Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sudah 16 hari kita berada ditahun 2013.. Bagai baru je berlaku sambutan malam tahun baru 2013. Awak semua dimana pada malam tahun baru ni? kami di sini..
v
v
Dimana ya? Ahahaha.. Tak payah cerita lebih-lebih lah ye.. Yang pasti kami bersama-sama 120,000 ribu orang yang lain di sini dengan niat mencari santapan rohani. Mendengar pesanan-pesanan dari ilmuan-ilmuan yang semoga menjadi panduan dan bimbingan kepada kami. Tiada niat lain selain itu..
Melangkah tahun 2013, dalam perkiraan tahun anakanda Maryam Nabihah sudah berusia 6 tahun, tapi untuk genap mengikut bulan kelahiran adalah pada 16 Ogos 2013 kelak..
Melangkah tahun 2013, dalam perkiraan tahun anakanda Maryam Nabihah sudah berusia 6 tahun, tapi untuk genap mengikut bulan kelahiran adalah pada 16 Ogos 2013 kelak..
Terasa baru mengandung dan melahirkannya, syukur alhamdulillah di hadapan ibu seorang anak yang sihat dan membesar dengan cerdas. Syukur, syukur, syukur ya Allah..
Sekali imbas, ibu teringin nak catatkan di sini sedikit pencapaian yang telah Maryam capai sepanjang tahun 2012. Catatan seorang ibu untuk kenangan dihari kemudian.
Juga, mulai tahun ini ibu akan letakkan target untuk anak-anak. Sebenarnya, target untuk diri ibu juga. Sebelum-sebelumni bukanlah tak ada target, tapi lebih kepada apa orang kata 'just follow the flow'.
Jika di tempat kerja kita ada KPI (key performance indicator), tak salah malah lebih baik jika dalam pengurusan anak-anak dan keluarga juga kita ada KPI. Kan?
Paling bermakna apabila 2012 merakamkan kejayaan anakanda menamatkan bacaan Kitab Iqra' dalam usia 5 tahun. Ibu tak mahu bezakan dengan anak-anak orang lain yang lebih hebat, pencapaian setiap anak-anak memang berbeza. Tapi sebagai seorang ibu, pencapaian ini benar-benar buat 'sejuk perut ibu' mengandungkannya.
Sekarang kami teruskan pembelajaran dengan melancarkan bacaan dengan surah-surah lazim (Muqaddam) terlebih dahulu. Target ibu untuk 2013, Maryam akan mula membaca Al Quran sebelum dia menyambut hari kelahirannya yang ke 6 kelak.
Sama juga seperti anakanda Yusuf dulu, tamat je Iqra' ibu tahan dulu sebelum naik Al Quran. Bila dah lancar surah-surah lazim, baru naik Al Quran. Sekarang syukur, bacaan Yusuf mendapat perhatian pihak sekolah.
Eh.. Masuk cerita anakanda Yusuf pula, ini entry tentang anakanda maryam la ibuuu.. Ahahaha.. (semenjak duani ibu suka ketawa ala manja gitu dalam penulisan.. ahahaha..)
Lagi pencapaian 2012 yang buat ibu bangga dengan Maryam (maaf le kalau macam puji lebih-lebih.. sekadar rakaman kegembiraan seorang ibu..) apabila dia boleh membaca dengan lancar pada usia 5 tahun. Lebih menggembirakan ibu, pencapaian ini dicapai dirumah. Sebab kali terakhir pertemuan ibu dengan guru Bahasanya di sekolah, dia baru Bacalah Anakku Siri 3. Dekat rumah dia dah khatam sampai siri akhir. Sekarang baca surat khabar pun dah boleh baca dengan lancar.
