Assalamualaikum wbt..
Semalam ibu masuk ke pejabat sedikit lewat. Masih teruja untuk 'mengintai' anak dara nan sorang di hari kedua persekolahan di samping memastikan perjalanannya balik dari Tadika dengan menaiki van sekolah terancang dengan baik.
Sebagai seorang bekas guru tadika (tapi tu cerita lamala, masa mula-mula habis belajar dulu..) ibu begitu memahami bahawa sukarnya mengawal anak-anak pelajar selagi ibu bapa masih 'menebeng' di hadapan pintu.
Maka, walau hati sangat teruja mahu melihat anak melalui sesi pembelajaran, ibu Maryam hanya berada di hadapan pintu tidak lebih 3 minit. Kemudian ibu mengundur dan memerhati jauh dari muka pintu. Dan bila guru-guru mula main peranan ibu masuk dalam kereta dan memerhati anakanda dari jauh. Sambil memanjarkan doa pada Ilahi, agar Maryam dapat melalui hari-harinya dalam pencarian ilmu berjalan dengan lancar dan baik.
Bukan sekadar mengintai anak kesayangan sendiri, namun turut mengintai gelagat sebahagian ibu bapa yang masih enggan berganjak dari muka pintu. Kalau di GA awal-awal dah kena 'halau' dah parents. Siap ada notis dilarang berada dalam kawasan sekolah dari sekian masa ke sekian masa lagi. Dalam hati ibu mula berkata, Cikgu Al Hidayah ni terlalu berlembut dengan ibubapa sebenarnya.
Gambarni ibu ambil pada hari pertama. Tapi suasana hari kedua masih sama seperti ini.. Lebih kurang la..
Gambarni ibu ambil pada hari pertama. Tapi suasana hari kedua masih sama seperti ini.. Lebih kurang la..
Tetapi dialog guru yang diikuti dengan suara nyaring anak-anak sangat mengejutkan ibu. Yaa, terkejut tapi suka. Sampai rasa nak tepuk-tepuk tangan. Sampai gegar-gegar Viva Elite ibu, sebab ibu gelak guling-guling dalamnya. Ha ha ha.. (Tak adalah, ibu Maryam gelak sopan je.. hi hi..)
Dialognya lebih kurang macamnilah.. Tak 100% sama, tapi hampir-hampirlah:
Cikgu : Jom kita babai ibu ayah.. Babai ibu.. Babai Ayah..
Murid : Babai ibu.. Babai Ayah.. (sambil tangan melambai-lambai pada ibubapa yang masih berada di muka pintu. Maryam pun ibu teropong lambai-lambai juga, padahal ibu ayah dia bukan ada kat situ pun.. haha..)
Cikgu : Kita babai lagi.. Babai ibu.. Babai Ayah..
Murid : Babai ibu.. Babai Ayah.. (masani ibu pun lambai-lambai juga dari dalam kereta.. kih kih.. padahal Maryam bukan nampak pun)
Cikgu : Ayah pergilah kerja..
Murid : Ayah pergilah kerja..
Cikgu : Adik okey aje..
Murid : Adik okey aje..
Cikgu : Ibu tunggulah dalam kereta..
Murid : Ibu tunggulah dalam kereta..
Cikgu : Kita babai lagi.. Babai ibu.. Babai Ayah..
Murid : Babai ibu.. Babai Ayah..
Ha ha ha ha.. Hati ibu betul-betul tercuit geli hati. Ada ibu bapa yang memahami dan beredar. Ada ibu bapa yang berganjak sedikit dan menjauhi muka pintu. Tapi ada juga yang tak faham-faham dan enggan berganjak dari muka pintu. Yang duduk sekali dalam kelas pun ada.
Bercakap tentang 'teruja' ibu sangat-sangat memahami perasaan itu. Memang kalau boleh memang nak duduk sekali dalam kelas tu melihat bagaimana anak kita belajar. Tapi, sebagai ibubapa haruslah ada batas-batasnya. Biarkan anak-anak kita bersama guru-guru mereka.
Nak intai boleh je.. ibu Maryam pun intai juga anak dia. Tapi tak adalah duduk depan pintu lama-lama. Kemudian sambung teropong dalam kereta. Jadi, tak adalah menggangu cikgu-cikgu. Kan? Kan? Kan?
Jadi, buat guru-guru Tadika di luar sana, agak-agak nak ikut tak cara guru Al Hidayah ni? Ngeh, ngeh, ngeh..
Ps: Maaflah kalau istilah halau tu nampak kasar, tapi itu je yang tercapai di akal ibu subuh-subuh ni. Kejap lagi nak masak nasi lemak. Malam tadi keluarga ayah dari Terengganu sampai dan insyaAllah akan berkampung di Shah Alam beberapa hari.
Jumpa lagi!
