Follower

Thursday, January 3, 2013

WHIPPED CREAM DENGAN LOGO HALAL JAKIM


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tahun lepas (padahal baru beberapa hari yang lepas.. ekekeke..), ibu buat entry tentang Choclova Tiramisu. Tiramisu simple dimple yang nampak sungguh cantik dan pastinya sangat sedap (kecuali anda bukan penggemar krim keju).

Bila tayang di blog biasanya ibu tayang juga di FB. Ada kawan tanya ibu guna whipping cream jenama apa? Ibu guna jenama ini..

v

v

v


Jenama Mauri..

Jujurnya ini kali pertama ibu jumpa yang bertanda halal JAKIM. Biasanya kalau ada pun, halal luar negara, kalau tak pun tak ada tanda halal langsung.

Oh ya, untuk resepi tiramisu biasanya orang guna dairy whipping cream, tapi teruja jumpa yang ada tanda halal JAKIM, ibu guna yang non dairy ni.

Apa beza di antara Non Dairy Wipping Cream ( Krim putar bukan Tenusu) dan Dairy Wipping Cream (Krim Putar Tenusu)? Ibu jumpa jawapannya dalam blog Kak Ita Masam Manis. Untuk baca klik SINI ya..

Sampai sini dulu catatan ibu, hingga jumpa lagi.

Wassalam..

11 comments:

  1. Salam kak..tiramitsu?? wah.tetiba terliur pulak.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ce buat ima, senang je.. cara kzefa cara sempoi je.. hihi..

      Delete
  2. wah..tiramisu memukau kalbu...mychef tetap tselit...;)

    ReplyDelete
  3. Kena cari jenama ni jugak lah...biasanya akak beli jenama lain...

    ReplyDelete
  4. memang susah nak
    jumpa.. beli kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya beli di kedai bakeri 2Ply.. yg saya tahu di selangor ada 3 cawangan, sg besar, klang (dkt pasar borong jln meru) dan banting :-)

      Delete
  5. Anak dara akakpun gunakan jenama ni. Ibunya kurang arif sebab tak rajin buat kek & yang sewaktu dgnnya. Baru tahu pasal perbezaan antara dairy wipping cream & non dairy wipping cream..

    ReplyDelete
  6. td cek kat Jakim..xda jnama halal utk whiping cream.tlg semak kat lawan web utk kpastian. takut sykt tu tipu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Melati, terima kasih utk teguran. Ibu baru cek, memang tak ada utk whipping cream utk jenama ni tapi ada utk jenama Royal. Wbmp, syarikat AB Mouri ni tersenarai dlm syarikat yg mempunyai pengesahan sijil halal utk produknya. InsyaAllah, sama2 kita cari jawapan utk pengesahan halalnya ya..

      Delete
  7. berape harge tu whipping cream ni ye?

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...