Follower

Friday, September 9, 2011

Maryam Nabihah @ 2012: Genius Aulad atau **********??

Assalamualaikum wbt..

Sahabat-sahabat pengunjung blog ibu yang dikasihi..

Terasa tak, bahawa masa begitu pantas berlalu? Pejam celik, pejam celik, dah di Bulan September dah kita. Nanti pejam celik, pejam celik, berakhir pula tahun 2011 ni. Mudah-mudahan kita diberi peluang lagi oleh Yang Maha Esa untuk memanfaatkan setiap detik dan masa yang dianugerahkan kepada kita..

Antara perkara yang mula untuk dipertimbangkan oleh ibu sekarangni, adalah tentang persekolahan anakanda solehah ibu Maryam Nabihah nan seorang itu.. (Maryam Nabihah ye yang nan sorang tu, anakanda solehah harap-harap bertambah lagi.. hehe..)

Tahunni, Maryam Nabihah 4 tahun. Ibu hantar dia sekolah di Genius Aulad. Tahun depan? Hmmm.. ibu tengah fikir-fikirkan lagi. Kalau tanya yang empunya badan, katanya; "Adik nak sekolah Genius Aulad".

Kenapa ibu perlu fikir tentang sekolah lain? Genius Aulad tak okey ke? Eh, bukan begitu.. Alhamdulillah, anakanda solehah ibu menunjukkan perkembangan yang sangat baik sepanjang hampir 9 bulan bersekolah di Genius Aulad.

Ini adalah beberapa sebab mengapa ibu berfikir tentang sekolah lain:

1. Perjalanan Pra Sekolah Maryam Nabihah masih panjang. Ada 2 tahun lagi iaitu 2012 dan 2013. Ibu bimbang dia bosan jika masih disekolah yang sama.

2. Ibu sedang mengintai Tadika yang menekankan hafazan. Mudah-mudahan hati anak ibu lebih terang dengan ayat-ayat suci Al-Quran di dada; Genius Aulad tak bimbing hafazan ke? Bimbing.. Cuma ibu nak beri penekanan yang lebih.

3. Masalah pengangkutan. Ibu dan ayah sama-sama berkerja. Anak ibu kecik-kecik lagi dah kena naik van ke sekolah. Masuk kelas jam 1.30 petang. Tapi seawal jam 12.00 lebih van dah sampai. Semalam jam 11.50 van dah sampai. Balik sekolah jam 4.30 petang, tapi jam 5.00 lebih baru sampai taska semula, sebab budak ramai. Padahal dekat je Genius Aulad dengan rumah. Kesian anak ibu.. (huhu.. mulalah nak emo. Sensitip betul lah ibu Yusuf dan Maryam ni..) Jadi, samada nak cari sekolah dan taska di tempat yang sama, atau nak cari tadika yang dekat-dekat sahaja.. Kos pun dapat dijimatkan. (Yuran van GA RM60.00 sebulan)

4. Mengambil kira cadangan ayah. Ayah cadangkan hantar Maryam sekolah di Tadika Al Hidayah je.. Sekolah Yusuf Nabhan dulu, depan rumah je. Suara cikgu ngajar pun boleh dengar dari rumah.. Ayah kata yuran pun murah tak sampai RM100.00 sebulan. Kos kenderaan ke taska pun dalam RM30.00 je sebulan. (Yuran GA RM238.00 sebulan)

Sehingga harini, ibu terus berfikir-fikir mencari jawapan. Dipihak ayah, ayah lebih menyarankan tadika biasa-biasa (Bagi ayah GA mahal!! Kos sebulan kurang 2 hengget RM300.00 tuu..) Ayah kata Yusuf dulu sekolah biasa-biasa aje, tapi melangkah ke tahun 1, sudah pandai baca, sudah pandai mengaji, dan hafaz beberapa surah lazim.

Ibu hanya nak yang terbaik untuk anak-anak ibu. Sahabat-sahabat, ada pandangan?

Okeylah, sebagai perhiasan n3 ibu kalini, ibu tepek gambar budak Genius Aulad ni haaa.. Gambarni diambil masa kami cuti, jadi merasalah dia ayah hantar pergi sekolah. Hari-hari biasa naik van... :-(


Amboi.. Gaya apakah namanya ini? Hehe..


Senyum simpul.. :D

Aik.. tengok apa pandang sana?


Terima kasih singgah blog Jemari Asmara. Sudi-sudilah bagi komen yer.. :D

@@@@@@@@@@@

7 comments:

  1. amboi comelnya dia ni :) err, tak tahu nak bagi pandangan apa kak sebabnya auni belum bersekolah lagi hehe...apa pun, pilihan di tangan akak.

    * Kalau saya, memang banyak faktor yang perlu difikirkan. Kos masa, tenaga, wang ringgit....moga apa yang kita laburkan untuk anak akan mendapat pulangan yang baik di akhirnya nanti :)

    ReplyDelete
  2. Kadang2 pening memikirkan masa depan anak2 kan. Sbb kita yg menentukan masa depan mereka...

    ReplyDelete
  3. buatla yg terbaik untuk anak akak.......akak cuba dulu hantar tadika depan umah tu dulu...tgk perkembangan macamna....belum cuba belum tahu kan kak....

    ReplyDelete
  4. izan pun selalu fikir mcm tu kak,takot anak bosan..semoga akak dpt buat pilihan terbaik utk maryam yg comel tu :)

    ReplyDelete
  5. semua ibu nak yg terbaik utk anak mereka.reben maryam yg beso tu comel.hehe..

    ReplyDelete
  6. kawan2, thanks ya sudi komen dan bg pandangan.. :D

    ReplyDelete
  7. dah bace entry ni tapi baru sempat komen..

    sek yg teknkn hafazan yg mane kak?

    tapi kalau alhidayah byk kelebihan..ikut ayah jelah bu..abg pun dah tunjukkn cth yg terbaik ;)

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...