Jadi, buat guru-guru Tadika di luar sana, agak-agak nak ikut tak cara guru Al Hidayah ni? Ngeh, ngeh, ngeh..
Ps: Maaflah kalau istilah halau tu nampak kasar, tapi itu je yang tercapai di akal ibu subuh-subuh ni. Kejap lagi nak masak nasi lemak. Malam tadi keluarga ayah dari Terengganu sampai dan insyaAllah akan berkampung di Shah Alam beberapa hari.
Jumpa lagi!
Hehehe, yelah parents pun kena agak-agak la kan..kena letak kepercayaan pada cikgu..
ReplyDeletehahaha..mmg nakal la kak zefa..tp tu je la kot cara yg terbaik..if mak ayah xfham lagi xtaulah... =)
ReplyDeletewahaaaha...kita tumpang gelak!! memang pandai sungguh cikgu tadika Al-Hidayah tuu (memang lah cikgu pandai eheeeh...)..Sambung gelak lagi hiiii...patut ditiru oleh cikgu2 lain jugak :-)
ReplyDeletehehehe..i like it tooo ;) pandaila cikgu diorang..
ReplyDeleteklu ya kt pra sekolah cina,ibu bapa melayu je yg still tgk anak2 lagi,yg kaum cina tgk tak lama pun,tapi syukurla kejadiaan tu hanya pada hari pertama sekolah je,sb ya gtahu parent dorang,ya ada untuk tgk2 kan ank dorang....
ReplyDeletebaguslah tindakan akak tu tgk maryam hanye sekejap je...
Senyum sorang2 baca entry Zefa ni. Pandai cikgu kat situ. Tentunya mereka tak selesa kalau ibu bapa menunggu macam tu. Anak dh ok buat apa tunggu2 lagi kan.
ReplyDeletesaya sok xtau la cane gaya..haha
ReplyDeletehehe.. pandai juga cikgu2 al-Hidayah buat macam tu ye. nasib baiklah anak2 saya 1st day aje dah terus naik van sekolah... tak dpt tgk ada ke tidak parents yang macam tu kat sekolah... menebeng kat muka pintu kelas...
ReplyDeleteoh mertua dtg rumah..:)
ReplyDeletekehkeh bagus juga cara tu,kalau sy mmg malu gila n terus blah..ada gak ekk yg tak faham bahasa.kihkih..
hahaha...pandai ckgu tu ya...tapi ada jugak ibu bapa yg tak faham2...
ReplyDeletewah...suka juga cara mcm ni hehe. mmg sepatutnya ibu bapa ni tak perlulah nak tunggu lama-lama depan pintu tu. mmg betul2 mengganggu guru dan anak2 nak belajar sebenarnya...
ReplyDeletesukanya dailog tu... dengan cara ni semua akan fahamkan... tapi masalahnya ada juga ibu yang x faham faha.. hehehe.. agknya itu baru pertama kali anknya di bangku persekolahan kut... macamana pun nk jugak tengok anak di dalam kelas tu..
ReplyDeleteye zefa, mmg cikgu xselesa bila ada ibu bapa diluar memantau anak2...semua cikgu akn rasa mcm tu..ttp alhamdulillah kt sk akak mmg xpernah jadi kes mcm tu..ibu bapa dh faham situasi..bila hantar anak diluar pagar je w.pn mrk baru masuk thn 1..itu arahan pihak sk......moga ibu bapa fahamkan....
ReplyDeletememang respect...nih baru dikatakan...tarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.
ReplyDeleteEmm betul tu kalau ibu bapa dok terpajak kat depan pintu kelas. cikgu pun jadi segan nak mengajar...tul tak... Zie walaupun ubah dina ke taska lain tapi tak pernah jenga dia pun.. pandai lah cikgu tu nak handle kalau anak kita wal hal... kalau dah keterlaluan sangat nanti dia call lah kita apa susah.. kan?
ReplyDeletehahaha gelak baca entry nie, semua ibubapa punyai pengalaman macamnie kan waktu anak2 mula sekolah, teruja dan terlampau teruja... pandai cikgu tu i like hehe
ReplyDeletehehhe.. LIKE very much..
ReplyDeletekat tempat kakyong ni makbapak xde pun yg tunggu anak.. serius, mungkin sebb semua bekerja @ susah nak dpt cuti.. almaklum ni kawasan kelas rendah & pertengahan..
susah jugak kalau parents tak paham. tp sy akan pujuk Alya sblm balik. mmg dia tak menangis stkt ni. tp sy akan bgtau reason kenapa sy tgglkan dia dan kenapa dia perlu ada kat sekolah.
ReplyDeleteMesti pening guru-guru nak memikirkan cara berhemah agar ibu bapa beredar...hehe.
ReplyDeleteKita sebenarnya kena yakin dengan anak-anak....
Eheh..satu cara yg berhikmah jugak tu, ibu..;))
ReplyDelete