Follower

Monday, March 5, 2012

BAYANG BATANG DI BALIK KAIN..


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Ini bukan entry lucah. Tidak sama sekali.. Namun 'batang' yang dimaksudkan memang 'batang' manusia. Kain yang dimaksudkan memang kain yang dipakai manusia.

Ibu berhajat buat entryni dari minggu lepas lagi. Tetapi tertangguh hingga kehari ini.. Itu pun setelah puas memikir tajuk yang sesuai. Dan akhirnya ibu pilih tajuk yang agak 'kontroversi'. Hahaha..

Tugasan ibu adakala memerlukan ibu melangut di hadapan tangga. Hah? Buat apa melangut? Hmmm, abaikan. Inilah tangganya..


 Ini tangga sebuah Mahkamah Majistret di dalam Negeri Selangor. Lokasi ibu rahsiakan lah ye..

Lama juga ibu duduk depan tangga ni sementara tunggu OKT sampai. Sempatlah melihat macam-macam gelagat manusia. Temasuklah 'bayang batang dibalik kain'. Hahaha.. Dapat tangkap tak apa yang ibu nak cerita?

Pada yang dapat tangkap tu jangan pula kata ibu nak mengarut pula. Ini entry berpesan-pesan okey. Ye lah, ibu Yusuf ni pun kadang-kadang malas juga nak pakai kain dalam (eiii.. terus terangnya dia..) kalau pakai kain yang tebal dan gelap.

Berbalik pada batang-batang yang ibu nampak tu.. Yang pakai baju kurung okey lah lagi. Yang pakai blaus? Paras pinggang je pulak tu. Ce bayangkan batang yang nampak dari pangkal mana ke mana?

Tahulah awak kerja kat mahkamah, pakai kain warna hitam. Tapi hitam tak mesti cover bayang cik kak oiiii. Aduh!! Malu ibu tau, dah la assistant ibu (lelaki) pun duduk sebelah ibu. Mesti dia pun nampak kan? Kan? Kan?

Firman Allah swt dalam Surah Al Ahzab ayat 33 yang bermaksud;

"Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai "Ahlu Bait", dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji). 

Firman Allah swt lagi dalam Surah Al Ahzab ayat 59 yang bermaksud:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu,anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu.Dan (ingatlah) allah adalah maha pengampun lagi maha mengasihani. 

Jelas, hukum menutup aurat adalah WAJIB!!

Aurat tu maknanya keaiban. Kalau kita tak tutup aurat kita, maknanya kita mempamerkan keaiban kita.

Aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. Menutup bukan sekadar membalut tubuh dari terzahir kulit, namun pakaian wajiblah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.

Ingat ye ibu Yusuf, baju awak tu pun dah ada yang ketat sebab awak tu dah gemuk sekarangni!!

Moralnya, sama-samalah kita semua istiqomah menutup aurat dan jangan lupa pakai kain dalam ye kawan-kawan. Sama-samalah kita lindungi apa-apa yang patut dilindungi.

 Ps: Sekadar berpesan-pesan ke arah kebaikan. Untuk diri sendiri terutamanya..




13 comments:

  1. Salam...terima kasih atas ingatan. Kdg2 kita slh tafsir kperluan thadap ssuatu pkara. Jadilah kita sambil lewa. (tegur diri sy sndiri ni).

    ReplyDelete
  2. Ishh saspen je..hehe, pasal tu lah saya suka pakai kain dalam walaupun kain tu kaler hitam or gelap sekalipun.

    ReplyDelete
  3. salam ziarah balas dan follow...

    memang lah kan...kalo dilihat pakaian wanita Muslim sekarang ni...makin lama makin parah...bukannya nak cakap diri sendiri sudah sempurna, tapi, makin takut dengan apa yang berlaku

    ReplyDelete
  4. sekarang nie macam-macam fesyenkan....sama-samalah kita beringat...

    ReplyDelete
  5. ha..btl 2..aurat mst kne tutup..jgn ditonjol2 kn..

    ReplyDelete
  6. Pesanan yg baik kena selalu diingatkan bukan utk diri sendiri tetapi juga sesama umat. Memang senario ini banyak dah... sedih:(

    ReplyDelete
  7. Terima kasih kerana mengingatkan..sy klu dh gemuk mmg malu nak pakai baju ketat2 lg..tp tu lah malu sbb bentuk tubuh,bukan malu dengan dosa Allah.

    Astagfirullah...

    ReplyDelete
  8. tu la. saya kain tebal ke tak ke mesti nak guna jugak kain dalam. dah terbiasa.

    ReplyDelete
  9. yelah kak zefa... husband izan pun selalu cerita kalau customer perempuan yg keluar masuk bank macam2 fesyennya. kadang2 dah serupa hampir b***l. bukan setakat nampak batang dlm kain. yg atas pun jelas nmpak warna apa pakaian dlm mereka wpun kononnya bertudung... malu sgr rasanya dgn kaum sendiri....

    ReplyDelete
  10. itulh sebaiknya...sntiasa ingat mengingat sesama kita.....

    ReplyDelete
  11. Bagus Zefa buat entry ni..
    Saling mengingatkan..
    Sekarang makin ramai yang pelupa.
    Pakai baju & kain jarang tapi terlupa pakai yang dalam.
    Bagi akak kalau x pakai kain dalam rasa macam x pakai apa2..

    ReplyDelete
  12. tajuk memang kontroversilah kak zefa hehhe..tapi memang hakikatnye banyak yg mcm tuh..aduhaii bermacam batang ade..batang balak, batang kelapa semue ade..kesian pun ade..nak tegur takde kekuatan..T_T

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...