Follower

Tuesday, February 7, 2012

PEMANDU BIADAB!!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ibu nak kongsikan satu kejadian yang masih segar dalam ingatan.. Baru saja berlaku jam 11.00 pagi tadi di hadapan kami. Terkebil-kebil mata kami empat beranak menyaksikan kejadian yang buat ibu beristighfar berkali-kali. Yusuf pula berkali-kali mengingatkan adiknya, bahawa apa yang mereka sedang saksikan itu bukan perangai yang baik.

Kejadian berlaku di hadapan Mydin Shah Alam. Sebuah kereta iswara mengekori sebuah kereta wira dengan agak rapat. Kedua-dua pemandu lelaki berbangsa Melayu. Masa nak keluar simpang, pemandu kereta wira memperlahankan kereta dan kereta iswara terpaksa brek mengejut. Memang sikit lagi nak kena.. Salah siapa? Ibu yakin dan pasti semua akan kata salah iswara kan?

Masani kami bukan di belakng mereka. Kami berada di jalan yang mengadap mereka.. Kejadian tu sangat jelas di hadapan kami..

Tahu apa yang berlaku.?? Pemandu kereta iswara menekan hon tanda marah. Bukan itu sahaja, dia memotong kereta wira selepas simpang dan berhenti di sebelahnya. Ibu tak tahu dia kata apa, tapi sambil tangan mengajukan penumbuk beberapa kali.

Pemandu wira berkata sesuatu sambil mengangkat tangan. Ibu rasa dia minta maaf walaupun bukan salah dia. Ibu terus beristighfar masa ni.. Kereta kami ketika itu betul-betul dibelakang mereka.

Tahu apa seterusnya, kereta iswara menghimpit kereta wira dan memintas di hadapan. Pemandu iswara meludah kereta wira. Astaghfirullah al'azim..

Namun, pemandu wira terus bersabar dan sekali lagi mengangkat tangan. Allahu akbar, sabarnya dia..

Ibu sangat ingat plat nombor iswara tu.. Cuma tak mahu sebut je, cukuplah ibu katakan memang memalukan orang Terengganu betul.. Huhuhu..

Bayangkan.. seorang anak kecil pun boleh menilai sikap tersebut sebagai sikap tidak baik. Ibu terus terang kata, pemandu iswara tu memang BIADAB!!

Sekian..


17 comments:

  1. salam akak.. malu je nak sebut.. mmg selalu je jumpe keadaan mcm tu kak.. pemandu trg mmg kurang asam.. ego kot..

    ReplyDelete
  2. tu la kadang2 yg kita tgok, yg biadap tu kebanyakkannya yg bwk keta biasa2 je..maaf ckp la.buat malu kaum. yg bwkkete beso2 ade ke buat prangai cmtu.betol2 biadap la kan?

    ReplyDelete
  3. Eee teruknya, kdg2 ada sesetengah tu kurang sgt nilai siviknya kn ibu. Mujur driver wira tu sabar, mungkin dia tahu tak guna layan org camtu. Klu dia layan td, mungkin boleh terjadi pergaduhan. Mentallic problemo kot iswara tu!

    ReplyDelete
  4. sgt kuang ajo. hisy.. driver cenggitu layak mkn penampar je..

    *emo lak siswi..hihi

    ReplyDelete
  5. Begitulah kenyataan yang kadang2 sukar diterima akal.. Dh terang lagi bersuluh melakukan kesalahan tapi masih x nak mengaku. Tahap kesabaran (dan keimanan) yg amat tipis membolehkan org di sekeliling menilai siapa kita hatta anak kecil sekalipun.. Moga insan tersebut insaf atas perbuatannya yg merendahkan martabat diri sendiri..

    ReplyDelete
  6. aduhai.. itulah org malaysia. mudah hilang sabar bila memandu. kesian pula pada pemandu wira tu. sudah minta maaf pun diperlakukan begitu.

    ReplyDelete
  7. mesti terkujat kujat je sebab kat depan mate..kesian maryam yg tak paham..bertuah ade abg yg cool menjelaskan..

    ReplyDelete
  8. Sikap pemandu macam ni mmg byk kan kak zefa..tak tahu nak respect org dan merasakan diri sendiri sentiasa betul..

    ReplyDelete
  9. Bila dah marah ...tak ingat apa dah. Hanya mencerminkan rendahnya peribadi dia.

    ReplyDelete
  10. kebanyakan sikap pemandu malaysia..

    ReplyDelete
  11. Kadang2 emosi driver lelaki tidak dapat dikawal di jalanraya..sori to say

    ReplyDelete
  12. tak boleh bertolak ansur. walhal salah dia pun sibuk nak salahkan org lain pulak. huhuhu... teruk perangai.

    ReplyDelete
  13. salam..ana penah jgk tgk kes camni x lama dlu..masa ats highway..camni jgk la kes nya..kesian kan kekdg bukan sengaja pun..apa lah slhnya..dh org mintak maaf dh kan...sedih kan tgk kes cam2..nak2 plak ada budak kecik yg tgk dan dah pandai menilai baik buruk pbuatan tuh...itula dunia skrg kan..

    ReplyDelete
  14. Alangkah indahnya andai semua pemandu di Malaysia berhemah dijalanraya.. kadang2 sedih bila melihat keadaan bangsa kita di atas jalan raya.. mudah sangat hilang pertimbangan...

    Jauh sangat bezanya dengan bangsa barat yg begitu bersopan bila memandu...

    ReplyDelete
  15. MasyaAllah......sampai begitu skali seorg yg seagama n sebangsa brsikap biadap....Kalau geram pn jangan la smpai meludah2 n memaki hamun org ditmpt awam camtu.....

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...