukan gambar makanan tu, Zefa. Hati terpikat dgn teko aladin bunga padi tu. ngee..

    ReplyDelete
  12. kalau masih elok kita makan....apa salahnya....x elok membazir... :)

    ReplyDelete
  13. saya ok je kalau nasi semalam buat nasi goreng. kat rumah la. kat kedai? entahlah. kat kedai ni banyak kemungkinan ada kan? macam mana makanan tu. terjaga ke tidak. tp kalau dah makan yg kitar semula tu nak buat mcm mana lagi. redha je la. huhuhu...

    p/s: dah dapat hadiah hari isnin.

    ReplyDelete
  14. Perut mummy tak sensitip.. semua boleh ngap :)

    ReplyDelete
  15. kat rumah selalu gak kitar semula...tp ai masak seminggu sekali jer..so selalunya masak ngam2 tuk makan hr tu je lah..kami jarang mkn kat kedai...tp perut sy sensitif, klo mkn makanan yg xelok, cepat jer sakit perutnya..huhu

    ReplyDelete
  16. asal sedap telan je kot..tp kalau rupe da mcm lain je..x mungkin nak makan..hehhehe

    ReplyDelete
  17. akak..fyzz tak kisah pun..selalunya bila weekend..bila malam kdg2 saja masak nasi ..sbb esoknya nk wat nasi grg..ada orng kata tak elok..tp fyzz makn ja..kalau kt luar pulak..tmbh2 makanan pasar malam msti kitar semula..emm nak beli pun kena hati2 gak kan..

    ReplyDelete
  18. biasanya saya pun kitar semula nasi, tapi kadang-kadang lah hehe...itu pun kalau nasi tak habis mlm tu

    ReplyDelete
  19. x kisah.. asalkan dapat mengenyangkan kita..

    ReplyDelete
  20. nasi tak habis mmg biasa buat nasi goreng. tak baikkan membazir. sedap apa nasi goreng ;)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...