Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Masih cerita tentang Maryam Nabihah yang sedang bertarung dengan ketidakselesaan kerana chicken pox. Masuk hari ke 3, semakin banyak dia mengadu gatal, pedih dan tak selesa.
Semalam, ibu tulis tentang keadaan Maryam Nabihah di status FB ibu. Alhamdulillah, ada juga teman-teman yang prihatin.. memberi kata-kata sokongan, kata-kata semangat, nasihat dan juga petua.
Ibu kongsikan beberapa nasihat dan petua di sini ya..
Pertama: petua dan nasihat dari kak Azian Imran a.k.a Ratu Kangkung. Katanya:
Semalam dah bagi inum air kelapa, tapi dia minum sikit je. Kak yan juga pesan:
Kedua: Nasihat dari kak Nannie, taukey PML ni.. nasihat kak Nannie lebih kepada gaya moden, tapi yang ini memang ibu buat.. yang lebih ibu ingat bila kak Nannie pesan supaya sentiasa di sisi anak supaya anak merasa lega.. juga banyakkan minum air. Tak teringat nak buka habis sebelum print screen..
Ketiga: Nasihat tentang pemakanan oleh kak Zera, kakak kandung ibu tau.. tengok lah namanya yang klasik itu, (tapi tak leh lawan nama ibu ye.. hehe..)
Keempat: Petua dari kak surati, mandi air halia..
Alhamdulillah, mandi air halia memang membantu. Harini hari ketiga, dan dia mula terasa gatal-gatal yang buat dia menangis. Petang tadi ibu mandikan dengan air rendaman halia dan dia tak mengadu gatal lagi..
Syukur Ya Allah!!
Terima kasih buat semua sahabat-sahabat walaupun tidak dinyatakan semua di dalam n3 ini. Keperihatinan kalian menambah lagi manisnya ukhuwah di antara kita..
Syukur Ya Allah!!
Terima kasih buat semua sahabat-sahabat walaupun tidak dinyatakan semua di dalam n3 ini. Keperihatinan kalian menambah lagi manisnya ukhuwah di antara kita..
Salam sayang buat semua..
thanks for sharing!
ReplyDeleteJOM vote MZ kalau sudi!
thanks 4 sharing sis:)
ReplyDeletehuhu,takot neh,nana belum kena lagi..
MZ: sama2, sy dah cuba.. pastu stuck dah tak tau nak klik mana..
ReplyDeleteNanakimie: sama2 nana, harap2 nana tak kena, bila kena dah dewasa susah juga parut nak hilang, kak zefa kena masa umur 18 tahun..
ReplyDeletehmmm tak pernah tahu..tq kak share petua nih..bley guna utk masa akan dtg...
ReplyDeleteni tips yang berguna ni kalau lepas2 ni abang long kite pulak yang kene.. selongkar entri2 lame kak zefa, banyak ilmu yang saya dapat.. jangan marah haaa...
ReplyDeletesy serumah tgh kena chicken pox..dh mandi air rebusan daun semambu tu tp gatal still x hilang..nk cuba mandi air rendaman halia lah pulak..
ReplyDelete