Follower

Wednesday, August 27, 2014

Kenangan Ketuk-Ketuk Aidilfitri iREACH Family


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syawal dah pun melabuhkan tirainya. Maghrib tadi dah masuk pun 2 Zulkaedah 1435H. Aduhh.. Entry raya tak habis masuk blog lagi. Maka malam ni gigih mengapdet Jemari Asmara.

Ini kisah 10 Ogos 2014 yang lepas, kami menghadiri jamuan hari raya anjuran Master Lyna Noh dan Master Zainul Anuar untuk ahli Shaklee di bawah susur galurnya, iREACH Family. Majlis gilang gemilang penuh meriah ni diadakan di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam. Dekat je dengan rumah, tak patut tak datang. Hehe..

Lagi pun rugi tak datang. Ini bukan sekadar majlis makan-makan tetapi inilah masanya untuk merapatkan lagi silaturrahim sesama ahli Shaklee khususnya ahli-ahli iREACH Family. Macam-macam pengisian turut dijalankan sepanjang majlis berlangsung.


Bisnes Shaklee adalah bisnes keluarga, maka dalam majlis-majlis sebegini maka wajiblah En Ayah, Yusuf dan Maryam ikut bersama. Sedangkan kelas ilmiah pun kumpulan kami mesra anak-anak apatah lagi program makan-makan.

Cerita pasal makan, jom tengok apa yang dihidangkan..


Ketupat, nasi impit, lemang dan kuncu-kuncunya. Nak sebut satu-satu pun dah tak ingat dah sebenarnya.. Oh ya, ada pelbagai jenis sandwich dan rojak juga..


Barisan menu utama. Macam-macam ada..


Buah-buahan yang disusun indah. Masa ibu ambik gambar ni dah togel sikit..


Ayam golek yang memang tergolek-golek. Yusuf banyak kali ulang alik bahagian sini. Sedap katanya..


Kuih muih..


Kek dan manisan.. Sedappp..


2 orang budak yang menikmati hidangan dengan berselera sekali. Anak siapalah ni ye? Anak siapa lagi kalau bukan Pengedar Shaklee Shah Alam :D


Sambil menikmati hidangan, kami turut disajikan dengan video yang dilakonkan oleh ahli-ahli ASB (Aku Sayang Bini). ASB adalah kumpulan suami-suami dalam iREACH Family yang menyokong isteri-isteri menjalankan bisnes Shaklee. Ini bukan video biasa-biasa, ianya video yang sangat melucukan tapi penuh dengan tips-tips hebat yang boleh diaplikasikan untuk lebih maju dalam bisnes Shaklee..


Ucapan dan kata-kata motivasi dari Master Zainul..

Nampak tak di belakangnya itu? Kanak-kanak riang gembira mengiri ucapan Master Zainul tanpa menggangu gugat apa yang mahu disampaikannya. Inilah kebanggan kami, anak-anak adalah sebahagian dari dunia bisnes kami. Bisnes-bisnes juga tapi anak-anak tidak pernah dijadikan alasan dan halangan..


Suasana di dalam dewan, tetamu sedang menjamu selera..

Selain itu, beberapa orang ahli turut tampil ke hadapan berkongsi kisah suka duka perjalan mereka dalam bisnes Shaklee. Semangat mereka memang mengkagumkan dan secara automatik semangat kami juga turut membara..!


Sebelum bersurai, sesi mengabadikan kenangan bersama-sama iREACH Family. Nampak tak kami 4 beranak? Kami terpisah sebenarnya, ibu duduk di hadapan bersama ibu-ibu, Maryam di hadapan dengan kawan-kawannya, En Ayah berdiri di tepi.. Yusuf? Tak pasti dia di mana. Huhu..


Ibu suka gambar ni. Pasangan Master Shaklee yang hebat lagi sporting..


Lagi aksi-aksi sporting dari Masters kami..


Bersama sebahagian rakan-rakan iREACH Family..


Maryam dan kawan-kawan. Mereka adalah anak-anak Shaklee yang sihat dan cergas!!

Banyak lagi gambar, tapi cukup rasanya yang ibu kongsikan ni untuk menggabarkan suasana majlis. Yang pastinya ini bukan majlis makan-makan biasa, ini majlis yang penuh dengan aura-aura positif, penuh kasih sayang dan tautan ukhuwah, meriah dengan gelak tawa anak-anak.. Allahu Rabbi, ianya memang sesuatu yang manis untuk dikenang..

Oh ya, kami dapat sesuatu dari Master Lyna dan Master Zainul. Bukanlah duit raya, tapi kami dapat beg sandang bersulam Ketuk-Ketuk Aidilfitri iREACH Family, sebotol Lecithin dan sebotol Herblax. Maaf, gambarnya tak ada la pulak.

Tapi nampak tak betapa mentor kami bukan sahaja menjamu kami dengan hidangan enak-enak, tapi juga prihatin dengan kesihatan kami. Maksudnya makanlah puas-puas mereka belanja, tapi kesihatan harus dijaga. Lepas makan macam-macam, ambikla Lecitihin dan Herblax kemudiannya.

Apa kelebihan Lecithin dan Herbalx ni..? Meh iklan kejap..



Lecithin - membantu pembakaran lemak serta menghalang akumulasi lemak dan kolesterol jahat

Herb-Lax - membersihkan usus dan membawa hasil tindakan lecithin keluar melalui najis

Kalau nak order secara online boleh terus klik http://bit.ly/OrderLecithinHerblax anda akan dibawa ke web shaklee2u. Jangan risau, link ini selamat..

Dan jika anda sedang mencari-cari bisnes secara sambilan, mahupun sepenuh masa, berorientasikan keluarga, boleh dijalankan di rumah, marilah bersama-sama bergabung dengan kami di bawah iREACH Family. 

Alhamdulillah dengan bimbingan mentor-mentor di dalam group ini, ibu sendiri sudah membina kumpulan sendiri di bawah iREACH Family iaitu Keluarga Sihat Biz Group (KS BiG)

Jemput baca perjalanan ibu dan Shaklee di SINI. (Klik)

Hubungi ibu di:

011-11537821 (wassap sahaja)

zefa_asmara@yahoo.com




5 comments:

  1. ramainya..
    bru meriah kan..
    makanan pon banyak sgt

    ReplyDelete
  2. meriah sangat2 :)
    bestnya sekali skala buffet camni...

    ReplyDelete
  3. seronok tengok...alangkah bestnya kalau ai boleh join skli ari tu...hehhee

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...