Follower

Friday, August 15, 2014

Idea Dekorasi: Kedudukan Televisyen Di Ruang Tamu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Tadi ada komen dari Mama Idlan Irsyad kat satu entry lama Jemari Asmara Idea Dekorasi Rumah Teres setingkat

Katanya: "bila search susun atur rumah teres mesti jumpa link blog ibu.. hehe... ibu, tv ibu x letak sekali dgn sofa ek?"

Alhamdulillah, en Google suka entry ibu tu. Hihi..

Jawapannya YA, memang ibu tak letak sekali dengan sofa. Rumah kami memang ada sudut khas untuk menonton. Alaaa.. Sudut santai-santai je, tak ada sofa bagai. Jadi anak-anak (termasuk ibu ayah anak-anak) boleh bergolek-golek di ruang tu.

Lagi satu, kalau anak-anak tengah bergolek-golek santai kat depan tv, lepas tu ada orang datang tak adalah kelam kabut nak mengemas bagai. 

Sebenarnya jawapan untuk soalan Mama Idlan Irshad tu ada dalam entry Idea Dekorasi yang sebelum tu lagi; Idea Dekorasi Ruang Tamu.. Jemputlah klik cuci mata..

Tapi sedia maklum, kedua-dua entry tu entry lama. Kedudukan dah banyak yang berubah kecuali kedudukan televisyen memang masih di situ..

InsyaAllah ada masa nanti ibu kongsikan. Sebagai gambaran tengok dulu gambar bersepah ni ya..

idea dekorasi rumah teres
 Sesi kemas rumah..

Percaya tak? Kami kemas rumah selepas seminggu raya, dah raya sakan di kampung balik Shah Alam baru terhegeh-hegeh cari maid suruh mengemas. Alasannya kalau kemas awal-awal, balik dari kampung dah berhabuk balik. Hihi..

Boleh je kemas sendiri tanpa maid, tapi bab panjat-panjat nak lap lampu dan tingkap tu ibu tak gemar. Nak suruh En Ayah kesian pula sebab dia dah jenuh drive jauh-jauh dan drive semasa beraya. Tak apalah keluar modal sikit.


idea dekorasi rumah teres
 Kedudukan dah berubah..

Ini kedudukan perabot-perabot yang ada sekarang, tiada sebarang penambahan cuma kedudukan sahaja yang dah beralih..


idea dekorasi rumas teres
 Kemas selepas kemas..

Elok siap maid yang ibu upah kemas rumah, En Ayah pulak panggil kawan Indonesia dia buat projek betulkan pintu. Alang-alang dia datang tu, ibu minta dia pasang beberapa frame di dinding. So dinding pun ada sedikit perubahan..

Maka berkemas lah kami semula (ini kes perancangan terbalik). Huhu..

Okeylah, nantikan pula entry untuk susunan dekorasi terbaru rumah kami. Tapi jangan tunggu sangatlah ye sebab biasa-biasa je pun. Jangan mengharap yang 'meletop-letop' dari rumah kami. Yang ringkas-ringkas sahaja adanya..

Hingga jumpa lagi :D

3 comments:

  1. cantik sis... bila la agaknyer saya leh deco-deco rumah ni... hihi

    ReplyDelete
  2. ok lah tu...cantik...x pe ramai assistant..hehe...salam lebaran dr saya :)

    ReplyDelete
  3. Cuti panjang ni bolehlah menghias rumah. Akak tnggu entri dekorasi terbaru dari Zefa..

    ReplyDelete

Komen anda amatlah dihargai.. :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...