Follower

Friday, August 10, 2012

RESEPI KOKTAIL SEGAR


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Petang Jumaat yang permai.. Ibu Yusuf dengan sukahati nak buat entry pencetus idea lagi. Mana tahu, ada yang tercari-cari menu berbuka petang ni. Cuma ibu bukan nak cakap pasal lauk, tapi pasal air untuk berbuka puasa.


 Koktail segar Jemari Asmara..

Ini sebenarnya ibu pun dah lupa buat bila. Nampak sangat gambar ni dah lama terperam baru nak ditayang. Biasanya orang buat koktail sebagai dessert kan, kuahnya ala-ala pekat gitu. Guna susu cair dalam tin..

Tapi kalini, ibu buat lain sikit dan sedikit cair sebab nak buat sebagai air minum. Segar je bila lalu ditekak, sebab tu ibu bagi nama 'Koktail Segar'.. Resepinya simple je..

RESEPI KOKTAIL SEGAR

Bahan-bahannya: 

1 tin buah-buahan campur (koktail)
4 biji strawberry dipotong 4 (boleh guna buah lain juga)
500ml susu kotak (ibu guna susu Dutch Lady)
1 cawan air berkarbonat perisa ais krim soda
Ketulan ais secukupnya

Cara-caranya:

Campurkan semua bahan di atas. Sedia dihidangkan dan pastinya menyegarkan.

Nota ibu: Lepas buat ibu masuk dalam peti sejuk, bila nak hidang baru letak ais.



Versi dalam jug..

Selamat mencuba..




19 comments:

  1. sedap2....saya pun kdg2 guna susu cair + air ais krim soda hehe

    ReplyDelete
  2. Zefa buat kakak tertelan air liur dibulan puasa nie hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aduh!! Ampun kak, niat suci sy nak syer idea buka puasa..

      Delete
  3. zefa...mana aci tayang air cenggini time2 posa ni...glulpppppppp...tgugat tekakku...oh tidak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, sorang lg kakak ku dah komen. Ampunnnnnnnnnn..

      Delete
  4. aduh! nampak sgt sedap, tp yus tak minum ais sangat di bulan puasa ni. Kalau teguk pun sikit je, lebih prefer air panas....

    ReplyDelete
  5. lambat lagi ker berbukaaaa..huhuhhh macam budak tecikkan

    ReplyDelete
  6. sejuk anak tekak tengok air ni...dh lah panas ni...hihi

    ReplyDelete
  7. hhoiihhh...
    entry buat org terliur diptg hari..

    (kak..email kat dayah contact no akak)

    :)

    ReplyDelete
  8. nyum..nyum..nyum....sedapnya..telan air liur nie.....12 min lg nk brbuka.....

    ReplyDelete
  9. Tergoda lagi.. Insyaallah esok bolehlah buat..

    ReplyDelete
  10. Nasib baik dah berbuka puasa... bagus juga idea ibu yusuf ni, nnt lehlah marya cuba2 buat :))

    ReplyDelete
  11. tergoda ni.. blh try nanti.. thanks ye

    ReplyDelete
  12. menarik ni zefa...nampak segaarrr sangat :-)

    ReplyDelete
  13. Mmg sedap ni minum sejuk2. Skrg tak minum ais sgt. Pantang2kan diri ;)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...