Follower

Monday, July 29, 2013

MARYAM & CABARAN RAMADHAN 2013


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur al hamdulillah, puasa tahun ni sangat bermakna buat ibu. Aktiviti bersahur dan berbuka cukup ahlinya. Bukanlah tahun-tahun lepas tak cukup ahli.. Ekekeke.. Tiba-tiba ibu rasa kelakar dengan ayat sendiri. Maksudnya, tahun ni semua ahli keluarga dah berpuasa penuh termasuk simanja ibu Maryam Nabihah.

Tahunni Maryam dah masuk 6 tahun. Sedikit sebanyak dia dah faham tentang kewajiban seorang Islam termasuk solat dan puasa. Jadi elok sangatlah ibu latih dia berpuasa.

Tahun lepas dia puasa separuh hari, puasa di Tadika tapi balik Taska dia makan. Tahunni, besarlah harapan ibu untuk lihat dia berpuasa penuh sehari.

Mula-mula ibu rasa risau.. Dapatke dia ni bertahan, yelah diakan manja. Risau ibu kalau dia merengek-rengek nanti..

Ini kad Cabaran Ramadhan 2013..

Semua pelajar 6 tahun Tadika Islam AlHidayah menerima sekeping kad untuk ditanda oleh ibubapa samada anak-anak ini berpuasa atau tidak. Kad ini sebenarnya sebagai galakan kepada anak-anak untuk gigih berpuasa.


Sehingga 19 Ramadahan 1434H, inilah prestasi Maryam..

Alhamdulillah, Maryam sangat mudah dalam perjuangannya belajar berpuasa. Kerisauan ibu selamani meleset sama sekali. Kemanjaannya itu tidak diguna langsung untuk minta buka puasa awal. Kadang-kadang tu adalah juga, nama pun budak-budak kan? Nak bangun sahur pun senang, nak buka lagilah senang. Hehe.. Memanglah. Bab berbuka, ibu pun nak cepat..

Tapi siren 'mengada' dia akan berbunyi dalam jam 6.00 petang macamtu. Hoho.. Masanilah dia akan paksa ayah bawa dia ke kedai dengan alasan nak beli air untuk berbuka puasa. Maka selama 19 hari berpuasa hampir keseluruhannya tiap-tiap petang pergi kedai beli air. Ada saja air pilihan dia, air botol lah, air kotaklah, air Vitagenlah, macam-macamlah. Tapi kebiasaannya, ayah akan layankan aje..

Tapi, apa jadi dengan hari pertama? Haha.. Yang tu memang ibu tak tau nak kata apa. Kalau kita yang dewasa ni mungkin ada istilah termakan atau tak sengaja. Tapi sebagai kanak-kanak? Wallahua'alam..

Ibu rasa ibu nak sambung pasal tu dalam entry lain. Macam biasa, entry ibu jarang yang panjang. Suka entry kontot-kontot je.. Ehehe..

Ok semua. Jumpa di siaran akan datang.. :D






3 comments:

  1. Nasib baik maryam ajak pi kedai beli air aje, buatnya dia nak cukup pakej sekali dgn jajan kurang2 5 ringgit sehari kot hihii..

    Tahniah maryam..semoga lengkap se bulan Ramadan :D

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. teruskan perjuangan Maryam.

    ReplyDelete
  3. bagus anak solehah maryam ni.aiman mula2 dulu puasa juga smp petang.lately dia asyik kata cikgu paksa makan dekat sekolah..sy pun pelik agaknya cikgu kesian tgok dia sorg je tak makan.aiman kata semua kawan2 mkn kt sekolah.taun ni ramai plak tu anak2 iban..:)

    so far baru sehari je penuh.bangun sahur tak pernah miss.makan kemain berselera tp tak puasa.haha..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...