Follower

Monday, June 22, 2015

Catatan 5 Ramadhan ~ Ramadhan Kareem


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah, harini sudah 5 Ramadhan 1436H. Bermakna, sudah 5 hari umat Islam menjalani ibadah puasa dibulan Ramadhan tahun ini.
 
Kami sekeluarga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menghidupkan bulan Ramadhan dengan amal iabadat kepada rakan-rakan blogger dan pengunjung-pengunjung Jemari Asmara.
 
Ramadhan kareem..
 
 

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini anak-anak dah besar dan makin faham konsep berpuasa. Yusuf dah 11 tahun, Maryam pula dah 8 tahun. Tak banyak rengekan manja dari anak-anak terutama Yusuf. Maryam adalah sikit-sikit..

Sehingga semalam dan harini insyaAllah, hari-hari ibu masak untuk juadah berbuka. Belum lagi jejak ke pasar Ramadhan atau makan di luar. Yang tak jejak tu ibu lah, ayah ada juga mencari juadah-juadah sampingan terutama bila ibu masak ikan sebab Maryam suka ayam. Ada sekali tu ayah beli ayam golek..

Harap kerajinan ibu ni bertahan la. Hihi.. Takut awal-awal je rajin, hujung-hujung ke laut.

Itu baru bab makan, sedangkan itu bukan keutamaan dalam bulan Ramadhan pun. Dah nama pun bulan puasakan. Malah Ramadhan inilah peluang kita mengumpul sebanyak mungkin pahala kerana ganjaran yang diberiNya berganda-ganda.

Semoga Ramadhan ini mendidik hati-hati kami supaya lebih dekat dengan Allah swt. Semoga kami sekeluarga mampu istiqomah dengan amal ibadah bukan sahaja dalam Ramadhan tetapi dibulan-bulan yang lain juga..

Sekian catatan ibu, hingga jumpa lagi.

5 comments:

  1. anak2 dah besar..senang dh puasa kan..harap kerajinan ibu Yusuf maryam berkekalan sampai raya.hehe

    ReplyDelete
  2. sama lah kak zefa :) ina pun tak pergi bazar lagi setakat ni. Semua masak sendiri kat rumah. Walaupun letih, tapi puas hati hehehe

    ReplyDelete
  3. salam ramadhan sis....saya pon berazam xmo g bazar..tahun ni azam nk buat kuih raya sendiri juga..hihihi...

    singgah blogwalking :)

    ReplyDelete
  4. Samalah dengan akak, gigih memasak

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..sedar x sedar dh dipenghujung ramadhan pon kita

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...