Follower

Monday, August 18, 2014

Maryam Nabihah 7 Tahun


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur kehadrat Ilahi, Sabtu lepas bersamaan 16 Ogos 2014 adalah ulang tahun kelahiran anakanda Maryam yang ke7. Terima kasih Allah atas nikmat kurnianMu ini..

Semoga anakanda Maryam membesar sebagai anak yang solehah, muslimah solehah mukminah, berjaya didunia dan akhirat. Amiin ya Rabbal 'alamin..

Apa sambutan kami? Hihi.. Tak ada apa-apa pun..


Ayah beli kek untuk birthday girl, cadangnya potong dan makan untuk kami-kami aje..

 

Nak dijadikan cerita lepas zuhor kawan-kawan masjid Yusuf datang beraya. Ibu panggil mereka ni 'rakan masjid Yusuf' sebab mereka berkawan kerana sama-sama pergi masjid. Keempat-empat budak-budak ni semuanya bersekolah di sekolah yang berbeza.

 

Dah alang-alang ada tetamu, ibu suruh Maryam potong kek. Boleh kawan-kawan abang makan kek.. Tengok tu, tuan rumah (Yusuf) yang over makan. Ibu cuma goreng keropok dan nugget sikit. Kuih raya tu wajib lah ada.. Hehe..



Alhamdulillah, besar dah anak ibu. Tapi ibu tetap buat dia macam baby, kadang-kadang dia kena gomol, cium bertalu-talu, tidur peluk dia, dokong pun ibu larat lagi tau..

 

Maryam dan ayah :D

Lepas kawan-kawan abang balik, Cik Ayu (adik ibu) dan suaminya pulak datang.. Lagi la Maryam suka sebab ramai datang makan kek dia.. 


Cik Ayu dan Cik Amir, pengantin baru yang dah tak berapa baru. Hehe..

Okey, sekian cerita ringkas tentang hari lahir Maryam Nabihah yang ke 7. Terasa cepat masa berlalu, anak ibu dah semakin membesar. Syukur alhamdulillah, syukur Ya Allah..

Salam sayang buat semua :D

4 comments:

  1. selamat hari lahir maryam... moga jadi anak yang solehah.

    ReplyDelete
  2. comel maryam... selamat hari lahir ya :)

    ReplyDelete
  3. wahh slmt ulangtahun maryam. smoga jd anak solehah ye :)

    ReplyDelete
  4. selamat hari lahir maryam.

    Ibu siap dukung lagi maryam tu, tandanya maryam patut ada adik lagi....:)

    Yus nak dukung arif pun dah tak kuat, lagilah abid, jatuh rasanya...hihi.

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...