Follower

Saturday, March 2, 2013

SUMBER KALSIUM

  Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Pagi-pagi lagi tadi ibu dah online.. Projek pertama ibu, cari info dan google gambar-gambar yang berkaitan dengan kalsium. Bulanni, ibu nak buat kempen 'Sayangi Tulang'.. Semoga kempen ibu akan memberi manfaat pada semua. In sya Allah.. Oh ya, sebelumni ibu ada buat entry tentang Keperluan Kalsium Wanita. jemput klik ye..

Hasil pembacaan ibu, kalsium ni sebenarnya bukan sahaja ada dalam susu je, dalam sayur, dalam ikan pun ada kalsium. Ye lahkan, bila sebut kalsium mesti kita teringat susu kan?





Tapi baca punya baca punya baca, sah bahawa walaupun kalsium ada dalam makanan-makanan lain, sumber utama kalsium adalah dari produk tenusu.

    
 Susu, yogurt, keju dan lain keluaran tenusu merupakan sumber utama kalsium dan juga diperkuatkan dengan vitamin D. Kalsium adalah mineral yang paling berlimpah dalam tubuh badan, akan tetapi juga merupakan satu daripada mineral yang paling berkemungkinan tidak dibekalkan dengan mencukupi dalam pemakanan manusia. 

Kalsium adalah penting bagi pertumbuhan normal dan penjagaan tulang dan gigi, dan keperluan kalsium haruslah dikecapi sepanjang hayat. Keperluan adalah paling tinggi semasa peringkat pertumbuhan, seperti peringkat kanak-kanak, semasa mengandung dan semasa penyusuan bayi.

 Kekurangan kalsium pada jangka masa panjang boleh mengakibatkan osteoporosis, di mana tulang semakin merosot dan peningkatan risiko retak/patah tulang. Keperluan kalsium boleh dicapai dengan memakan atau meminum sekurang-kurangnya 3 ke 4 sajian keluaran tenusu setiap hari.

Sesetengah keluaran tenusu, seperti keju keras dan susu lengkap, mengandungi kandungan lemak tepu yang agak banyak, yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular. Oleh sebab itu, diet yang melibatkan keluaran tenusu rendah lemak haruslah diambil kira. Beraneka jenis keju rendah lemak yang dihasilkan daripada susu separa skim, seperti mozzarella, ricotta, keju kotej boleh dipilih.

Tapi, tak semua orang boleh minum susu kan, apatah lagi keju meju bagai tu, kan? Lagi-lagi bila baca pasal lemak tepu tu.. Huhu..

Sekali lagi, mari ibu terangkan tentang salah satu supplemen Shaklee yang hebat dengan izin Allah. Ini OsteMatrix*.. Ianya istimewa kerana ia lebih daripada sekadar kalsium. 

 Jom baca kelebihan OsteMatrix secara ringkas;

OsteMatrix membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik. Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.

Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Jadi, jika anda sayangkan tulang anda.. Jom sama-sama kita berOsteMatrix. Tak mahal pun, in sya Allah mampu beli. 

 Hubungi ibu, pengedar Shaklee anda:

Zefa Nor Asmara Jubir
ID: 909824


1 comment:

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...