Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ini entry tertangguh seminggu namanya. Tapi wajib diteruskan sebab ianya akan jadi catatan kenangan kehidupan ibu.
31 Julai yang lepas bertambah setahun lagi usia ibu. Tiada rahsia-rahsia, 36 tahun sudah. 4 tahun lagi nak masuk 40an pun. Hihi..
Tiada perkataan yang lebih wajar disebut selain syukur alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas segala nikmat yang dikurniakanNya selama ini.
Dikesempatan ini ibu mengucapkan ucapan terima kasih yang tak terhingga buat semua teman-teman yang mengingati tarikh lahir ibu dengan ucapan dan doa samada di FB mahupun whatsapp. Semoga doa-doa yang baik dari kalian dimakbulkan Allah swt.
31 Julai tu ibu masih di kampung, jadi line internet tak berapa bagus dan tak dapat balas semua ucapan masa tu juga. Bila balik sini pula, post-post tu dah tenggelam ke bawah.
Jadi pada semua, mana yang ibu tak dapat balas, malah mungkin yang like pun tidak, ibu minta maaf banyak-banyak. InsyaAllah, lepas ni ibu akan cari balik post-post tu dan balas.
Sedangkan baju raya pun tak beli, apatah lagi sambutan hari jadi. Ilekk.. Hihi.. 31 Julai tu raya keempat dan kami baru sampai dari Terengganu dan baru nak beraya di Sekinchan. Jom layan beberapa gambar raya ke 4 yang ada.
Birthday mom selfie gitu.. Gambar ni dah selamat jadi profile pic blogger dan google+. Sejak mula berblog tak pernah tukar profile pic..
Selfie dengan Maryam pula..
Mengabadikan kenangan dengan suami tercinta..
Maryam dengan Mama, Ucu dan sikembar Aisy & Shirah..
Yusuf dan sepupu-sepupunya..
Kami 3 beradik.. Seorang beraya di Kedah seorang dan bertolak ke Terangganu. Almaklum, masing-masing dah berkeluarga. Kecuali yang bongsu itu, single lagi..
5 gambar aje.. Gambar banyak dalam handset tapi tak boleh transfer ke laptop. Apa masalahnya, wallahua'alam. Yang ada ni semua ibu transfer guna email.
Begitulah tadi, entry ringkas tentang ulangtahun kelahiran ibu yang ke 36 dan sedikit kenangan hari raya ke 4..
Dikesempatan ini juga, sekali lagi ibu mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua, maaf zahir dan batin..
"Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu.."
selamat hari raya aidilfitri :) maaf zahir dan batin... semoga lebih diberkati dibulan syawal ni...
ReplyDeleteselamat hari raya maaf zahir batin dr saya juga :)
ReplyDeleteselamat hari lahir juga
smga panjnag umo dan murah rezeki.aamiin
akak, tima kasih ye.
doakan sy smga diberi kemudahan dan kelancaran utk bersalin ye..
Selamat hariraya utk Zefa sekeluarga.
ReplyDeleteSelamat Ulangtahun Kelahiran Kak Zefa =)
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat, bahagia, awet muda, dan bisnes shaklee maju ke depan hehehe
* lama tak jenguk k.zefa sekeluarga huhu
Alhamdulillah
ReplyDeleteRsa msih belum terlambat utk lya ucapkan selamat hari lahir buat akak.. lya doakan moga khidupan akak trus sukses n ceria disamping keluarga tercinta & diberikan ksihatan y baik2. Amin