Target 2013, ibu nak dia lancar dalam pembacaan Bahasa Inggeris pula. Masa sekolah di Genius Aulad dulu, pembacaan Bahasa Inggerisnya sangat memuaskan walaupun masa tu baru usia 4 tahun. Tapi, bila masuk Tadika Islamni, Bahasa Inggerisnya agak ketinggalan. Sekarang ibu dalam misi mengintai kelas tutorial di Smart Reader. Jika tiada aral melintang, Maryam akan menghadiri kelas tuisyen untuk Bahasa Inggeris dihujung minggu.
Gambar lama.. pencapaian bacaan Bahasa Inggeris maryam semasa di Genius Aulad. Ibu ada kongsikan dalam entry Genius Maryam @ Genius Aulad..
Lagi target ibu untuk 2013, ibu nak Maryam lebih kerap bertudung. Ibu pun dah mula banyakkan koleksi tudung untuknya dengan bermacam-macam warna. Biar dia rasa seronok bertudung. Oh ya, ibu ada jual tudung kanak-kanak tau. Nak tengok klik SINI ya.
Antara gambar terbaru.. Stylo tak saya aunty-aunty semua?
Lagi antara gambar terbaru.. Gambar ni diambil di Taman Botani Negara Shah Alam..
Bagaimana pula dengan persekolahan Maryam untuk tahun 2013? Tahunni kami putuskan untuk dia terus bersekolah di Tadika Islam Al Hidayah. Sekolah tadika Islam yang sangat sederhana dan biasa-biasa, tapi insyaAllah guru-gurunya mampu membekalkan ilmu agama untuk anak-anak didikan di sini.
Selebihnya, ibu bapa perlu memainkan peranan. Tiada istilah salahkan sekolah sekiranya anak tak pandai, kerana guru dan ibubapa perlu memainkan peranan masing-masing. Kan?
Gambar kenangan dihari pertama persekolahan untuk sesi 2013. Maryam sudah cukup matang dihari pertama untuk tahun ketiga melangkah ke sekolah tadika..
Ramai kawan-kawan ibu, malah saudara mara juga, ingat Maryam dah tahun 1 tahunni. Sebab rasa dah lama dia sekolah tadika.. Yelah, 3 tahun kan. Ramai yang kata jangan hantar anak sekolah tadika awal sangat, nanti bosan. Tapi alhamdulillah, Maryam sikit tak tunjuk yang dia bosan ke sekolah.
Ibubapa dihari pertama persekolahan..
Termasuk ibu dan ayah Maryam ada di sini. Walaupun untuk tahun ketiga, tapi kami masih semangat nak hantar dia bersama-sama pada hari pertama.
Sampai di sini dahulu catatan ibu. Panjang umur ibu akan buat entry untuk anakanda Yusuf pula.
Jumpa lagi dan salam sayang buat semua.. :-)
Good luck untuk Maryam semoga terus berjaya yea
ReplyDeletesemoga terus cemerlang ya Maryam, dan ibunya dapat mencapai target yang di letakkan...amin.
ReplyDeletebetul kak zefa kalau ade target kite akan berusahe utk target tukan..mudah2an maryam akan terus sukses! tahniah ibu ayah yang walaupun bekerje masih ade mase kualiti dgn anak2..kite bangge dgn akak! inspire me more!
ReplyDeletealhamdulillah sejuk perut ibu mengandung..comel maryam.ada iras2 kak zefa kan
ReplyDeletesejuk ibu mengandungkan maryam..anak yg bijak dan cemerlang..:)
ReplyDeletebetul kata akak, ibu bapa mainkan pernaan yg penting,nak harapakan cikgu kt sekolah je mmg ssh anak kita nak cemerlang..lainlah anak kita mmg dh dilahirkan genius..:)
Lama tak baca cerita Yusuf & Maryam.. Moga kedua-dua anakanda terus cemerlang dan membahagiakan ayahanda dan bonda..
ReplyDeleteSetuju dgn Zefa.. guru dan ibu bapa perlu memainkan peranan masing-masing dlm mendidik anak2..
Untung Maryam dapat ibu yang prihatin dan penyayang.. Moga Maryam membesar jadi anak yg solehah & bijak..
ReplyDelete