Follower

Wednesday, June 12, 2013

PERCUTIAN SINGKAT KE PULAU PANGKOR - DAY 1


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Setelahsekian lama tak bercuti (kali terakhir ke Johor Bharu dan Melaka pada tahun 2011), akhirnya kami memecahkan kemarau percutian dengan bercuti ke Pangkor baru-baruni.

Itu pun sekadar percutian pendek yang hampir-hampir tak jadi. Kisah sebaliknya tu tak perlulah nak diulang, siapa ada terbaca status ibu di FB minggu lepas, itulah sebabnya. Alhamdulillah selesai tanpa perlu ibu mengguriskan hati mana-mana pihak dan tanpa perlu mengabaikan tugasan kerjaya serta bisnes.

Ibu memang dah rancang nak bawa anak-anak bercuti cuma tak tahu ke mana. Ayah hanya buat keputusan nak ke Pangkor Jumaat malam Sabtu tu memandangkan kami kena balik kampung dulu hari Sabtu tu. Ayah kata senang cari lokasi yang sehala. Bayangkan.. Dengan cuti sekolahnya, dengan tak ada tempah mana-man penginapannya. Memang percutian main terjah je ni.. Hehe..

Kami bertolak dari kampung (Sekinchan) lebih kurang jam 1.00 petang hari Sabtu. Sampai di Lumut lebih kurang jam 3.00 petang. Semua waktu tu anggaran je ye, ibu tak ingat pun waktu sebenar. Sampai Lumut, terus parking kereta di tempat letak kereta bertingkat. Bayaran RM10.00 untuk semalam dan tak jauh pun dari Jeti.

Untuk elakkan sebarang masalah, memandangkan kami tak tempah dulu tempat penginapan, kami berurusan dengan agen-agen yang 'bersepah' di Lumut tu. Maaf lah ibu kata bersepah sebab kat mana-mana pun ada egen buka meja jadikan kaunter mereka.

Haaaa.. Pasal penginapan ni ada kisahnya tersendiri. Nantilah ibu buat entry khas (kalau rajin). Hihi.. Panjang wooo kalau nak cerita tragedi tempat penginapan ni. Tu lah, bercuti main terjah lagi, hambik leee.. Ehehe..

 Ececeh.. Ibu siapakah ini?


 Anak-anak yang teruja.. Sila abaikan apek berbaju putih itu. Bukan sebahagian dari kami. Ehehe..


 Pengalaman naik feri yang pertama buat anak-anak. Kami tak duduk d bahagian dalam, tapi kami berdiri di luar. Melihat keindahan alam ciptaan Ilahi..


 Pose istimewa dari anakanda Maryam Nabihah..

Kami sampai di Pulau Pangkor dalam jam 4.00 petang lebih dan terus naik van warna merah jambu ke penginapan yang kononnya dah komfem masa di Jeti Lumut. Macam ibu cakap tadi, cerita pasal penginapan cerita lain ye.. Oh ya, tambang van warna pink tu RM15.00 sehala..

 Inilah rupanya pengangkutan awam di Pulau Pangkor. Nama saintific sebenar, ibu tidaklah pasti. Haha.. Ini bukan dari kamera ibu tapi pinjam dari sini.

Setelah melepasi saat-saat sukar (huhu.. sukar menahan sabar sebenarnya.. terima kasih ayah yang sentiasa sabar dalam semua keadaan, termasuklah dengan ketidak sabaran ibu.. hihuuuu..) kami berjaya juga check in di sebuah Chalet di kawasan Teluk Nipah dalam jam 6.00 petang macam tu. Lepas check in dan solat, anak-anak dah tak sabar-sabar nak mandi di pantai. Alhamdulillah, walau cuma ada masa yang singkat sebelum Maghrib.. cukup untuk membuatkan anak-anak gembira petang tu..

 Lihatlah, jelas keriangan anak-anak..


 Seperti biasa, hanya 3 beranak itu yang akan mandi manda. Ibu tukang perhati merangkap tukang ambik gambar..


 Senja yang semakin hampir, anak-anak masih berat nak tinggalkan keseronokan di pantai. Tuuu, Maryam konon-konon nak bergayut ditali..


Senja yang indah di Pulau Pangkor.. Subhanallah..

Seelsai acara bergembira di pantai kami balik ke penginapan untuk membersihkan diri, solat dan berehat sekejap. Lepas tu sambung dengan acara jalan-jalan cari makan.

Kelebihan menginap di teluk Nipah ialah banyak pilihan kedai makan orang Melayu. Tapi bab makan pun menguji kesabaran juga. Almaklum, cuti sekolah, orang ramai, terpaksalah sabar menanti. 

Mula-mula berangan dah, makan malam yang enak-enak sambil mendengar deruan ombak membelah pantai. sekalinya.. Hmmm, deruan pantai je dengar, makan enak-enak tak ada. Langkah kiri, kami tersinggah ke kedai yang masakannya ........... noktah. Haha.. sendiri mahu faham okey.

Tengok, air dah habis. Makanan tak sampai lagi.. Hihi..

Tapi alhamdulillah, semua dugaan-dugaan ni tak menggugat kegembiraan percutian anak-anak. Yang ibu nampak, mereka ni seronok je.. Oh ya, sebelah kiri Yusuf tu pantai, memang best la lokasi kedai makan ni. Lokasi je lah..

Selesai makan, jalan-jalan sekajap. Cuci-cuci mata tengok cenderamata dan adalah juga beli sikit-sikit buat kenangan.

Balik chalet terus rehat dan zzzzzzz. Besoknya, bermulalah hari kedua merangkap hari terakhir di Pangkor.

Bersambung....


7 comments:

  1. bestnya pi pangkor..best kan..fyzz pi last 2008...anak2 happy je tgk

    ReplyDelete
  2. macam byk je benda yg tak best melalui percutian main terjah kak zefa..tkpe yg pling penting anak2 suka..dpt mandi pantai teluk nipah mmg best..:)

    ReplyDelete
  3. waahhh bestnya zefa cuti2 pangkor :-)

    dulu penah gak gi sekali pangkor. Lepas ni nak masuk list jugak lah.
    p/s: jgn malas2 update blog yea ibu yusuf :-)

    ReplyDelete
  4. Pernah juga bercuti main terjah. Jd faham keadaannya macamana. Apa pun tetap puashati kerana 'bercuti' :) betul tak?

    ReplyDelete
  5. Salam,
    Mummy pun pernah ke Pangkor,
    3 hari 2 malam bersama daddy dan anak-anak.. Walaupun agenda asal mummy adalah kursus, tapi kami enjoy sebab masa tidak padat dek kerana pihak urusetia terlalu memahami peserta yang hadir..
    Pangkor indah dn selesa..

    ReplyDelete
  6. sbnrnya best..maybe akak gi x tmpah tu satu hal..bab mkn tu mmg perlu sabar kalo time cuti umum ke cuti sekolah ke..

    ReplyDelete
  7. sy bkn jenis suka cuti tepi pantai,,,tp bila sekali husband bwk siap nk repeat pegi lg esok....yeyee...

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...