Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Macam baru je buat entry buah hati ibu ni masuk tadika, tup tup dah buat entry dia tamat tadika. Besar dah anak ibu..
Maryam mula masuk tadika masa umur 4 tahun di Genius Aulad, kemudian sambung di Tadika Islam Al Hidayah masa umur 5 dan 6 tahun. InSyaAllah, bakal melangkah ke tahun 1 pada 2014..
Alhamdulillah, Maryam sudah boleh membaca dengan lancar, boleh menulis walaupun kadang-kadang salah eja, boleh mengira secara asas, sudah tamat Iqra' dan sudah mula mengaji Al Quran..
Kecik-kecik dan konvo.. Ehehe..
Majlis konvo tadika Maryam berlangsung pada 16 November 2013. Ibu sangat takut tak dapat hadir sebab takut bertembung dengan program pejabat. Tapi alhamdulillah, Allah izinkan juga untuk ibu hadir.
Gambar tak banyak sebab ibu teruja rakam video. Maryam berlakon dalam majlis tu. Tapi Video pun ibu rakam putus-putus sebab lama, dan ibu tak tahu nak mengeditnya.
InSyaAllah, kalau ibu berjaya menggodeknya, ibu kongsikan di sini. Kalau tau, tak delah ye. Hihi..
Salam sayang buat semua. Jumpa lagi..
Tahniah Maryam... bakal masuk alam persekolahan yg nyata pula... sama dengan anak akak Nabil, in sha Allah nak masuk kan Nabil ke Maahad Tahfiz pula sambung pengajian tahfiz disitu pula :)
ReplyDeleteTahniah Maryam,thn depan dah sekolah thn 1.
ReplyDeleteAlhamdulillah tamat sudah tahun depan dah masuk sekolah,.... moga menjadi anak yg cemerlang..
ReplyDeletetahniah pada Maryam..jadi anak solehah ya sayang
ReplyDeletetahniah maryam..rindu cerita anak solehah ibu ni tau
ReplyDelete