Follower

Monday, November 21, 2011

Bukan Lagi Genius Aulad


Assalamualaikum wbt..

Entry ini adalah jawapan kepada entry Maryam Nabihah @ 2012: Genius Aulad Atau ********??


Lama ibu berfikir dan berfikir. Agak lama juga mencari jawapan. Akhirnya hari ini ibu membuat kata putus. Pagi tadi ibu sudah mendaftar persekolah Maryam tahun hadapan di sekolah lain, bukan lagi Genius Aulad.. Secara kebetulan, pihak pengurusan Genius Aulad juga menghubungi ibu pagi tadi, untuk kepastian samada Maryam akan meneruskan persekolahan di GA atau tidak. Dan ibu jawab; tidak.

Jangan salah faham, ibu tidak hantar Maryam ke Genius Aulad pada tahun hadapan bukan kerana GA tidak bagus. GA sangat-sangat bagus. Guru-gurunya sangat-sangat baik. Guru-gurunya lembut-lembut belaka. Maryam menunjukkan perkembangan yang sangat baik sepanjang berada di GA. Terima kasih yang tak terhingga buat semua pendidik GA.

Cuma ibu sedikit terkilan, tiada apa-apa kenangan bersama GA dihujung tahun kerana murid 4 tahun tidak dilibatkan dalam program Little Ihtifal.Tapi ini bukanlah sebabnya..

Berbalik cerita asbab, sebab utama adalah masalah pengangkutan. Dari sekecil-kecil isu hinggalah isu yang besar iaitu masalah keselamatan. Air mata ibu juga pernah tumpah hanya kerana kenderaan. Paling sadis, ibu pernah tanpa sengaja meninggikan suara pada pemandu van GA kerana suatu isu. Tak perlulah ibu cerita dengan lebih lanjut di sini, biarlah hanya memori merakam cerita ibu. (Kebetulan juga, baru terbaca catatan seorang ibu yang menerima surat peguam kerana bercerita secara telus tentang tadika anaknya di blog - (bukan Genius Aulad)).


 Sebab musabab yang lain ada ibu nyatakan di SINI.

Maryam Nabihah.. anak yang buat ibu bahagia dengan kecerdasannya. Namun, ada sesuatu padanya yang buat ibu berduka. Semoga, 'penghijrahan' ini merupakan satu 'penghijrahan' yang positif baginya.. Sama seperti bahagia yang ibu rasa semasa 'penghijrahan' Muhammad Yusuf Nabhan suatu ketika dahulu..

Ibu sentiasa mendoakan yang terbaik buat anak-anak ibu. Semoga anak-anak ibu berjaya di dunia dan akhirat. Amin..


9 comments:

  1. all the best buat maryam kat tempat baru tahun depan :-)

    ReplyDelete
  2. as salam, teringin nak hantar anak. tapi, jauh dari rumah.

    ReplyDelete
  3. Fahamm...

    Ummi pun pernah berada dalam dilemma bila memikirkan apa yg terbaik utk sang puteri..
    Kuatkan semangat, i know it's the best for your lovely daughter,..

    ReplyDelete
  4. Apapun keputusan, hope semua yang terbaik. Insyaallah.. next year my 2 princeses school kat Tampin, no more bb sit fiza,.

    ReplyDelete
  5. Semoga maryam bertambah maju ditempah yg baru..insyaallah

    ReplyDelete
  6. all the best buat maryam..semoga maryam dapat suaikan diri dgn new school, new environment, new friends and teachers :D

    ReplyDelete
  7. InsyaAllah, walau dimana dicampak, jika mutiara ia ttp bersinar....

    Pengalaman akak yg mana 3 farah yg ketiga2nya pernh ditawarkan ke asrama penuh trpaksa menolak krn ayah xsnggup brpisah dgn anak2..Alhamdulillah w.pn brsekolah disk harian mrk brtiga ttp cemerlang..syukur.....yg pting usha anak2 tu sndiri dan motivasi dr kita.........

    ReplyDelete
  8. setuju dengan kak nza,sekolah cuma menuntut ilmu,yg penting kesungguhan anak2 utk belajar dan dorongan kita sebagai ibu bapa..

    emm smp terima surat peguam..macam2 hal!

    apa pun semoga maryam terus cemerlang walaupun berhijrah..:)

    ReplyDelete
  9. ikut kata ayah..yg pnting anak2 tahu mengaji dan menghafal al-quran..anak2 yg menghafal Quran boleh menarik 10 ahli keluarga ke syurga.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...