Follower

Thursday, June 6, 2013

PERJALANAN IBU DAN SHAKLEE: 3-4 ANGKA


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Hajat hati, ibu nak meneruskan entry tentang percutian pendek kami ke Pulau Pangkor. Tapi ibu rasa nak mendahulukan satu entry yang sudah lama tertunggak.

Iaitu tentang catatan perjalanan ibu dengan bisnes Shaklee. Walaupun ianya sekadar kisah biasa-biasa, tapi ianya mungkin akan memberi inspirasi kepada orang lain. Kan? Ececeh..

Ibu mendaftar sebagai ahli Shaklee pada penghujung tahun 2012 setelah dipelawa oleh seorang blogger.

Dan tujuan asal ibu join, lebih kepada untuk membanyakkan cabang perniagaan. Keduitan betullah kan bunyinya.. hehe..

Lepas register, ibu bermula sebagai pemerhati. Perhati cara kawan-kawan buat promosi, pemerhati dalam group bimbingan yang ibu sertai. Tak buat apa pun lagi, teeeeengok je kerjanya.

Bulan Januari ibu mula.. tapi masatu masih malu-malu meow nak buat promosi + tak berapa nak rajin buat promosi. Dalam tak berapa rajin tu, alhamdulillah bonus untuk Januari ibu dapat 3 angka. Senyum je masa dapat cek.. Tu tak masuk lagi untung runcit tau. Bonus tu Shaklee bagi berdasar pencapaian jualan kita..

Syukur alhamdulillah, ibu ditemukan dengan kumpulan yang betul. Berniaga secara berkumpulan dengan masing-masing saling menyokong. Bila suka ada yang berkongsi  suka, bila duka masing-masing menghulurkan bahu untuk kita meluah rasa. Ibu suka yang itu.. Walaupun, tujuan asal kerana duit, tapi ibu mulai rasa ada 'kasih sayang' dan 'caring' dalam bisnes yang ibu buat..
  
Oh ya, ibu jual Shaklee secara online sahaja. Menggunakan medium FB dan blog semata-mata. Dari saja-saja mengadap FB, dari saja-saja tulis blog tentang diri sendiri, selit-selit sikit pasal Shaklee, kongsi pengalaman guna produk Shaklee, alhamdulillah, dapat juga pendapatan sampingan.

Bulan 2 bulan 3, prestasi masih sama. Bonus 3 angka.. Mungkin terlalu selesa. Rasa cukup.. Yelah, sambil-sambil update FB, sambil-sambil update blog.. Tapi ada pendapatan yang masyuk.. Best kan?


 Cek bonus Shaklee.. Alhamdulillah..

Bulan 4? Jeng, jeng, jeng.. Ibu kejelesan tahap gaban. Haha.. Pecah rahsia ku. Seorang kawan yang sama-sama join sekali dah naik Supervisor. Seorang lagi kawan yang baru je join pun dah naik Supervisor. Ish.. Tak boleh jadi..

Bulan 4 memang semangat lain macam, keyakinan diri untuk maju selangkah ke hadapan sangat tinggi. Tapi ada juga dugaannya. Almaklum, kita ni berkerjaya. Yang sana perlu diutamakan, yang sini pula tak boleh ditinggalkan. Dah jadi macam laki ada dua bini dah gayanya. Ekekeke..

Syukur alhamdulillah, dengan sokongan padu dari 'Mommy'.. (Terima kasih mommy, i love you very much), ibu berjaya juga menyandang gelaran Supervisor setelah berjaya mencapai target untuk bulan April. Pangkat yang melayakkan ibu bergelar menjadi seorang leader. Alhamdulillah..


Surat dari Shaklee.. dan dengan ini ibu layak menerima cash incentive sebanyak RM368.00. Alhamdulillah..

Itu cash incentive, tapi.. berapa bonus ibu untuk April? Mula-mula ibu rasa tak nak tunjuk. Tapi sudahnya tunjuk juga di FB sebab ada kawan suruh tunjuk. Mentor ibu pun kata, tak salah tunjuk.. Mungkin boleh jadi pembakar semangat orang lain. Dah tunjuk di FB, tunjuk lah juga di blog. Huhu..


Ada yang bertanya, berapa bonus ibu. Syukur alhamdulillah, bonus ibu untuk bulan ke 4 adalah 4 angka. Bukan untuk menunjuk, tapi anggaplah berkongsi cerita, perkataan di hadapan sekali bukannya 'one'..
 
Kini ibu bergelar seorang leader, sudah tiba masanya utk ibu membantu kawan2 lain utk sama2 menjana pendapatan bersama Shaklee. Sharing is caring, kan? Semoga bila ibu memudahkan jalan orang lain, Allah permudahkan jalan ibu pulak. 

You are Welcoming to join our Awesome Group! Selain kita mampu menjaga kesihatan dalam masa yg sama kita mampu menjana pendapatan utk keluarga kita..

Semoga kita mampu menyediakan kehidupan terbaik utk mereka dan menjadi salah seorang penyumbang zakat terbesar, kelak! Amin..


Hubungi:
Puan Zefa NorAsmara Jubir (Ibu Yusuf dan Maryam)
Shaklee Indipendent Distributor (ID: 909824)
FB: https://www.facebook.com/ZefaNorAsmara
FB page: https://www.facebook.com/KioskKeluargaSihat
011 11537821 (Whatsapp only)
Email: zefa_asmara@yahoo.com


Terima kasih..

 

8 comments:

  1. aduh, k.zefa ni.. dh awal masuk sampai sekarang tak habis-habis nak goda saya tau...haha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, godaan berjaya. Haha.. lepas ni goda Mama Idlan Irsyad untuk menggapai kejayaan dengan gemilang pula. InsyaAllah..

      Delete
  2. wahhh ibu.....
    seronoknya dpt extra income =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah mama adam, bukan sahaja seronok dpt extra income, tapi happy sebab dapat juga bantu kawan2 menjana income :-)

      Delete
  3. wahh..mcm menarik je..thniah kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syu.. Alhamdulillah, terima kasih. memang menarik tau, jom join team kzefa :-)

      Delete
  4. Syabass kak Zefa!Shaklee mmg best kan..:)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...